Walaupun mengalami cyst tetapi wanita masih berpeluang hamil semula asalkan mereka berdisiplin dan bersungguh-sungguh mengamalkan gaya hidup sihat.
Pakar sakit puan terkenal, Datuk Dr Hamid Arshat yang berpengalaman luas dalam bidang perbidanan dan sakit puan kongsi amalan pemakanan yang wanita lepas menjalani pembedahan buang cys patut amalkan untuk meningkatkan peluang hamil.
DERMOID CYST PADA OVARY KIRI
Kandungan cyst ialah cecair berminyak, lemak dan rambut. Menakutkan juga bila melihat rambut tumbuh dalam kilang telor.
Satu jenis keajaiban, tidak terfikir rambut boleh tumbuh dalam ovary. Kejadian Allah, apa-apa boleh berlaku atas KehendakNya.
Masih ada peluang hamil, ovary kanan dan tiub kanan masih normal. Lepas bedah perlu amalkan cara gaya hidup sihat.
MAKANAN UNTUK LEPAS BEDAH
1.Lepas bedah penting untuk meningkatkan immunity untuk mencegah tumbuh semula penyakit endometriosis , fibroid dan ovarian cyst serta untuk meningkatkan peluang hamil.
2. Ambil langkah untuk kurangkan stress. Exercise 30 minit setiap hari, banyak berzikir , baca al-quran 4-5 muka setiap hari.
Ads
Kurangkan pendedahan kepada toksin – jauhkan menghidu asap-asap beracun, semburan insecticide dan pewangi di rumah dan dalam kereta. Gunakan bahan-bahan organik untuk syampu, sabun, minyak rambut dan deodorent.
3. Sangat penting makanan berzat dan berkhasiat. Jauhkan semua makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis, saperti fast foods, junk foods, burger, hot dog, nuggets, french fries dan lain-lain.
Juga jahukan makanan dan minuman yang mengandungi gula dan tepung – donut, kuih-kuih, ice krim , coklat dan lain-lain. Jauhkan minuman soft drink, jus dan kordial dalam botol atau kotak.
Ads
4. Makan 70% bahan-bahan mentah dan segar, iaitu buah-buah dan sayur-sayur. Makan lebih buah-buah tempatan saperti papaya, nenas, jambu batu, tembikai, dragon fruit dan lain-lain.
Saya galakkan makan ulam-ulam, sayur-sayur bayam, bendi, terung, kangkung, cekor manis, daun turi dan keledek merah.
5. Amalkan minum jus buatan sendiri tanpa gula. Dua biji epal hijau, 2 carrot, 2 batang celery atau ¼ buah papaya dan ¼ nenas (khas seminggu dalam waktu haid). Buat jus asli campur sikit air jadikan satu jug, masuk peti ais semalaman.
Ads
6. Untuk sarapan pagi kacau dan minum satu gelas jus , lepas itu minum satu sudu besar extra virgin olive oil atau minyak kelapa dara.
Makan 2 biji telur saparuh masak dan oats atau cereal lain. Jauhkan roti putih atau nasi putih. Makan roti whole meal dan brown rice.
7. Makanan selingan (tea dan coffee break) – jauhkan makanan bergula dan karbohidrat. Makan buah-buah atau segenggam campuran kacang-kacang almond, gajus, kismis dan peanuts. Minum air mineral atau teh hijau. Jauhkan teh tarik atau nescafe susu.
8. Makan tengah hari – Cuba makan rojak, pecal, salad atau sup sayur. Makan seketul ayam, sepotong ikan atau daging. Minum air mineral, air kelapa muda. Tengah hari tidak makan nasi atau lain-lain jenis karbohidrat
9. Makan malam – Minum satu gelas jus diikuti satu sudu besar apple vineger atau satu sudu madu. Masak sup sayur kobis, carrot, broccoli dan cendawan.
Atau buat rojak/pecal dari sayur kangkung, taugeh, sengkuang, tempeh dan tauhu. Masak lauk ikan, ayam atau daging dengan menggunakan lebih halia, kunyit, bawang putih dan bawang merah serta serai. Gantikan nasi putih kepada brown rice.
10. Supplemen yang perlu untuk mencepatkan pemulihan luka dan pemulihan penyakit endometriosis ialah multivitamins, vit C 1gm, vit E 400 IU, Habatus sauda.
Makan juga goji beri, lain-lain jenis berries, spirulina, rumpai laut.
Semoga wanita yang baru menjalani pembedahan membuang cyst, boleh hamil apabila mengamalkan gaya makanan disarankan oleh Dr Hamid Arshat tersebut.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Belum lagi reda dengan kes wabak koronavirus, kes polio pula mencatatkan peningkatan angka mangsa yang dijangkiti virus tersebut. Kes yang dilaporkan oleh Harian Metro tersebut berlaku di Sabah dan mangsa jangkitan polio baru berusia 3 tahun.
Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dari Sandakan dikesan dijangkiti virus polio menjadikan empat kes polio dilaporkan di Sabah.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kanak-kanak bukan warganegara itu mendapat rawatan di hospital selepas mengalami gejala lemah kaki kiri pada 18 Januari lalu.
Menurutnya, kes disahkan polio oleh Makmal Rujukan Pertubuhan Kesihatan Sedunia di Australia pada 5 Mac lalu dan siasatan mendapati kanak-kanak terbabit tidak menerima vaksin polio sejak lahir.
“Ia kes terbaharu disahkan polio di Sabah. Sebelum ini terdapat tiga kes membabitkan bayi tiga bulan dari Tuaran, kanak-kanak tiga dan lapan tahun dari Sandakan serta 11 tahun dari Kinabatangan.
“Hanya bayi yang masih dirawat di hospital dan memerlukan alat bantuan pernafasan, namun dilaporkan stabil. Manakala tiga kes adalah bukan warganegara dan tidak menerima vaksin polio,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Noor Hisham berkata, semasa aktiviti kawalan dan pencegahan polio dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lapangan pada 24 Januari lalu, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dari Semporna ditemui mengalami gejala Acute Flaccid Paralysis.
“Kanak-kanak itu demam pada 10 Januari diikuti lemah kaki hingga tidak dapat berjalan seperti biasa pada 17 Januari, namun tidak dibawa mendapatkan rawatan.
“Hasil penelitian pakar, kes itu diklasifikasi sebagai polio compatible memandangkan gejala dialami mirip kepada polio,” katanya.
Selain itu, katanya, KKM turut menjalankan survelan bagi mengesan virus polio dalam persekitaran dan sebanyak 13 sampel air kumbahan diambil dari beberapa lokasi di Sabah.
Beliau berkata, survelan persekitaran diperluaskan ke semua daerah di Sabah dan Semenanjung Malaysia bagi memastikan virus polio dikesan awal agar langkah kawalan dan pencegahan dapat dijalankan segera.
Setiap kali menimang cahaya mata baru, pasti nama yang baik-baik menjadi pilihan ibu dan ayah. Sebagai Umat Islam juga kita memang digalakkan untuk memberikan nama yang mempunyai maksud yang baik untuk anak-anak. Tujuannya supaya nama tersebut dapat membina keperibadian yang tinggi buat anak sesuai dengan nama yang dipilih.
Isteri kepada pelawak Fad Bocey, Syaheera Rahman dalam hantaran terbarunya di Instagram berkongsi maksud nama cahaya mata keempat mereka, Ibrahim Jibriel.
Tidak hanya maksud nama, posting terbaharu Syaheera juga turut memaparkan wajah comel Ibrahim yang kini sudah berusia 7 hari.
Syaheera berkongsi wajah penuh puteranya buat pertama kali selepas selamat melahirkan cahaya mata keempatnya itu pada 20 Oktober yang lalu.
“Maksudnya: Aku memperlindungkan kamu berdua dengan kalimat-kalimat Allah yang maha sempurna daripada syaitan, binatang berbisa dan mata yang dengki.
“Assalamualaikum, saya baby Ibrahim Jibriel. Hari ini hari ke-7 saya dilahirkan. Doakan saya menjadi anak yang soleh dan sentiasa di dalam perlindungan Allah S.W.T,” coretnya.
Terdahulu, Fad dan Syaheera mendirikan rumah tangga pada 14 Mac 2015.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu pasangan kembar Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan serta seorang puteri, Nur Aminah Mishal.
Syaheera selamat melahirkan Ibrahim pada 20 Oktober lalu.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tompokan berwarna kebiruan atau kelabu kehitaman ini mungkin menimbulkan kerisauan kepada ibu bapa. Mana tidaknya warna seperti lebam, bimbang menyakitkan si manja!
Tanda seolah-olah lebam dan ini selalunya wujud pada bahagian punggung, belakang. Tidak terkecuali bahagian dada, betis, kaki dan tangan. Malah ada sesetengah bayi turut mendapatnya pada bahagian muka!
Menurut Dr Hairin Anisa Tajuddin, Pakar Pediatrik & Pensyarah Pediatrik Monash University, ramai ibu bapa salah faham mengenai tanda lahir ini. Ada yang bimbang ia akan menyakitkan si manja. Berikut ialah perkongsian beliau;
Ramai yang tersalah faham dengan tanda lahir ini.
MONGOLIAN SPOT
Ia dinamakan Mongolian spot.
Ia sejenis tanda lahir yang telah terjadi sejak dalam kandungan di mana sel-sel yang menghasilkan pigmen berterusan berada di dalam lapisan kulit yang paling dalam menyebabkan warnanya menjadi kebiruan / kelabu kehitaman.
Ia selalunya timbul di bahagian punggung, belakang, namun boleh juga dilihat di bahagian lain tubuh. Mongolian spot ini akan beransur pudar dan hilang apabila anak meningkat umur hingga remaja.
TIADA KAITAN DENGAN MASALAH KESIHATAN
Tiada kaitan dengan sebarang masalah kesihatan seperti sesetengah tanda lahir lain seperti ‘haemangioma’ atau ‘cafe au lait spots’.
5 INFO MENGENAI MONGOLIAN SPOT
#1 Ia juga dikenali sebagai congenital dermal melanocytosis atau slate gray nevi.
#2 Banyak berlaku pada bayi yang mempunyai kulit gelap berbanding berkulit cerah.
#3 Tiada bentuk tertentu dan sering terdapat di bahagian bayi seperti punggung, belakang badan, lengan, paha dan betis.
#4 Mempunyai kelebaran 2 hingga 8sm.
#5 Permukaannya nipis, tekstur licin sama seperti kulit.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.