Tabiat makan yang tak berkhasiat sejak kecil boleh menjadi punca kepada masalah kerosakan rahim di kalangan wanita pada usia muda.
Bahkan menurut Pakar Sakit Puan terkenal, Datuk Dr Hamid Arshat, hari ini semakin ramai wanita yang menderita sakit akibat kerosakan rahim di usia muda.
Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga semua wanita hendaklah tahu tentang kewujudan pelbagai penyakit yang mungkin boleh menyerang mereka serta cara-cara penjagaan kesihatan diri agar terhindar daripada menghidapnya.
Penyakit tumbuhan dalam rahim, fibroids dan adenomyosis pada suatu ketika dulu menimpa wanita-wanitaumur 40-an.
Zaman sekarang dalam umur 20-an tahun pun sudah mengidap penyakit tersebut. Malah ada yang amat besar tumbuhan tersebut.
Bagi adenomyosis, tanda pertama ialah senggugut sering didahului dengan penyakit endometriosis.
Dalam endometriosis, tisu-tisu darah haid (endometrium) tumbuh di luar rahim. Adenomyosis tisu-tisu tersebut tumbuh dalam otot rahim.
Tanda-tanda lain ialah perdarahan yang banyak dan/atau berpanjangan.
IKLAN
Gejala-gejala ialah sukar hamil, mandul dan sering gugur.
Fibroids pula sering tiada tanda, tiada gangguan atau gejala. Malah ramai wanita yang hamil dan melahirkankan anak tanpa gangguan.
Banyak yang dikesan secara kebetulan waktu pemeriksaan untuk tujuan lain.
Ada juga yang mengalami perdarahan, kesakitan, keguguran, sukar hamil, gangguan-gangguan kencing dan buang najis.
IKLAN
4. Kedua-duajenis tumbuhan tersebut ada faktor baka, ertinya jika emaknya mengidap penyakit tersebut, anak-anakperempuan ada risiko. Berwaspada!
5. Jika anak-anak gadis mengalami senggugut, gangguan perdarahan dan edaran haid, elok buat ultrasound scan perut untuk kesan masalah peranakkan dan ambil langkah-langkah awal untuk mengawal dan mencegah.
6. Ajar, pupuk dan sematkan tabiat makan yang baik sejak dari kecil lagi.
Penting sangat makanan-makanan yang berzat dan berkhasiat. Paksa makan sayur-sayuran dan buah-buahan.
IKLAN
Kawal dan cegah makanan fast dan junk food. Ramai ibu-ibu ambil jalan mudah bila anak-anak menangis, merengit atau merajuk mereka pujuk dengan memberi junk food.
Kesan buruk ialah kegemukkan anak dan kelemahan immunity anak-anak menyebabkan mereka ditimpa berbagai penyakit.
MARI KITA AMALKAN TABIAT MAKAN YANG TERBAIK. MULAKAN DARI ANAK-ANAK KECIL.
Sejak dilahirkan pada 6 Ogos lalu, anak bongsu pelakon dan pelawak popular, Shuib, 37, iaitu Ayash Affan yang lahir pramatang sudah dikeluarkan dari inkubator di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia, dua hari lalu.
Berat makin naik, perkembangan baik
Shuib berkata, selepas dikeluarkan dari inkubator, perkembangan ditunjukkan Ayash yang berusia 20 hari itu sangat baik.
“Alhamdulillah, ‘baby’ dah pun dikeluarkan dari inkubator sejak dua hari lalu. Berat makin naik, alhamdulillah dia juga dah mula minum susu ibu (daripada sepupu Shuib). Begitulah perkembangannya dan doktor cakap dalam masa kira-kira tiga minggu, insya-Allah dia akan keluar (dibawa pulang ke rumah),” katanya.
Baru-baru ini Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad dilaporkan sudah bertemu calon sesuai untuk menjadi ibu susuan buat Ayash iaitu sepupunya sendiri.
“Syukur kepada Allah apabila dalam kalangan keluarga saya ada sepupu yang baru melahirkan anak kira-kira enam bulan lalu dan dialah ibu susuan Ayash,” katanya.
Shuib sebelum ini berkata, dia bimbang dengan masa depan Ayash sekiranya dia mendapatkan susu badan daripada orang luar (bukan ahli keluarga sendiri).
Pada 9 Ogos lalu, Shuib kehilangan isteri tercinta, penyanyi Siti Sarah Raissuddin yang meninggal dunia akibat Covid-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) HCTM.
Mereka berkahwin pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6 dan terbaru, Ayash.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat bersyukur punya rezeki untuk menyusukan anaknya, Ana Nayla sehingga kini usia anaknya sembilan bulan.
Jarang-jarang berkongsi cerita, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat tampil menjawab beberapa soalan yang diutarakan peminatnya di Insta Story.
Menjawab persoalan menyusukan anaknya kata Ayda dia bersyukur sehingga kini masih terus diberikan rezeki untuk menyusukan Ana Nayla.
“Alhamdulillah masih. Dah 9 bulan guys,” tulisnya ringkas.
Mengulas mengenai tip penyusuannya kata Ayda, dia tidak mengamalkan sebarang booster atau penggalak susu tetapi kini menambah pemakanan sihat dalam diet hariannya.
Jika dulu kurang makan sayur, kini sayur menjadi makanan wajibnya demi anak. Paling penting kata Ayda, jangan stress.
“Saya dah lama tak minum booster. Buat daripada tak makan sayur dulu, sekarang saya makan and just enjoy the food la.
“Paling penting jangan stress, sebab stress nanti susu tak banyak.
“And mommies dont worry kalau your boobs size comel, sebab susu tak bergantung pada size boobs..haha. Ada yang selambak tapi takde susu. Tu kira rezeki Allah nak bagi.
“Sebab dulu saya ingat lagi ada makcik ni cakap ala kecik t*t*k awak ni nanti mesti takde susu itu MITOS.
“Doa kat Allah nak banyak susu for baby! Insyallah ada,” kongsinya lagi.
Bayi tertidur ketika proses penyusuan berlangsung adalah satu keadaan biasa. Jadi apa cara yang boleh dilakukan untuk sendawakan bayi yang sedang terlena? Ini jawapannya…
Sendawakan bayi yang tertidur
Tidak kira menyusu badan atau botol, situasi bayi tertidur ketika proses penyusuan adalah perkara normal.
Apabila berasakan perut semakin kenyang, si manja akan menjadi lebih santai dan hisapan susu semakin perlahan. Kesannya? Bayi akan tertidur.
Keadaan ini lebih cenderung untuk berlaku pada waktu malam ketika keinginan untuk bayi tertidur adalah tinggi.
Walaupun si kecil tampak nyenyak, namun bagi sesetengah bayi, mereka perlu disendawakan untuk mengeluarkan angin sebelum tidur.
Proses sendawakan bayi sedang tidur adalah sama dengan bayi yang masih berjaga. Cuma anda mungkin perlu memperlahankan pergerakan agar mereka tidak terjaga.
Jadi apakah cara terbaik dan sesuai untuk menyendawakan bayi tertidur?
Kaedah sendawakan bayi yang sedang tidur
Berikut terdapat beberapa posisi yang sesuai untuk membantu bayi tertidur sendawa, iaitu:
Di tengah-tengah proses penyusuan
Bayi yang mengantuk akan cenderung untuk menghisap susu dengan banyak. Anda boleh bantu untuk menyendawakan si manja untuk mengelakkan kehadiran gas.
Cuba sendawakan anak ketika anda mengubah payudara untuk proses penyusuan.
Bagi bayi yang menyusu botol, hentikan sebentar proses penyusuan sebelum susu habis untuk menyendawakan mereka.
Ia bukan sahaja membantu memberikan lebih banyak ruang untuk susu tetapi ia juga mengelakkan daripada berlakunya muntah susu.
Meletakkan di bahu
Posisi ini sesuai untuk sendawakan bayi yang tidur dengan nyenyak. Ibu boleh juga menggunakan kaedah ini untuk bangunkan bayi, meneruskan proses penyusuan. Caranya:
bayi tertidur
-Sandar bahagian dada atas bayi pada bahu anda. Letakkan sebelah tangan di bawah punggung mereka sebagai sokongan
-Pastikan kepala si manja berada di atas bahu
-Secara perlahan, tepuk belakang bayi
-Jika tepukan perlahan tidak berkesan untuk menyendawakan si manja, cuba gosokkan telapak tangan pada bahagian belakang dengan gerakan bulatan
-Jika anda mahukan bayi terjaga, lakukan henjutan ringan sewaktu mereka bersandar pada bahu. Tindakan anda ini juga boleh membantu menyendawakan si kecil.
Bersandar di dada
–Meletakkan bayi pada dada boleh memberikan lebih keselesaan. Posisi ini juga membantu mengekalkan bayi tidur selepas menyusu.
-Dengan perlahan, alihkan bayi ke bahagian dada. Pastikan sebelah tangan anda berada di belakang badan bayi, manakala sebelah tangan lagi menyokong punggung si manja
-Elakkan daripada merenggangkan kaki bayi. Biarkan badan mereka dalam posisi melengkung
-Lakukan gosokan dengan gerakan membulat menggunakan tangan yang berada di belakang badan bayi
-Jika tidak berjaya membuatkan si kecil sendawa, lakukan tepukan lembut antara bahu mereka
Berbaring di lengan
-Posisi sendawakan bayi ini sesuai untuk bayi yang bersaiz kecil.
-Letakkan sebelah lengan pada bahagian punggung bayi. Ini membolehkan mereka bersandar pada lengan anda
-Bayi mungkin sudah berada pada posisi ini ketika proses penyusuan
-Secara perlahan-lahan, alihkan kedudukan bayi untuk berada dalam keadaan meniarap pada sebelah lagi lengan. Pastikan kedudukan kepala bayi pada hujung siku
-Tentukan kedudukan bayi dalam keadaan seimbang
-Gosokkan atau tepuk secara perlahan bahagian belakang badan si manja
Apabila bayi sudah sendawa, alihkan bayi untuk kembali kepada posisi berbaring bagi meneruskan proses penyusuan atau tidur.
Posisi meriba
-Jika anda sudah berada dalam keadaan duduk ketika menyusukan si manja, posisi meriba ini sesuai untuk memastikan bayi tertidur tidak terjaga ketika cubaan menyendawakan mereka.
-Secara perlahan, alihkan badan bayi agar perut mereka dapat dihalakan dan direhatkan pada bahagian paha anda
-Letakkan sebelah tangan untuk menyokong bahagian dagu dan dada si kecil. Tindakan ini juga untuk memastikan bahagian kepala bayi diangkat sedikit daripada badan
-Gunakan tangan yang lain untuk menepuk atau menggosok secara bulatan pada bahagian belakang badan si manja
-Setelah berjaya membuatkan bayi sendawa, alihkan mereka untuk kembali kepada keadaan berbaring
Tempoh untuk sendawakan bayi
Umumnya, untuk membuatkan bayi sendawa hanya memerlukan masa antara 1 atau 2 minit. Adakalanya bayi mungkin sendawa apabila anda mengalihkan kedudukan bayi.
Kaedah lain yang membantu menyendawakan bayi yang sering tertidur ketika menyusu adalah dengan menghentikan proses penyusuan. Lakukannya apabila mereka tampak mengantuk.
Cuba untuk sendawakan mereka sebelum meletakkan mereka di tempat tidur.
Kepentingan buat bayi tertidur sendawa
Anda mungkin rasa sendawakan bayi tidak penting, tetapi ia sebenarnya boleh membantu bayi untuk berasa selesa dan mengelakkan kembung perut.
Walaupun bayi tertidur ketika menyusu, anda disarankan untuk tetap membantu mereka sendawa agar mereka dapat tidur dengan lebih lena.
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!