Ramai ibu bapa tertanya-tanya tentang penambahan garam ke dalam makanan bayi. Kebanyakannya beranggapan menambah rasa dalam makanan bayi boleh bagi rasa sedap dengan harapan anak berselera makan.
Sebenarnya jika diikutkan tak perlu pun menambah garam atau gula kerana dalam tempoh usia setahun buah pinggang anak sedang dalam proses untuk berfungsi dengan baik.
Perkongsian dari Dr Izzar Anwari mengenai tambah gula dan garam dalam makanan bayi boleh dijadikan panduan semua ibu bapa.
Bila baby dah start boleh makan (weaning) pada umur 6 bulan, parents / anasir luar mesti ada cakap ‘tambahlah garam/gula dalam makanan baby tu, kesian makan takde rasa’ .Hmm. Bolehkah kita tambah gula / garam dalam makanan baby?
Sebenarnya baby dah mendapat garam semulajadi yang secukupnya daripada susu ibu. Kalau beri susu formula pun cukup juga. So kalau kita tambah lagi garam dalam makanan baby, ia akan memudaratkan baby sebab buah pinggang baby tak cukup matang lagi nak memproses garam berlebihan di dalam darahnya. Kang kecil2 dah rosak buah pinggang. Kesian anak.
Yang paling merisaukan kalau baby dah didedahkan dengan makanan manis/masin dari kecil, ia akan membentuk taste preference baby iaitu dia akan suka makan manis/masin je. Yang lain tak nak. Kesan jangka masa panjang ialah dia akan membesar dengan risiko tinggi untuk mendapat penyakit darah tinggi, penyakit jantung, obesity atau diabetes. Pilihlah mana2.
Sumber: Dr Izzar Anwari