Gembira hati apabila melihat anak sudah mulai makan. Tetapi ramai yang tidak mengetahui cara betul untuk mendidik anak makan dengan betul mengikut usianya. Bagi anak yang sedang membesar iaitu pada usia satu hingga dua tahun karektornya lebih aktif dan bersikap ingin tahu. Pada masa ini mereka memerlukan lebih tenaga dan makanan yang berzat. Ikuti selanjutnya Do & Don’s aspek pemakanan anak usia satu hingga dua tahun.

 

DO & DONT’S pemakanan si manja usia 1 hingga 2 tahun

Do

  1. Berikan makanan yang lembut iaitu buah-buahan yang lembut, telur kuning, ikan, pasta, dan nasi adalah contoh makanan yang bagus untuk disarankan
  2. Sediakan makanan yang boleh dipegang oleh anak anda. Potong makanan bersaiz duit syiling, memanjang atau nipis supaya bayi anda senang untuk pegang
  3. Pastikan kandungan nutrisi iaitu makanan yang disediakan mestilah lengkap mengandungi kalori yang mencukupi, protein, lemak yang baik, zat besi, mineral dan vitamin.
  4. Makan bersama dengan memastikan anda membenarkan si manja makan bersama pada waktu makan. Cara ini dapat mengekalkan tabiat pemakanan yang baik untuk si manja anda. Berikan makanan yang sama seperti anda untuk si manja anda makan sendiri tetapi perlu diawasi.
  5. Biarkan anak anda makan sendiri. Ibu bapa harus bersedia dengan tumpahan makanan di lantai. Ini merupakan salah satu proses pembelajaran bayi anak untuk mengenali jenis dan tekstur makanan.

 

IKLAN

Donts’

  1. Waktu makan ketika anak anda letih atau sedang menangis iaitu waktu ini bayi anda akan lebih banyak menolak.
  2. Memberi makanan yang mudah tercekik iaitu kacang dan kekacang, jagung, buah-buahan kering, makanan yang licin seperti sebiji anggur, gula-gula dan kepingan daging atau ayam yang besar merupakan contoh yang berpotensi menyebabkan anak anda tercekik.
  3. Memberi air atau susu sebelum makan iaitu memberi air sebelum waktu makan hanya akan menyebabkan bayi anda kenyang dan akan menolak untuk makan
  4. Memaksa anak makan dengan memberi waktu luang untuk anak anda habiskan makanan sekurang-kurangnya 10 hingga 15minit.
  5. Berputus asa iaitu sesetengah anak mengambil masa untuk makan sendiri dan menerima makanan baru yang diperkenalkan kepadanya. Ibu bapa kena bersabar dengan kerenah anak kecil anda.

 

IKLAN

Kepentingan anak makan sendiri

  1. Setelah anak boleh memegang makanan dengan sempurna, biarkan anak makan sendiri. Walaupun meja anda bersepah dengan sisa makanan, ia penting untuk perkembangan anak anda.
  2. Ia melibatkan beberapa perkembangan buat anak iaitu perkembangan “oral motor, refleks gag, deria rasa, dan kemahiran “fine motor”.

Perkembangan “oral motor”: Menguatkan perkembangan rahang dan juga pergerakan lidah bayi ada (ke depan, ke belakang, ke sisi, menghisap).

IKLAN

Perkembangan refleks gag: Anak anda akan lebih sensitive dengan penerimaan makanan

Perkembangan deria: Ia termasuk deria rasa, penglihatan, sentuhan, pergerakan, bau, pendengaran, dan kebolehan duduk sendiri.

Kemahiran “fine motor”: Ia lebih kepada kemahiran untuk makan sendiri. Mengambil dan menyuap makanan.


 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI