Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar memaklumkan isterinya Datin Dr. Halina Mohd Yunos perlu menjalani pembedahan bagi melahirkan bayi kembar mereka yang kini berusia 34 minggu.
Berita yang dikongsikan oleh Dr. Sheikh Muszaphar menerusi hantaran di Instagramnya itu menyatakan bahawa kandungan isterinya itu perlu dibedah pada usia kandungan yang masih belum matang kerana mengalami pra eklampsia.
Keadaan itu boleh membahayakan nyawa ibu dan kedua bayi dalam kandungan jika tidak dirawat.
“Sedang menunggu untuk dibedah ketika usia kandungan 34 minggu.
“Dr Halina menghidap keadaan kritikal yang disebut pre-eclampsia yang boleh membawa maut kepada ibu dan anak kembar jika tidak dirawat.
“Ia biasanya berlaku pada ibu mengandung pada 34 minggu yang berkaitan dengan tekanan darah, bengkak dan protein tinggi dalam air kencing,” katanya.
Hamil usia 40-an antara faktor
Menjelaskan lagi tentang apa yang dialami isterinya, beliau memberitahu ia berpunca dari banyak faktor.
“Puncanya? Banyak faktor seperti usia 40 tahun, kehamilan kembar itu sendiri antara lain.
“Masalahnya timbul dari plasenta itu sendiri yang melibatkan buah pinggang dan hati dan sebab itu pentingnya mengeluarkan kembar secepat mungkin.
“Steroid diberikan untuk membantu kematangan paru-paru kerana bayi baru berusia 34 minggu,” jelasnya.
Sheikh Muszaphar memberitahu pembedahan dijadualkan hari ini tetapi mereka masih berharap jika ia dapat dilambatkan.
“Rancangannya adalah untuk melakukan pembedahan esok tetapi kami berharap dapat menunggu sedikit lebih lama.
“Anak kembar sekarang berada pada berat 2.2 kg dan 2.4 kg dengan kadar denyutan jantung yang baik dan tidak sabar untuk keluar. Begitu juga dengan kami tetapi sila tunggu sedikit lagi,” katanya lagi.
Sheikh Muszaphar turut berkongsi tentang salah satu anak kembar dalam kandungan isterinya yang sudah berpusing dan bersedia untuk dilahirkan secara normal, namun itu bukanlah pilihan buat Dr Halina pada ketika ini.
Dr Halina ditahan di wad, bacaan tekanan darah & kandungan gula tak stabil
Terdahulu dalam hantaran di Instagram, angkasawan itu memaklumkan isterinya terpaksa ditahan di wad kerana keadaan kandungan yang membimbangkan.
Menurut Muszaphar, isterinya, Datin Dr. Halina kini perlu dipantai secara rapi berikutan bacaan tekanan darah dan gulanya tidak berapa stabil.
“Kandungan Dr. Halina kini sudah berada pada 34 minggu, Alhamdulillah.
“Malangnya, dia terpaksa dimasukkan ke wad hari ini untuk pemantauan rapi berikutan bacaan tekanan darah dan paras gula tinggi yang mengakibatkan dirinya mengalami pembengkakan.
“Mengandung anak kembar, horman tidak akan stabil dan perlu dikawal,”
Dalam hantaran tersebut, Sheikh Muszaphar memuat naik video dirinya bersama isteri menjalani ujian saringan Covid-19 yang menjadi syarat wajib bagi kemasukan ke wad.
“Bertabah sayang, Insya-Allah semuanya akan dipermudahkan. Doakan kami ya,” corentnya.
Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.
Semoga dipermudahkan urusan bersalin Dr Halina, sama-sama kita doakan!
Sumber: Gempak & IG Dr Sheikh Muszaphar
Baca: Dr.Halina Menangis, Baby Dalam Perut Tak Bergerak Lepas Adam & Noah Terjatuh Atas Perut’
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)