Tabiat makan yang tak berkhasiat sejak kecil boleh menjadi punca kepada masalah kerosakan rahim di kalangan wanita pada usia muda.

Bahkan menurut Pakar Sakit Puan terkenal, Datuk Dr Hamid Arshat, hari ini semakin ramai wanita yang menderita sakit akibat kerosakan rahim di usia muda.

Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga semua wanita hendaklah tahu tentang kewujudan pelbagai penyakit yang mungkin boleh menyerang mereka serta cara-cara penjagaan kesihatan diri agar terhindar daripada menghidapnya.

  1. Penyakit tumbuhan dalam rahim, fibroids dan adenomyosis pada suatu ketika dulu menimpa wanita-wanitaumur 40-an.

Zaman sekarang dalam umur 20-an tahun pun sudah mengidap penyakit tersebut. Malah ada yang amat besar tumbuhan tersebut.

  1. Bagi adenomyosis, tanda pertama ialah senggugut sering didahului dengan penyakit endometriosis.
Dr Hamid Arshat Kata Kini Ramai Wanita Mengalami Kerosakan Rahim Di Usia Muda. Jaga Pemakanan Dari Kecil!
ADENOMYOSIS. berkeping2 tumbuhan dan merosak hampir semua tisu-tisu otot rahim.

Dalam endometriosis, tisu-tisu darah haid (endometrium) tumbuh di luar rahim. Adenomyosis tisu-tisu tersebut tumbuh dalam otot rahim.

Tanda-tanda lain ialah perdarahan yang banyak dan/atau berpanjangan.

Ads
Dr Hamid Arshat Kata Kini Ramai Wanita Mengalami Kerosakan Rahim Di Usia Muda. Jaga Pemakanan Dari Kecil!
Adenomyosis telah merosak seluruh rahim.

Gejala-gejala ialah sukar hamil, mandul dan sering gugur.

  1. Fibroids pula sering tiada tanda, tiada gangguan atau gejala. Malah ramai wanita yang hamil dan melahirkankan anak tanpa gangguan.
Dr Hamid Arshat Kata Kini Ramai Wanita Mengalami Kerosakan Rahim Di Usia Muda. Jaga Pemakanan Dari Kecil!
Fibroids

Banyak yang dikesan secara kebetulan waktu pemeriksaan untuk tujuan lain.

Ada juga yang mengalami perdarahan, kesakitan, keguguran, sukar hamil, gangguan-gangguan kencing dan buang najis.

Ads
Dr Hamid Arshat Kata Kini Ramai Wanita Mengalami Kerosakan Rahim Di Usia Muda. Jaga Pemakanan Dari Kecil!
Fibroid, bulat tumbuhan nya, disekelingi capsule. Kurang kerosakkan pada tisyu otot lain

4. Kedua-duajenis tumbuhan tersebut ada faktor baka, ertinya jika emaknya mengidap penyakit tersebut, anak-anakperempuan ada risiko. Berwaspada!

5. Jika anak-anak gadis mengalami senggugut, gangguan perdarahan dan edaran haid, elok buat ultrasound scan perut untuk kesan masalah peranakkan dan ambil langkah-langkah awal untuk mengawal dan mencegah.

6. Ajar, pupuk dan sematkan tabiat makan yang baik sejak dari kecil lagi.

Penting sangat makanan-makanan yang berzat dan berkhasiat. Paksa makan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Ads

Kawal dan cegah makanan fast dan junk food. Ramai ibu-ibu ambil jalan mudah bila anak-anak menangis, merengit atau merajuk mereka pujuk dengan memberi junk food.

Kesan buruk ialah kegemukkan anak dan kelemahan immunity anak-anak menyebabkan mereka ditimpa berbagai penyakit.

MARI KITA AMALKAN TABIAT MAKAN YANG TERBAIK. MULAKAN DARI ANAK-ANAK KECIL.

Sumber: Dr Hamid Arshat

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI