Pasangan mana yang tidak bahagia bila mengetahui mereka bakal mempunyai cahaya mata lagi-lagi bagi yang sudah lama menanti. Perasaan bercampur-baur, debaran, kegembiraan untuk menyambut si kecil dalam hidup mereka buat kali yang pertama.
Namun pelbagai komplikasi yang Puan Hidayati Talib saat ingin melahirkan zuriat pertamanya setelah hampir 7 tahun menanti. Kuatyan seorang insan bernama “ibu” menghadapi kesakitan yang luar biasa saat ingin melahirkan demi bayi yang dikandung.
Baca Selanjutnya:
20/9/2018 Detik Bahagia
Tujuh tahun menanti zuriat terlalu lama untuk kami suami isteri. Saya mula check UPT, sebab last period 8/8/18. Sebelum tu kami suami isteri, on treatment clomid kali ke 4.
Sebenarnya kami start treatment sejak tahun 2013 lagi. Bila kami lakukan ujian kesuburan suami isteri ternyata suami saya tiada masalah. Saya seorang PCOser. Usaha yang saya lakukan untuk mendapatkan zuriat selain bersenam, kami amalkan pemakanan yang sihat, makan kurma Ajwa dan minum susu. Suami saya seorang yang berbadan besar dan pernah menyertai Jom Kurus Malaysia.
Suami antara top 40 Malaysia pada tahun 2018. Dia Berjaya turunkan berat badan sebanyak 16.4kg. Kami juga ada berjumpa dengan doctor O&G untuk mengikuti rawatan.
Hidap GDM Semasa Hamil
Sepanjang tempoh kehamilan, saya mgalami GDM. Tapi saya hanya mengamalkan diet control. Makan dan minum terpaksa saya control demi baby kami. Syukur saya tiada alahan sepanjang kehamilan dan perkembangan baby pun normal mengikut weeks.
Cord Baby Terbelit Dileher
Pada 30 April, Doktor melakukan scan dan mendapati cord baby terbelit 2 kali dileher tapi tak ketat. Perasaan saya bercampur baur masa tu. Gembira nak lahirkan anak tapi dalam masa yang sama risau akan keadaan bayi dalam kandungan ini. Doktor bagitahu mungkin masih ada masa lagi untuk buka belitan di leher bayi.
Pada 11 May, saya datang untuk scan baby dan doctor menyatakan benda yang sama. Cord baby masih berbelit di leher. (Sebenarnya saya buat rawatan Infertility dekat hospital swasta tapi saya bersalin di hospital kerajaan kerana saya salah seorang kakitangan kerajaan). Doktor yang melakukan scan bagitahu cuma dapat ikut plan seperti yang dicadangkan oleh hospital kerajaan.
Pada 16 May, saya di warded disebabkan terpaksa induce dan semasa tu kandungan saya 40weeks. Tapi tak jadi induce sebab pukul 2 pagi ada show(bleeding) masa tu belum ada bukaan. Bila periksa balik pada pukul 7 pagi, bukaan sudah 3cm, pada pukul 11 bukaan 8cm. Kontraksi masa tu lebih kurang 2in1, dalam 30 saat. Sakit yang berterusan.
Masa 8cm doctor suruh meneran, tapi tiba-tiba baby mengalami fetal bradycardia. Doktor proceed untuk emergency Ceasar untuk selamatkan baby.
Tak dapat dibayangkan perasaan masa tu, saya sudah berkahwin masuk 7 tahun dan ini adalah anak kami yang pertama yang dinanti-nantikan. Dalam hati Allah sahaja yang tahu!
Terpaksa Sign Surat Kebenaran Sendiri
Saat-saat nak melahirkan anak, suami saya serba salah nak pergi solat jumaat atau tak sebab masa tu masuk solat jumaat sebenarnya. Last-last husband pergi solat Zohor dekat hospital. Masa emergency operate suami tak ada, alamatnya saya pesakit, saya sendiri yang sign kebenaran untuk operation. Tangan khayal dengan ubat terpaksa gagahkan diri untuk jawab pertanyaan masa tu.
Masa Operation Doktor Terpaksa Masukkan Kepala Baby Balik
Dari pukul 2 pagi tak tidur, doctor beri suntikan pethidine untuk tahan sakit dan ditambah dengan ethonox. Memang khayal! Masa operation doctor terpaksa masukkan kepala baby balik sebab facing baby masa tu front presentation. Satu tangan doctor seluk, hanya Allah yang tahu sakitnya waktu itu. Dari belakang doctor bagi Spinal untuk bius, memang khayal. Saya hanya mampu berdoa dan tawakal pada Allah.
Hilang Semua Kesakitan
Bila dengar tangisan baby, syukur yang amat sangat pada Allah. Hilang semua kesakitan! Baby lelaki yang diberi nama Mohamad Eijaz Bin Mohamad Iwaz seberat 3.13kg selamat dilahirkan di Hospital Bintulu, Sarawak pada 17hb May 2019 masa 1250hrs.
Alhamdulillah baby sihat, cuma sehari admit untuk Neonatal jaundice, sebab saya darah jenis O dan high risk.
Jangan Putus Asa, Teruskan Berusaha
Untuk pasangan lain yang belum dikurniakan cahaya mata, jangan pernah berputus asa dalam memohon pertolongan daroi Allah. Usaha, doa dan tawakal. Kalau Nampak pasangan lain dikurniakan zuriat, niat dalam hati mudah-mudahan suatu hari nanti ada rezeki untuk diri kita dan pasangan. Sentiasa bersangka baik dengan perancangan Allah.
Sumber: Hidayati Talib