Setiap ubat perlu diambil dengan cara yang betul bagi mendapatkan kesan optimum terhadap sesuatu simptom atau penyakit. Selain itu, ia juga untuk mengelakkan kesan sampingan yang tidak diingini.
Kebanyakan daripada kita terutama ibu bapa yang ada anak kecil mengambil mudah bab pemberian ubat. Contohnya tidak menggunakan sukatan yang betul dengan berat dan umur anak, menggunakan syringe yang sama untuk beberapa jenis ubat serta menggunakan ubat yang dah berbulan-bulan dibuka untuk diberikan pada anak.
Bagi memudahkan ibu bapa, Dr Erna Nadia berkongsi tip bagi ubat cecair pada bayi atau anak kecil.
Gambar Hiasan
TIPS BAGI UBAT CECAIR PADA BABY/ANAK KECIL
Jika anak kecil anda tak sihat dan doktor sudah tentu akan bagi ubat cecair pada mereka.
Jika bagi 2 jenis ubat (contoh ubat demam dan ubat antibiotik), mesti pembantu klinik atau pegawai farmasi akan bagi 2 syringes (penyedut tarik tarik ubat tu).
Ads
Tiap Kali Bagi Ubat Cecair
Gambar Hiasan
Maka, janganlah campur-campur syringe untuk ambil atau sedut keluar ubat tu ya.
Satu syringe untuk satu jenis ubat.
Tarik hanya sekali. Jangan dah tarik lepas tu lepaskan semula. Nanti kurang berkesan dah ubat tu.
Ads
Gambar Hiasan
Dah selesai bagi ubat untuk satu sesi tu, terus cuci syringe tersebut. Setiap kali habis guna mesti kena cuci.
Barulah ngam!
Ads
Dr. Erna Nadia
Ikutlah dos yang betul dan habiskan seperti yang disarankan
Nak buat persiapan kehadiran ‘orang baru’ kena reaady mental dan fizikal. Jom kumpul ilmu di Bengkel Pa&Ma To Be: Belajar Sampai Terer!
Geram betul saya. Dah lama saya perhatikan mak saya ni kalau tengah sahur mesti dia akan paling terakhir makan.
Tadi pun sama, mula mula dia akan kira semua anak anak dia dah cukup korum ke belum. Kalau belum dia akan teriak teriak panggil nama anak anak dia sampai semua anak anak dia ada di meja makan.
Lepastu dia akan tengok wajah anak dia satu persatu. Dia akan ‘paksa’ kami adik beradik cedok nasi masing masing dulu. Lepastu dia akan ‘paksa’ pula kami ambil lauk pauk yang terhidang di meja.
Bila saya minta mak makan dulu, dia akan tolak dengan tegas. Katanya “mak makan kejap lagi lah” ataupun “mak kenyang lagi ni”
Memang jawapan klise sungguh. Saya paksa makan dulu pun dia tak mahu. Nak berkeras sangat pun tak boleh kalau dengan mak sendiri ni. Adeh!
Rupanya bila perhati baik baik. Lepas je anak anaknya dah makan dan nampak masing masing dah mula khusyuk makan baru la mak akan perlahan lahan duduk di kerusinya sambil menjamah nasi kosong di pinggan tanpa lauk.
Tanpa kita sedar nanti mak akan cari lauk yang dah disentuh oleh anaknya. Dibelek belek lauk yang masih ada. Dicubit sedikit demi sedikit lauk yang ada dengan perlahan lahan.
Sebenarnya saya faham apa yang mak saya sedang lakukan. Inilah namanya pengorbanan perasaan. Ya, mak sedang korbankan perasaannya sendiri demi melihat anak anaknya gembira. Selama ni kita ingat seorang ibu ni hanya korbankan duit, harta dan material semata mata.
Rupa-rupanya pengorbanan perasaan terlebih la besar. Bayangkan daripada kecil lagi mak kita korbankan perasaannya demi kita semua.
Tak sedikit ibu kita korbankan perasaan ingin bebas berjalan ke sana sini, perasaan ingin bersendiri, perasaan ingin meluangkan masa dengan suami sendiri hinggalah kepada perasaan ingin merehatkan emosi dan diri sendiri. Semuanya hanya demi menjaga kita semua anak anaknya.
Patutlah ada Hadis daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa ada seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W: ‘’Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak untuk aku berbuat baik kepadanya ?’’. Maka Rasulullah SAW menjawab
Ibumu, kemudian ibumu, kemudian ibumu, kemudian bapamu.
3 kali nama ibu disebut, baru lah 1 kali ada nama si bapa.
Rupanya kerana pengorban ibu terhadap anak anaknya bukan cuma sebatas pengorbanan fizikal, harta dan dunia semata mata tetapi bab jiwa dan perasaan tu yang paling dasyat pengorbannya. Sebak la pula.
Tiba tiba saya teringat kisah Uwais Al Qarani. Beliau ni seorang tabiin tapi Nabi Muhammad SAW sendiri minta Umar Al Khattab yang bertaraf Sahabat untuk minta doa daripada Uwais yang bertaraf Tabiin ini.
Kenapa? Kerana terlalu taatnya Uwais ni pada ibunya! 2 kelebihan yang dia dapat hanya dengan mentaati ibunya. Pertama, namanya menjadi harum dan mulia. Kedua, doanya menjadi sangat mustajab! Rupanya mungkin mulianya diri kita dan mustajabnya doa kita selama ni hanya kerana adanya ibu kita.
Ketika anak mewarna, perhatikan betul-betul tangan anak. Perbetulkan mana yang dirasakan tidak selesa. Bila anak makin selesa untuk memegang pensil, menulis dan seterusnya mewarna, barulah hasil mewarna anak jadi lagi cantik.
Apa kedudukan terbaik anak waktu mewarna? Ahli Terapi Cara Kerja, Pn Aisyah Rozalli berkongsi cara tepat kedudukan anak waktu mewarna. Jom perbetulkan anak kita.
7 PERKARA PERLU PERHATI PADA TANGAN, MATA, KEPALA, MULUT, BELAKANG BADAN ANAK KITA SEMASA MEWARNA
Cuba tengok cara anak kita mewarna.
1. Tangan dominan.
Kalau anak right-handed, dia akan mewarna guna tangan kanan. Kalau anak left-handed, dia akan mewarna dengan tangan kiri. Ini kita panggil hand-dominance.
2. Tangan bukan dominan.
Tangan anak kita yang bukan dominan pula, akan jadi tangan pembantu. Kalau anak kita right-handed, tangan kiri akan jadi tangan pembantu. Kalau anak kita left-handed, tangan kanan akan jadi tangan pembantu.
Tangan pembantu akan bantu anak kita dalam memastikan kestabilan postur, dan menahan kertas yang dia sedang warnakan.
3. Kepala anak.
Kepala anak perlu berada dalam jarak yang selesa. Tak terlalu dekat dengan kertas.
Kalau kepala anak kita rapaaat sangat dengan kertas, anak kita mungkin ada masalah penglihatan, atau anak kita ada masalah dengan kekuatan dan kawalan otot belakang badan dia.
4. Mata anak.
Mata anak mesti akan tengok kawasan yang dia sedang warnakan. Ini namanya koordinasi mata-tangan atau bahasa jawa kampung saya panggil, eye-hand coordination.
Eye-hand coordination ini sangat penting sebagai indikasi fokus anak pada tugasan dan merupakan asas kepada kemahiran menulis.
5. Mulut anak.
Kalau mulut anak terjuih sampai meleleh air liur, atau tergerak-gerak seiring dengan pergerakan pensel warna. Itu tandanya anak kita belum ada “dissociative movement” yang cukup. Bahasa mudahnya, anak kita tu masih kena latih kemahiran motor halusnya.
6. Belakang badan anak.
Kalau belakang badan anak kita membongkok macam huruf ‘C’ masa mewarna ni, itu tandanya otot belakang badan dia tak kuat lagi. Atauuuu… Mungkin meja yang kita bagi tu terlalu rendah. So, tak sesuai meja tu untuk aktiviti macam ni.
7. Tangan terkepak 90 darjah.
Ini tandanya meja tu tinggi sangat. Tak sesuai dan tak bagus meja tu untuk postur anak kita nak menulis atau mewarna dengan sihat dan selamat ya.
Setiap ibu bapa pasti inginkan yang terbaik buat anak-anak mereka. Malah ada ibu bapa yang sudah merancang bagaimana ingin mendidik anak sehinggalah jenis makanan yang bagaimana mereka perlu sediakan. Semuanya untuk kebaikan anak-anak mereka.
Namun tak semua yang faham dan ambil berat tentang perkara ini. Bagi orang sekeliling “alah tak apa” yang menyebabkan kerosakkan pada anak-anak tersebut. Tentu sekali si ibu dan ayah yang penat menjaga, mendidik akan kecewa kerana anak-anak mereka akhirnya keliru.
Salah satu punca anak tidak hormat kepada ibu ataupun tidak hormat kepada ayah adalah apabila adanya individu yang menggalakkan anak berbuat demikian baik secara sedar ataupun tidak.
Salah satu punca anak berbohong kepada ibu ataupun berbohong kepada ayah adalah apabila adanya individu yang memberi sokongan dan dorongan untuk anak berbuat demikian baik secara sedar ataupun tidak.
Individu yang ‘menyumbat’ macam-macam dalam mulut anak dan kemudiannya cuba menutup perbuatan tersebut seperti dalam mesej yang dikirimkan kepada saya ini, adalah contoh individu yang menjadi ‘duri’ dalam pembinaan karakter dan keperibadian seorang anak.
Anda sebenarnya merosakkan anak tersebut.
Apa yang penting dalam sesebuah keluarga adalah ayah dan ibu yang saling bekerjasama dalam membentuk dan mempertahankan nilai dalam keluarga.
Ayah dan ibu mesti bersatu apabila menetapkan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dalam keluarga.
Jika ayah berkata ‘ya’ dan ibu berkata ‘tidak’, ini akan mewujudkan kekeliruan dan tentangan dalam diri anak. Begitu juga sebaliknya.
Saya puji ayah dan ibu ini yang ingin mempertahankan nilai dan peraturan yang telah ditetapkan bersama-sama. Setiap keluarga mempunyai nilai dan peraturan masing-masing, oleh itu sebagai ‘orang luar’ hormatilah keputusan yang telah dibuat oleh ayah dan ibu untuk kebaikan keluarga dan anak-anak mereka.
Sebagai ayah dan ibu kita tidak perlu menjelaskan kepada SEMUA ORANG akan pegangan dan nilai keluarga kita MELAINKAN kepada individu yang turut sama membantu mengasuh atau menjaga anak kita. Ini perlu kita lakukan supaya individu tersebut mengasuh anak kita dengan nilai yang sama agar tidak wujud kekeliruan pada anak.
Contohnya terangkan kepada individu tersebut pendapat dan peraturan yang kita tetapkan tentang penggunaan skrin. Terangkan tentang kekhuatiran kita berkenaan penggunaan skrin yang berlebihan dan konten yang tidak sesuai.
Tidak ada anak yang memberontak kerana tidak diberikan telefon tetapi ramai anak yang rosak kerana dibiarkan menggunakan skrin tanpa batasan dan tanpa pemantauan.
Sebagai ibubapa bertegaslah dengan pendirian dan pegangan anda kerana apa yang anda lakukan bukannya untuk memudaratkan orang lain malah ia dilakukan untuk kebaikan keluarga dan anak-anak anda.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap anak berbeza ada yang cepat "pickup," ada yang perlukan lebih masa untuk memahami sesuatu. Sebagai ibu bapa, penting untuk kita mengenali corak pemprosesan...