Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan isteri, Datin Dr Halina selamat menimang cahaya mata kembar mereka pagi semalam.
Dr Halina melahirkan bayi lelaki pada jam 9.47 pagi dengan berat 2.26kg diikuti bayi perempuan jam 9.48 pagi dengan berat 2.17kg secara pembedahan di Pusat Perubatan Sunway.
Menurut laporan akhbar Harian Metro, Dr Sheikh Muszaphar yang mengakui sukakan kanak-kanak, menyatakan sudah mula merancang untuk mendapatkan anak ketujuh sebaik sahaja anak kembarnya itu dilahirkan.
“Saya seorang yang sukakan kanak-kanak dan pada masa sama, saya mahukan anak yang ramai kerana mahu membimbing mereka yang dilihat seperti versi saya yang kecil.
“Selain itu, ada kelebihan memiliki anak yang ramai walaupun sukar untuk menjaga mereka sekarang (semasa kecil). Bila mereka sudah besar nanti, anak-anak boleh menghilangkan kesunyian apabila kami sudah tua.
“Disebabkan itu, kini saya sudah bercadang untuk mendapatkan anak ketujuh. Bagi tujuan itu, saya perlu meyakinkan isteri terlebih dulu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro semalam.
Beliau berkata, empat lagi anaknya sudah tidak sabar untuk berjumpa adik mereka.
“Ketika ini, hanya saya seorang dibenarkan melawat isteri serta anak di hospital kerana situasi Covid-19.
“Isteri kini dalam keadaan baik dan sudah makan serta boleh berjalan. Jika tiada aral melintang, isteri mungkin dibenarkan pulang ke rumah Ahad ini, namun bergantung kepada keadaan luka pembedahannya,” katanya.
Alangkah bagus kalau saya dapat ganti tempat Dr Halina
Sementara itu, di laman Instagram miliknya, Dr Sheikh Muszaphar turut menitipkan ucapan istimewa buat isteri tercinta dalam satu entri terbaru sempena kelahiran kembar sepasang mereka.
Menurut Dr Sheikh Muszaphar, walaupun menanti dengan penuh debaran, segalanya berbaloi saat bayi kembarnya itu dilahirkan.
“Perjalanan menuju ke bilik pembedahan, seperti perjalanan yang panjang. Pengorbanan yang si ibu haru lalui. Alangkah bagusnya kalau saya dapat ganti tempat Dr Halina.
“Ini adalah kali kedua isteri saya harus berhadapan dengan alat bedah. Tapi satu perkara yang saya yakin, semuanya berbaloi saat bayi dilahirkan,” tulisnya.
Ujarnya lagi, isteri dan bayinya kini berada dalam keadaan baik dan sedang berehat.
“Bayangkan bau baby tersebut. Betapa kecilnya mereka. kulit bayi yang berwarna merah jambu dan rambut lebat mereka. semua itu berbaloi dan mereka adalah versi mini saya.
“Salam sayang kepada semua. Alhamdullilah pembedahan tersebut telah berjaya, mommy dan babies sedang berehat, saya pun begitu,” kongsinya lagi.
Sebelum ini, Dr Sheikh Muszaphar dikurniakan anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah yang kini berusia tiga tahun.
Selain anak kembar lelaki, pasangan berkenaan juga memiliki dua lagi anak perempuan iaitu Sophea Isabella, 9, dan Sophea Natasha, 7.
Sumber: Hmetro & Instagram Dr Sheikh Muszaphar.
Baca: “Sayunya Mommy Tinggal Anak Untuk Berjuang”. Dr Sheikh Muszaphar Setia Teman Isteri Bersalin!
Baca: Alhamdullilah Anak Kembar Dr Sheikh Muszaphar Sepasang!
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents