Memang patut buatkan anak bela kucing kerana ia beri terapi buat anak sekali gus memberi kesan kepada perkembangan anak-anak.
Mungkin ada segelintir ibu bapa agak berat apabila anak meminta kebenaran untuk memelihara kucing. Pelbagai alasan yang diberi kepada anak termasuk faktor kebersihan, alahan dan sebagainya. Namun hakikatnya, memelihara haiwan mampu mendidik kanak-kanak menjadi seorang positif dalam pelbagai aspek.
Kenapa anak-anak suka kucing? Kucing adalah haiwan yang begitu comel. Ia adalah antara haiwan peliharaan yang disukai oleh kanak-kanak selain arnab, ikan dan hamster. Telatah kucing yang nakal dan manja amat mencuit hati si kecil yang membuatkan ramai yang ingin peliharanya.
Berpeluang menemu bual Ong Chiek Ming, Mars Petcare Country Director, Malaysia, Singapura dan Filipina berpendapat walaupun kucing tidak mampu berkomunikasi secara verbal namun ia mempunyai cara tersendiri untuk berkomunikasi dengan peliharaan kesayangan. Malah si kecil akan tidak kekok memeluk, mencium dan ‘mendukung’ kucing tersayang.
“Adalah penting untuk kita menanamkan rasa tanggungjawab dan pemikiran yang tepat kepada kanak-kanak ketika mereka masih muda kerana pada usia ini mereka cenderung untuk bertanya kepada ibu bapa dan mahu memelihara haiwan peliharaan mereka sendiri.
“Memiliki haiwan peliharaan boleh menjadi sangat bermanfaat untuk kedua-dua ibu bapa dan kanak-kanak apabila pemilik memahami tanggungjawab dan tahu bagaimana mahu menjaga haiwan peliharaan mereka dengan betul.
“Pemahaman yang disampaikan ketika masih muda ini akan kekal sehingga dewasa untuk memupuk tabiat yang baik,” ujarnya ketika ditemui di Program CSR ‘Jom Sayangi Haiwan Kita” yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Seafield 3, Subang Jaya, Selangor pada awal tahun lepas.
Pendapat ini turut disokong oleh Doktor Susan, iaitu seorang Doktor Veterinar mengenai memupuk tabiat yang baik kepada kanak-kanak. Berikut adalah antara manfaat-manfaat yang di peroleh jika ibu bapa membenarkan si manja memelihara kucing sebagai haiwan kesayangan.
Ikuti 6 info ini dikongsi sendiri oleh Doktor Susan Wan Mei Ki
1.Meningkatkan keyakinan diri
Ads
Apabila haiwan peliharaan bermain bersamanya, anak-anak akan berasa diri lebih dihargai. Dengan ini, keyakinan diri si kecil dipengaruhi oleh perasaan positif yang terbentuk oleh haiwan peliharaannya.
2.Prihatin kepada orang lain
Si kecil juga didedahkan dengan sikap bersimpati, menghormati pendapat dan perasaan orang lain serta bertimbang rasa. Mana tidaknya, jika kucing lapar, si kecil akan memberikan makanan dan minuman. Jika perilaku kucing nampak kelainan, si kecil tahu bahawa ‘teman kesayangannya’ sakit.
3.Mendidik
Anak yang diberi kebenaran untuk menjaga haiwan peliharaan dari kecil dilihat lebih berkeyakinan diri, pandai berkongsi, bekerjasama, bersifat berbelas kasihan, lembut hati dan sentiasa sedia berkongsi kegembiraan.
4.Terapi emosi
Terapi emosi yang sangat baik untuk si cilik. Ini kerana memelihara seekor kucing umpama memiliki seorang sahabat yang baik dan setia. Malah ia akan membuatkan suasana yang menyeronokkan buat si cilik apabila melayan karenahnya.
5.Sikap tanggungjawab
Ads
Biarpun penjagaan kucing dilakukan oleh ibu bapa, namun ia mengajar anak anda erti sikap tanggungjawab. Anak anda akan menyedari bahawa haiwan peliharaan memerlukan penjagaan sama seperti yang diperlukan manusia.
6.Menyemai sikap kasih sayang
Haiwan peliharaan adalah cara terbaik untuk menyemai sikap kasih sayang terhadap makhluk lain dalam diri kanak-kanak. Mana tidaknya, setiap pagi bangun tidur atau ke tadika akan memeluk dan mencium kucing tersayang. Pengalaman ini memberikan kesan positif kepada sikapnya.
Tahukah anda karektor kucing ialah
1.Aktif
Ads
2.Manja
3.Suka main
4.Bersendirian
Info
*Merupakan haiwan yang boleh digunakan dalam merawat pesakit yang menghidapi trauma. Kanak-kanak autisme juga didapati memberi respons yang positif dalam sesi terapi dengan kucing”.
*Kajian telah menunjukkan bahawa kanak-kanak yang terdedah kepada anjing dan kucing sukar mendapat alahan berbanding mereka yang tidak memiliki haiwan peliharaan di rumah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dr Sheikh Muszaphar tidak lokek berkongsi tip anak seronok ke tadika. Anak keduanya Tasha, mencatat keputusan cemerlang dengan markah penuh untuk 3 subjek.
Kini saya berbaris dengan duduk di kerusi kecil ini yang menunggu giliran saya.
Suka untuk bertemu dengan guru untuk mengetahui lebih lanjut mengenai anak dan mereka mungkin akan mengejutkan anda dengan apa yang anak anda mampu buat…
Ini kerana semua guru menghabiskan banyak pada anak-anak kita …
Hanya ingin berkongsi dengan anda video report card day Tasha di SJKC.
Pada umur 5 tahun, penting untuk kanak-kanak seronok di sekolah, berkenalan dan berkawan seramai mungkin dan belajar bermain dengan kanak-kanak lain.
SEDANG MENYESUAIKAN DIRI
Apabila mereka suka pergi ke sekolah, ia menunjukkan mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka. Berhati-hati dengan tanda-tanda seperti
Tantrum
Menangis
Kemurungan
Muram
Kurang selera makan-tanda tekanan pada kanak-kanak.
AMBIL PELUANG BERBINCANG DENGAN GURU
Adalah penting untuk berbincang dengan guru tentang bagaimana kelakuan anak kita di sekolah yang mana boleh membantu meringankan prosesnya di kemudian hari.
PS – Tasha lebih memilih rakannya di sekolah berbanding Bella yang akan bercampur dengan semua orang termasuk seniornya. Anak yang berbeza mempunyai keperibadian yang berbeza … kita hanya perlu memberi tumpuan kepada kelemahan mereka.
Waktu anak-anak kecil nilah seronok tengok gelagat mereka. Bila baik tu, baik sangat. Kalau tengah bergaduh, riuh satu taman! Tak masuk lagi suara mama nak tegah anak-anak bertekak. Memang itulah momen terindah yang akan kita kenang bila mereka semua dah besar nanti.
Kenapa kita kena hargai saat-saat ketika anak masih kecil?
Semasa mereka kecil antara usia 1-4 tahun, pandangan mata mereka hanya mengikut apa yang mereka nampak. Cara mereka berfikir juga adalah absolute thinking yang buat mereka percaya semua benda adalah antara hitam putih atau betul dan salah.
Tapi sebaik sahaja mereka semakin besar, mereka akan menggunakan logical thinking yang membuatkan anak mula boleh membuat keputusan dan berfikir mengikut logik.
Oleh itu, meluangkan masa sekurang-kurangnya dalam tempoh 15-20 minit dengan mereka setiap hari dapat membantu perkembangan minda mereka.
Selain itu, mereka akan berupaya untuk mengasah kreativiti serta menguatkan bonding antara kita dan anak-anak.
Bercakap tentang meluangkan masa dengan anak, pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu telah memuatnaik sebuah video ketika dia menghabiskan masa bersama anak-anak di rumah.
Yang lucunya bila Dariya sedang bercakap dengan abahnya, tiba-tiba Kidir menarik rambut si kakak. Waktu itu, mulalah keadaan menjadi riuh.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menegur Jep kerana ketawa melihat anak-anaknya. Memang cool lah abah ni!
Jom tengok apa kata orang ramai yang menonton video itu;
Memang seronok bila tengok anak membesar depan mata dengan pelbagai ragam. Bila tengok anak-anak, rasa stres dan letih sebab bekerja seharian pun boleh hilang sekelip mata. Memang magik! Sama-samalah kita doakan anak-anak kita terus menjadi anak yang baik, bijak dan sentiasa berada di dalam lindungan-Nya.
Tinggal 2 hari sahaja lagi webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini.
Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar. Bagi yang belum daftar sebagai peserta webinar, anda boleh daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ kemudian terus join grup Telegram webinar ya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai ibu bapa pening kepala bila sudah mempunyai anak lebih dari satu. Ini kerana bila balik rumah, nak cium yang mana satu dulu.
Bila cium kakak, adik merengek, kecualilah jika dia masih bayi. Jika cium adik dulu, kakak atau abang sulung mulalah rasa tidak disayangi lagi sebab sebelum ini semua ciuman adalah milik dia.
Malah di dalam sesetengah keluarga, ini boleh merupakan punca anak sulung mula buat perangai.
Apa nak buat? Berikut perkongsian Pakar Kekeluargaan & Keibubapaan, Ibu Rose
Ibu sarankan begini.
Bila balik rumah dan semua anak-anak sedang menunggu, ambik yang sulung dan cium dan peluk dia dulu. Cium dan peluklah ikut urutan yang paling tua.
Mengapa?
Kerana dengan secara halus anda menanam sifat menghormati saudara tua di dalam diri anak-anak anda. Dengan secara halus, anda membina yang sulung sebagai ketua yang dihormati dan bertanggungjawab.
Oleh itu semasa peluk yang sulung, anda boleh katakan supaya dia dengar dan adik-adik dengar,
” Ayah rindu sangat kakak. Kakak banyak buat perkara baik hari ini? Kakak ada tolong mama jaga adik-adik? Ayah bangga sangat kakak ni seorang kakak sulung yang bertanggungjawab. I love you!” Cium, cium, cium, peluk erat.
Lepas itu ambil yang nombor dua dan katakan;
” Rindu anak Ayah yang nombor dua ni. Sayang baik dengan kakak dan adik tak (kalau dia ada adik)? Anak ayah ni mesti rajin tolong kakak dan jaga adik dan sayang kakak dan adik. Ayah suka sangat sebab anak ayah ni main elok-elok dengan adik beradik.”
Lakukan begini kepada semua anak-anak yang lain.
(jangan sibuk nak bertanya kepada adik sama ada kakak baik ke tidak – Itu namanya menyiasat dan secara terang-terang memberi isyarat kepada anak sulung yang dia sedang disiasat dan TIDAK DIPERCAYAI.
Ini mencederakan rasa yakin diri dia. Anda boleh bertanya kepada mamanya di belakang dia selepas upacara cium-cium baru balik tu. Masa cium-cium baru balik ni, fokus kepada menghargai mereka dulu)
Begitu juga JANGAN bertanya kepada yang sulung sama ada adik-adik berkelakuan baik atau tidak semasa ini. Kita tidak mahu menjadikan sesi itu sesi mengadu. Kita mahu memfokuskan tenaga kepada perjumpaan kembali yang penuh rasa seronok dan bersyukur.
Jika kita tegas dengan format begini, anak-anak akan faham, ini bukan masa mengadu atau menjatuhkan satu sama lain. Ha..macamana? Lepas ni boleh ke cium yang sulung dulu?
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.