Dr Amalina Kongsi Ini Sebabnya Dia Keluar Berjalan Dalam Pantang. Bukan Saja-Saja!

Share

Tempoh berpantang antara fasa memulihkan kembali tenaga ibu yang banyak digunakan ketika mengandung dan selepas melahirkan anak. Selain untuk menyihatkan badan, amalan berpantang ini dapat mengembalikan bentuk badan, melancarkan peredaran darah dan memulihkan kesihatan dalaman ibu.

Menerusi perkongsian Dr Amalina Che Bakri yang kini sedang menjalani tempoh berpantang selepas melahirkan anak sulungnya baru-baru ini, dia memberitahu ramai yang mempertikai caranya keluar dan berjalan-jalan walaupun baru lagi bersalin.

Namun Dr Amalina tidak melatah dengan setiap komen yang diberikan kepadanya tetapi menerangkan secara profesional apa sebabnya dia berbuat demikian.

𝐃𝐞𝐞𝐩 𝐯𝐞𝐧𝐨𝐮𝐬 𝐭𝐡𝐫𝐨𝐦𝐛𝐨𝐬𝐢𝐬 𝐚𝐧𝐝 𝐩𝐮𝐥𝐦𝐨𝐧𝐚𝐫𝐲 𝐞𝐦𝐛𝐨𝐥𝐢𝐬𝐦

Tahukah anda wanita mengandung dan baru bersalin ada risiko lebih tinggi untuk mendapat darah beku di kaki (deep venous thrombosis – DVT) & darah beku ini boleh pergi ke paru-paru yang menyebabkan pulmonary embolism (PE).

Anda ingin tahu kenapa saya berjalan perlahan-lahan apabila mampu selepas bersalin? Kerana saya ingin mengurangkan risiko darah beku.

Ramai nak tahu kenapa Baru tahu kenapa Dr Amalina selalu keluar berjalan dalam pantangkan, semuanya adalah dia nak mengurangkan risiko darah beku.

Apakah simptom DVT di kaki?

👉🏽 sakit, bengkak pada 1 kaki, biasanya di bahagian belakang kaki (betis)
👉🏽 sakit mungkin lebih teruk apabila anda berjalan
👉🏽 kulit merah, terutamanya di bahagian betis

Jika darah beku itu pecah ke dalam aliran darah, ia boleh menyekat saluran darah di dalam paru-paru. Ini dipanggil PE & memerlukan rawatan kecemasan.

ARTIKEL MENARIK 

[“Iron Lady KLCC..” Status Ibu Bukan Penghalang Maya Teruskan Karier Diminatinya]

[“Duduk Oversea Tetap Kena Pandai Cakap Melayu.” Dr Amalina Ajar Anak 4 Bahasa]

[“Ya Allah Anak Rezeki Kita..” Menangis Ibu Ini Ebit Lew Bagi Kereta Untuknya & Anak OKU]

Apakah simptom PE?

👉🏽mengalami kesukaran bernafas secara tiba-tiba
👉🏽mengalami sakit atau sesak di dada atau belakang
👉🏽batuk berdarah

Anda lebih berkemungkinan mendapat DVT pada mana-mana peringkat kehamilan anda & sehingga 6 minggu selepas kelahiran berbanding orang yang tidak hamil pada umur yang sama.

Risiko anda mendapat DVT semasa kehamilan adalah lebih besar jika anda:

📍Anda atau ahli keluarga terdekat pernah mengalami DVT sebelum ini
📍berusia lebih 35 tahun
📍obesiti (BMI 30 atau lebih)
📍pernah mengalami jangkitan teruk atau kecederaan serius, seperti patah kaki
📍mempunyai masalah blood clots (trombofilia)
📍sedang mengandung anak kembar atau multiple babies
📍telah menjalani rawatan kesuburan
📍menjalani pembedahan caesarean
📍merokok
📍mempunyai varicose veins yang teruk
📍mengalami dehidrasi

Mereka yang baru bersalin yang berisiko tinggi (e.g selepas Caesarean section) akan diberi injection untuk elakkan darah beku & digalakkan memakai TED stockings, gerakkan toes and feet in circular motion untuk membantu pengaliran darah.

Bagaimana untuk mencegah DVT?

⭐️kekalkan berat badan yang sihat
⭐️kekal aktif – berjalan kaki
⭐️minum 2-3L air kosong untuk mengelakkan dehidrasi
⭐️jangan duduk untuk jangka masa yang lama – bangun & bergerak setiap jam
⭐️jangan menyilang kaki semasa anda duduk, ia boleh menyekat aliran darah
⭐️jangan merokok
⭐️jangan minum alkohol

Di ruangan komen posting Dr Amalina itu juga, ada yang turut berkongsi pengalaman mereka dan bersetuju dengan cara Dr Amalina.

Oleh itu, dengan penerangan Dr Amalina ini, kita sama-sama menghormati pendirian orang dan kalau rasa nak buat, kita buatlah. Apa yang penting diri kita sendiri yang tahu sejauh mana kita kuat atau tak.

Kredit: IG Dr Amalina Che Bakri                 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

Published by
Wan Amy