Donut Kampung Gebu Favourite Anak. Buat Sendiri Puas Makan, Senang Sangat!

Share

Ramai yang nak tahu kan macam mana nak buat donut untuk dapatkan tekstur yang gebu dan elok bentuknya. Kadang bila buat sendiri tak puas sebab teksturnya tak lembut dan serap minyak selepas digoreng.

Tapi dengan resipi yang dikongsikan mungkin boleh cuba buat lagi ikut langkah yang diberikan ini. Kalau rasa banyak adunan ni, boleh la buat frozen separuh dan selebihnya goreng untuk dimakan dengan anak-anak.

Letak pula topping coklat atau jika nak yang jenis biasa golek je terus dalam gula. Dua-dua pun sedap. Ini resipi yang dikongsikan oleh Nor Azliza Mohamed.

DONUT KAMPUNG GEBU 

Bahan-bahannya:

1 cawan air suam
2 sudu besar yis (1 packet)
2 sudu besar susu pekat
2 sudu besar gula
* satukan semua bahan-bahan biar sampai yis berbuih..
1/2 kilogram tepung gandum cap ros
2 sudu besar planta
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam
1 biji kuning telur

RESIPI MENARIK [Sushi Roti Sandwich. Sedap Dan Sekali Makan Mesti Nak Lagi!]

Cara membuatnya:

*gaul semua bahan hingga jadi serbuk roti. Kemudian masukkan campuran yis tadi, uli hingga tak melekat di tangan.

– Tunggu sehingga doh naik dalam 20 minit baru bulat-bulatkan. Goreng guna api perlahan.

Topping chocolate:

250 gram baking choc
2 sudu besar marjerin
Choc rice/choc rice mix secukupnya !!

* double boil bahan-bahan di atas, kacau-kacau hingga coklat cair.

LAGI RESIPI MENARIK [Pizza Roti Ekspres Tersangat Mudah. Susun Dalam Loyang & Bakar Sekejap]

Biarkan seketika, baru celupkan donut atas adunan coklat, taburkan choc rice mix !!

Kredit: Nor Azliza Mohamed

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy