Dr Jelaskan Ini Sebabnya Anak Suka Tarik Telinga & Meragam Ketika Tumbuh Gigi

Share

Bagi anda yang mempunyai anak kecil yang sedang mengalami pertumbuhan gigi, jika diperhatikan dengan teliti, tentu akan perasan yang anak anda akan suka menarik-narik telinga mereka kan?

Nak tahu kenapa bayi yang mahu tumbuh gigi suka menarik telinga mereka? Apa kaitan gigi yang mahu tumbuh dengan telinga bayi anda?

Baik begini. Bayi kecil akan mula tumbuh gigi susu seawal usia 6 bulan. Proses pertumbuhan gigi ini akan menyebabkan anak mengalami ketidakselesaan pada bahagian gusi mereka. Keadaan ini disebut sebagai “Teething”, dan merupakan suatu proses fisiologis yang bersifat normal.

Bayi yang masih kecil belum pandai mengekspresikan rasa sakit mereka mahupun memberikan respons terhadap kesakitan yang mereka alami.

Dalam keadaan tertentu, rasa sakit pada bahagian gusi yang mahu tumbuh gigi ini akan turut menyebar sehinggakan bayi merasa seolah-olah rasa sakit itu merebak sehingga ke bahagian telinga, kerana saraf di bahagian rahang dan mulut bayi berada agak hampir dengan saraf di bahagian telinga mereka.

Kerana itulah bayi cenderung untuk menarik-narik telinga mereka jika mereka mula memasuki fasa “teething” ini.

Selain menarik-narik telinga, bayi juga cenderung untuk meraba-raba pipi mereka bagi meredakan ketidakselsaan yang mereka rasakan ketika gigi mereka sedang tumbuh.

Bagi ‘teether’ untuk legakan gusi

Bagi ibu bapa yang berhadapan dengan situasi begini, jangan terlalu risau ya. Anda boleh membantu anak anda melalui fasa “teething” ini dengan lebih selesa dengan cara memberikan mereka “teether” yang disejukkan untuk digigit.

Jika tiada “teether”, ibu bapa boleh menggunakan kain atau tuala kecil bersih yang direndam di dalam air sejuk untuk digigit oleh mereka.

Melalui cara ini, bayi anda akan merasa lebih selesa dan mengurangkan kesakitan akibat pertumbuhan gigi yang mereka alami.

Semoga bermanfaat!

Kredit: Dr Mohd Khairul Izwan

ARTIKEL MENARIK [Ibu Kongsi Tip ‘Wean Off’ Cara Paling Mudah. Dalam 2 Minggu Anak Boleh Lupa!]

BACA JUGA [Petua Hilangkan Kahak & Hingus Pada Bayi, Layur Daun Sireh Letak Atas Dada!]

Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!

Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Published by
Wan Amy