Dr Harlina Kongsi Tip Kalau Anak Terjatuh Kepala Dahulu, 6 Perkara Ini Mesti Diperiksa

Share

Anak keempatnya, Noah terjatuh dari kaunter dapur. Dr Harlina kongsikan tip yang berguna kepada ibu bapa terutamanya kalau anak terjatuh.

Anak kecil akan banyak meneroka dan tidak akan lepas daripada terjatuh. Sebagai doktor dan ibu, Dr Harlina telah berkongsi beberapa tips yang boleh digunakan oleh ibu bapa lain ketika anak jatuh, terutamanya jika melibatkan bahagian kepala yang terlebih dahulu.

drhalina Budak bertuah ni baru lepas bagi mommy heart attack and buat TokYah menangis… dia jatuh kitchen counter.. Noah.. Noah..

To parents out there.. kalau anak kita jatuh especially bila kena kepala dulu… check;

#1-Conscious level.. nangis ke tidak (nangis is good, that means your baby is conscious)

#2-Pernafasan ok ke tidak…

#3-Look for any bump / benjol (you can put ice to stop benjol from getting bigger).

Over time, check anak kita, kot2 dia

#4-Ada rasa nak muntah / muntah2 kat rumah (feeling nauseous / muntah is NOT good),

#5-Make sure kaki & tangan all boleh gerak macam biasa.

#6-If there’s abnormality, bring to hospital immediately!

Para follower mendoakan agar keadaan Noah baik dan berharap tiada apa kesan yang teruk berlaku. Mereka malah menghargai tips yang dikongsikan Dr Harlina.

Sumber: drhalina 

Published by
Azma ML