Ibu yang tengah hamil disarankan untuk mengambil vaksin Covid jika masih dalam tempoh yang sesuai dengan usia kehamilan. Tak perlu nak risau kerana kajian membuktikan vaksin ini selamat untuk ibu dan bayi dalam kandungan.
Melalui perkongsian di instagram Dr Amalina Bakri, beliau juga menasihatkan ibu hamil mendapatkan secepat mungkin vaksin ini dalam keadaan kes yang semakin meningkat.
ARTIKEL BERKENAAN [Ibu Hamil Dijangkiti Covid, Kemungkinan Masuk ICU & Bersalin Awal 2 Kali Ganda!]
Kepada ibu mengandung, saya mengalakkan anda untuk dapatkan COVID vaksin secepat mungkin. Kajian menunjukkan, mereka yang mendapat jangkitan COVID semasa mengandung mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat jangkitan teruk (severe illness) & increased hospital admission berbanding dengan mereka yang tidak mengandung dan risiko lebih tinggi untuk ‘preterm birth & stillbirth’ (Gurol-Urganci et al 2021).
Kajian (7530 vaccinated vs 7530 matched unvaccinated women) menunjukkan ibu mengandung yang mendapat vaksin mendapat perlindungan dan risiko lebih rendah untuk mendapat jangkitan berbanding mereka yang tidak vaksin (Goldshtein et al 2021).
Setakat ini ~ 130 000 ibu mengandung di US dan ~50 000 di UK sudah mendapat vaksin tanpa ada isu keselamatan terhadap ibu dan bayi (RCOG 2021). Data menunjukkan vaksin adalah selamat untuk ibu mengandung dan kandungan (Male et al 2021).
Data dari UK menunjukkan ibu mengandung yang mendapat 2 dos lengkap tidak dimasukkan ke hospital kerana COVID kerana mereka sudah mendapat perlindungan dan mereka yang mendapat jangkitan teruk adalah mereka yang tidak divaksin atau belum mendapat dos kedua (RCOG guideline 2021).
ARTIKEL BERKAITAN [Ibu Mengandung Nak Vaksin, Jangan Teragak-Agak. Ambillah Sebagai Ikhtiar Lindungi Diri!]
Vaksin tidak menyebabkan masalah kesuburan (infertility) (Moris 2021). Vaksin juga tidak meningkatkan risiko keguguran (miscarriage) (Shimabukuro et al 2021).
RCOG guideline mengatakan vaksin boleh diberi kepada ibu mengandung tidak kira di mana stage pregnancy (with informed consent) dan pakar mengatakan wanita mengandung perlu melengkapkan 2 dos sebelum melahirkan atau sebelum masuk third trimester kerana ini adalah peringkat yang paling genting dimana risiko paling tinggi adalah semasa third trimester.
Ibu mengandung tidak kira gestation age digalakkan untuk mendapat vaksin kerana risiko yang sangat tinggi kepada mereka. (RCOG guideline 2021).
Kredit: Dr Amalina Bakri
Mama jom rileks jap, klik link ni!
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)