Mencari idea sebagai cenderahati untuk majlis hari jadi anak memang memeningkan. Selain memikirkan kos sebagai keutamaan, barangan yang dipilih juga harus cepat selain comel dan menjadi kesukaan anak-anak.
Idea ringkas tapi comel menggunakan cawan plastik seperti yang dikongsikan oleh Ain Nani ini memang sesuai untuk dijadikan sebagai cenderahati tetamu.
Namun gantikan sahaja dengan buah atau pun barangan kegunaan anak bersaiz comel. Memang cantik dan simple.
Idea door gift cara saya. Sebulan juga pikir untuk door gift ni.
Allhamdulillah semua suka. Jimat pulak. Barang barang murah je.
Ads
Bukan hanya menjimatkan bahkan comel. Paling utama kosnya yang lebih jimat ditambah dengan warna pastle yang pasti buat anak dan tetamu lain tertarik.
Ini senarai barang perlu ada:
Cawan ikea Tag Organza Gift bag Gula gula Fox
Ads
Mudah bukan?
Simple tapi cantik. Selamat mencuba!
Ads
Good luck semua.
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.
“Tak dak istilah terlambat atau tak terer”. Begitu kata penceramah bebas, Ustaz Don Daniyal Biyajid buat pasangan suami isteri yang baru mendirikan rumah tangga.
Menerusi Instagramnya, Ustaz Don menyampaikan pesanan itu agar sama-sama, baik suami atau isteri dapat memperbaiki diri dan menjadikan rumah tangga sebagai institusi yang bahagia.
Pesanan istimewa itu dikongsikan Ustaz Don ketika sambutan ulang tahun perkahwinannya yang ke sembilan. Sambil berkongsi video makan makan istimewanya bersama isteri tercinta, Dr Husna Zahry, Ustaz Don berkongsi tip untuk pasangan baru berkahwin.
“9th Anniversary. Akhirnya, berjaya jugak nak boh post ni. That’s one for the keeper. Sekadar bukti kita sempat #hidup di 2021 waktu #pandemic. Kan 💕Dinda💕 @husnazahry kan?
” Kepada pasangan baru atau muda, satu perkara yang saya belajaq dalam rumahtangga ni ialah, “sentiasa ada ruang untuk memperbaiki kesilapan dan meningkatkan kualiti sebagai suami isteri”,” kongsinya menerusi Instagram.
Malah kata Ustaz Don lagi, dalam berumah tangga, tidak ada istilah terlambat atau ‘terror’. Semuanya boleh diperbaiki bersama-sama, baik suami atau isteri.
“Tak dak istilah terlambat atau tak terer. Kita suami isteri dua dua tak terer. Jadi, sama-sama kena jadi terer.
“Ingat, kaki kanan tak akan boleh lari lebih laju dari kaki kiri.
“Semoga Allah menjadikan kita semua pasangan yang bahagia di dunia dan di Akhirat serta ditemukan dalam Syurga nanti sebagai pasangan bahagia seperti Para Anbiya’ dengan Isteri mereka yang mulia, berkat Nabi Muhammad ﷺ . آمِين يٰـا رَبّ الْعَالَمِين .
“Ini doa yang saya teringin nak baca and tulis untuk semua pada akhir malam hari ulang tahun perkahwinan kami.
Semoga bermanfaat.
Ya Allah #ampunilah andai aku ada #menggurishati saudara-saudara ku. Dan aku memaafkan kesalahan depa ataih ku. آمِين يٰـا رَبّ الْعَالَمِين,” tulisnya lagi.
Tip dan pesanan dalam berumah tangga
Dalam pada itu, melalui entrinya yang terdahulu, bapa kepada empat orang cahaya mata itu juga turut menasihati dan berpesan beberapa tipnya sepanjang mendirikan rumah tangga bersama. Boleh juga dijadikan panduan untuk kita.
1. Tanggungjawab Tanggungjawab ada 2 perkataan di situ. Satu ‘tanggung’ satu lagi ‘jawab’. Seolah-olah nak kata kat kita, “pandai-pandai tanggung, pandai-pandai jawab”. Point di sini ialah, PERASAAN TANGGUNGJAWAB inilah yang akan membuatkan seorang manusia menjadi manusia yang berjaya dalam semua bidang.
2. Sembahyang Berjemaah Ini memang satu miracle laaa. Tak tau nak kata macam mana, tapi yang pasti, buatlah, akan selesai semua masalah. Percayalah!!! Allah kan Maha Mendengar, Maha Melihat, lagi Maha Mengetahui. Tambahan pulak, Allah kan Maha Bijaksana. Amalkan lah… jangan tinggai.
3. Rumah Bagi rumah yang selesa. Sewa pun tak apa. Kecik bukaan dia pun tak apa. Beli pun tak pa. Baguih. Studio style ka, banglow ka, teres ka, tak apa.
4. Kewangan Abang, please… jangan jadi macam saya. Umuq 35 baru nak belajaq jaga duit dan urus duit, nanti menyesai tak sudah Abang. Mujuq la rasa tanggungjawab ada, pulun jugak la saya Abang… Abang, jangan lewat macam saya Abang… maklumat sekarang dah banyak.
5. Kenderaan Mesti kena ada. Moto baguih, tak salah. Ada kereta walaupun kecik, selesa sikit. Saya ada Kancil. Warna biru. Tak kesah. Kadang-kadang kita buat moto, kira-kira dah boleh beli satu Kancil. Saya tak kata pun salah buat moto. Buat. Tak dak masalah. Asalkan ingat point no 1 n 2 yang kat ataih nu… OK my Brothers!
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila anak kita menangis terlanggar kerusi, tersepak batu atau apa saja, kita selalu memujuk anak dengan menyalahkan objek-objek berkenaan. Tapi tanpa kita sedari kita mendidik anak untuk menyalahkan orang lain.
Kita nampak hal ini seakan remeh dan mudah namun banyak kesannya dalam perkembangan anak itu sendiri. Kita sepatutnya menjadi lebih pemaaf.
Perkongsian Muhammad Hassan ni banyak benarnya. Salah cara kita mendidik, kononnya dan pujuk anak. Tak mengapa, lepas ni kita sama-sama tukar cara.
PUNCA ANAK SUKA SALAHKAN ORANG LAIN
Pesan saya kepada isteri. Jika anak jatuh tangga, tersadung lantai biasanya anak akan menangis. Dan kebiasaan kita akan marah tangga, marah batu untuk senyapkan anak.
Sebenarnya ini salah, kita telah ajar anak untuk menyalahkan orang lain jika lakukan kesalahan. Kena rotan cikgu nanti mereka akan salahkan cikgu, rosakkan barang orang lain nanti dia mengatakan barang dah nak rosak.
Sebenarnya perbuatan di atas kita telah didik psychology anak untuk memberi pelbagai alasan jika gagal. Gagal jawab exam anak salahkan soalan, gagal temuduga anak salahkan bakal bos, gagal dalam perkahwinan anak salahkan pasangan. Akhirnya mereka tidak sedar ego sedang menguasai diri.
Sifat pemaaf buatkan anak-anak sayang semua orang.
Moga bermanfaat.
Kredit: Muhammad Hassan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap ibu bapa mengimpikan untuk mendapat anak yang soleh dan solehah. Anak yang cerdik, lembut hati dan mendengar kata ibu bapanya. Kebanyakan ibu bapa sentiasa mahu memberikan didikan dan ajaran yang terbaik untuk anak mereka.
Bagi yang beragama Islam, mereka sentiasa mengamalkan doa-doa mujarab yang boleh dibaca untuk membentuk anak-anak yang baik dari segi kebijaksanaan dan juga sikap menghormati orang tua. Walau bagaimanapun, sesetengah ibu bapa akan berasa risau dengan persekitaran anak-anak yang boleh memudaratkan masa depannya.
Tetapi, sejauh mana kita boleh memantau anak-anak? Hanya kepercayaan dan doa sahaja yang boleh menjadi pendinding kepada anak-anak supaya terhindar daripada gejala sosial. Jom kita amalkan doa di bawah ini.
“Allah Maha Lembut takdir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan-Nya) terhadap hamba-hamba-Nya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa “.
Baca doa ini 19 kali pada air dan minta anak tersebut meminumnya. Insya-Allah perangai anak yang degil akan berubah kepada baik dengan izin Allah.
Boleh juga baca doa ini pada ubun-ubun anak itu ketika dia tidur.
“Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang.
Atau baca Surah al-Fatihah, surah Taha ayat 1 sehingga 5, diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali. Doanya, ‘Ya Allah, lembutkanlah hati anakku (sebut namanya), seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. (Sebut namanya). “Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu, hembuskan pada susu.
“Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhanku perkenankanlah doa permohonanku.”
Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud
“Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.”
“Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak-anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat. Ya Tuhan kami perkenankanlah doaku. Ya Tuhan kami beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat ).
Doa ini seeloknya dibaca selepas solat, atau setiap kali teringatkan anak. Amalkan membaca doa ini InsyaAllah anak-anak akan utamakan solatnya.
“Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadah haji kami dan terimalah taubat kami ini . Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.
Amalkan dan bacalah doa ini setiap kali selepas solat.
“Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara , yang Maha Perkasa, yang Maha Kuasa, yang memiliki segala keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.
Dialah Allah yang Menciptakan, yang Mengadakan, yang Membentuk Rupa, yang mempunyai Hasmaul Husna, bertasbih kepadanya, apa yang ada di langit dan di bumi, dan Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Surah Al-Imran ayat 8-9 “Mereka berdoa, Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan, sesudah Engkau memberi pertunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami, rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi Kurnia.
Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengumpulkan manusia, untuk menerima pembalasan pada hari yang tak ada keraguan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji.
Ibu bapa yang terbaik akan sentiasa mendoakan anaknya menjadi yang terbaik. Oleh hal yang demikian, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan didikan agama yang sempurna diberikan yang secukupnya kepada anak-anak mereka.
Biarlah kita mendidiknya dari kecil lagi. Supaya kelak, dia membesar nanti dengan didikan agama. Semoga doa yang terbaik untuk anak-anak ini dapat dijadikan panduan untuk semua.