Dosa yang dilakukan oleh ibu bapa dikatakan sebagai penyebab anak-anak tidak menjadi. Dek kerana sikap ibu bapa maka anak-anak tidak mahu mendengar kata, degil dan sebagainya.
Dalam mendidik anak-anak ibu bapa perlu menjadi contoh tauladan dengan menunjukkan sikap dan budi pekerti yang baik di hadapan anak-anak kerana anak-anak cenderung mengikuti tingkah laku yang paling hampir dengan mereka.
Dosa Ibu Bapa Sebabkan Anak Tidak Menjadi
Kekurangan bimbingan agama dan ketiadaan contoh tauladan dari ibu bapa boleh mempengaruhi akhlak anak-anak Bagaimanapun setelah ada usaha bimbingan dari ibu bapa tetapi anak-anak masih berkelakuan tidak baik maka ia merupakan ujian terhadap ibu bapa atau Allah SWT ingin memberi kebaikan dan ganjaran pahala kepada mereka.
Maksudnya: “Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.” Surah Luqman (17)
Benar Atau Sekadar ‘Cakap Kosong’
Ads
Dalam ayat ini Allah SWT menceritakan perihal Luqman seorang hamba Allah yang soleh yang menasihatkan anaknya, agar menjauhi perbuatan syirik, mengerjakan amal-amal soleh serta berakhlak dengan akhlak yang mulia.
Allah SWT memberi peringatan dengan jelas kepada orang-orang beriman agar memelihara diri mereka dan keluarga dengan membimbing ke arah kebaikan dan ketakwaan kepada Allah SWT.
Maksudnya: “Tidaklah dilahirkan seorang anak itu melainkan dia lahir dalam keadaan fitrah. Maka kedua ibubapanya yang menjadikannya beragama yahudi atau menjadikannya beragama nasrani atau menjadikannya beragama majusi.” Riwayat Muslim(4805)
Dalam mendidik anak-anak ibu bapa perlu menunjukkan tauladan yang baik dengan mematuhi segala ajaran agama dan ini sudah tentu akan mempengaruhi anak-anak dalam proses pendidikan tersebut.
Ads
Imam Ibnu Hajar al-Haitami ada menyebutkan jika ibu bapa bertakwa kepada Allah SWT, nescaya Allah SWT akan mengurniakan kebaikan dan mempermudahkan segala urusan zuriat mereka dengan memberi keberkatan serta petunjuk dalam kehidupan zuriat-zuriatnya.
Namun sebaliknya, jika ibu bapa mereka tidak melaksanakan perintah Allah dan melanggar larangan Allah, nescaya anak-anak mereka akan berkelakuan sebagaimana kelakuan ibu bapa mereka.
Jika sekiranya ibu bapa telah melaksanakan tanggungjawabnya dalam pendidikan agama anak-anak tetapi anak-anak masih tidak berakhlak dengan akhlak yang baik maka itu adalah satu ujian bagi ibu bapa. Mereka perlu bersabar atas ujian itu dan ia menjadi sebab kepada ganjaran pahala di sisi Allah kepada ibu bapa.
Kesimpulannya tidak ada nas yang jelas yang menujukkan bahawa akhlak tidak baik anak-anak adalah disebabkan dosa ibu bapa. Nas-nas yang ada ialah tentang kewajipan ibu bapa memberi pendidikan yang baik kepada anak-anak dari sudut pemantapan iman diikuti ibadah dan hubungan yang baik sesama manusia.
Apabila anak menunjukkan lambat respons, tiada eye contact & mulut sering terbuka, ibu bapa mana yang tidak risau. Dato’ Aliff Syukri bimbangkan kesihatan dan perkembangan anak angkatnya, Qayyum (Yom).
Jutawan kosmetik, Dato’ Aliff Syukri menyatakan kebimbangan melihatkan perkembangan Yom, 1 tahun yang agak berbeza. Selain lambat respons, tiada eye contact & mulut sering terbuka, Yom juga sering menangis.
aliffsyukriterlajaklaris Abah akan cuba yg terbaik.. Sebenarnya sy jugak pelik bila yom dah setahun ttp dia agak slow respon, mata x memandang org cakap, mulut 24jam terbuka, pergerakan dan dan punya banyak sakit takut ada masalah lain.. berbanding anak saya yg lain.. kami sedang buat rawatan utk Yom.. Ada cara lain tak selain jumpa doktor @babyterlajaklaris
Para follower yang prihatin memberikan responds kepada pertanyaaan Dato’ Aliff dengan memberikan beberapa cadangan seperti membawa Yom mendapatkan pemeriksaan pakar kanak-kanak, pakar pendengaran ENT dan sebagainya. Ada yang memberikan pendapat ia adalah petanda awal autisme.
Membawa si kecil melihat dunia amat baik untuk perkembangannya. Ia adalah satu bentuk rangsangan yang menggalakkan bayi menerokai sesuatu yang baru. Nak bawa mereka bersama tentu ada panduannya, lebih-lebih lagi jika ke luar negara.
Mama papa boleh dapatkan tip lanjut dalam rancangan TV Pa&Ma, 13 November 2018 jam 12 tengah hari dan 9 malam di Astro Prima & Astro Maya HD yang bertajuk Pengembara Cilik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perangai dan karenah anak-anak sememangnya buat kita hilang rasa kesabaran sebagai seorang ibu. Ada masanya kita pasti terlepas memarahi mereka dan tidak kurang menengking.
Jika marah tidak terkawal, ada baiknya anda angkat tangan dan berdoalah ketika waktu ini. Sesungguhnya doa ibubapa terlalu besar mujarabnya.
Menurut Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah, doa adalah perkara pertama dalam perkongsian tip membentuk ibu bapa cemerlang. Usahlah cepat menghukum anak apabila mereka melalukan kesalahan, sebaliknya angkatlah tangan dan doakan supaya mereka berubah dan mudah dibentuk.
Ketika menahan marah, angkatlah tangan dan doakan mereka. Ini tip dan perkongsian yang diberikan oleh beliau. Amalkan doa, zikir dan cara ini, insyaallah mampu jadikan anak kita, anak yang soleh dan solehah. Berusaha sesungguhnya lebih baik daripada tidak melakukan apa-apa. Jom kita amalkan sama-sama.
1.Amalkan zikir ‘Ya Latif’ dan hembuskan di kepala anak sewaktu mereka sedang tidur.
2. Peluklah anak setiap kali bangun pagi sambil berselawat di dalam hati dan niatkan apa jua niat untuk mereka. Usaplah kepalanya lembut dan doakan yang terbaik untuknya.
3. Amalkan Surah Al-Fatihah dan Surah Taha (ayat 1 hingga 5) dan hembuskan pada makanan dan minuman mereka. Amalkan bacaan ini setiap hari.
4. Zikir ‘Ya Latif’ juga turut membantu si kecil anda mudah menerima pembelajarannya dengan baik diikuti dengan bacaan Surah As-Syura. Lakukan saban hari.
5. Cubalah berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk ketika berdepan dengan mereka. Usah cepat melenting bila berdepan dengan kenakalan mereka, sebaliknya bersabarlah dan doalah untuk mereka.
Antara Amalan Lain Yang Ibu Patut Buat
Ketika Memasak
Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa Surah Al- Imran ayat 200 yang bermaksud: “ Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.”
Temankan Anak Ulangkaji
Ketika menemani anak mengulangkaji atau membaca Al Quran, amalkan juga membaca Surah Toha ayat 1 hingga 8, Surah Ar-Rahman ayat 1 hingga 4 danSurah Al-Insyirah. Ketika mengajar anak, sambil itu bacakanlah ayat-ayat ini.
Sentuh Ubun
Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Petua membaca doa dan harapan semasa anak baru lelap elok diamalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.
Doa Tengah Malam
Sebaik-baik memohon doa adalah di waktu tengah malam. Bangunlah ketika malam hari dan lakukan solat sunat diiringi doa dengan menyebut nama anak kita.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru melansungkan perkahwinan minggu lalu, Allah lebih menyayanginya. Itulah situasi yang berlaku kepada arwah Dr Mohammad Farid Ismail, 28 tahun yang berkhidmat di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, apabila maut dalam kemalangan.
Arwah yang merupakan anak yatim piatu telah berkongsi kegembiraan dapat menggunakan panggilan “ayah” dan “mak” setelah berkahwin baru-baru ini dengan pasangannya.
Menerusi laporan Astro Awani, arwah maut apabila kereta yang dipandunya terbabas di Jalan Changlun – Kuala Perlis, berhampiran Pintu B Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) Ulu Pauh, pagi Jumaat.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa, Dr Mohammad Farid Ismail, 28 tahun, dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar tiang elektrik di pembahagi jalan.
Ketika kejadian, difahamkan mangsa yang berasal dari Pendang, Kedah itu dalam perjalanan ke tempat kerjanya.
Ekoran kejadian itu, mangsa yang mengalami kecederaan parah maut di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Arau, Supt Nanda Maarof yang dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan kes mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pembantu perubatan sebelum dibawa ke unit forensik HTF untuk bedah siasat.
Dalam perkongsian yang telah viral di media sosial semalam, ramai rakan-rakan arwah terkejut dan mengucapkan takziah kepada isteri arwah.
Sesungguhnya kehilangan doktor muda ini begitu dirasai oleh ramai doktor senior, rakan sekerja, junior di universiti dan mereka memuji sikap baik arwah yang sentiasa menyenangkan hati semua orang.
Walaupun hanya sempat bergelar suami isteri hanya dalam masa seminggu, tetapi perancangan Allah lebih dari segalanya.
Salam takziah untuk isteri dan seluruh ahli keluarga arwah. Moga arwah ditempatkan dikalangan para solihin dan kembali bertemu ibu bapanya di sana.
Bila Anak Ada Minat, Tugas Kita Adalah Menyokong”: Inspirasi Dari Dunia Taekwondo Si Cilik
Pernah tak kita sebagai ibu bapa terhenti sejenak dan bertanya, “Apa sebenarnya...