Kadang anak batuk dan alergik lepas makan buah, mungkin sebab kita yang tak cuci buah dengan betul.
Menurut Dr Mazliana Mazlan, sebenarnya buah yang dibeli bukan sekadar basuh dibawah air yang mengalir sahaja tetapi perlu direndam dengan bahan tertentu untuk memastikan ia benar-benar bersih dan tak memberi kesan sampingan pada kesihatan seisi keluarga.
Nak mencuci pun ada caranya. Kena rendam beberapa minit dan barulah boleh dibilas dan dihidangkan seperti biasa. Berikut antara perkongsian beliau.
Saya pernah kena. Anak batuk lepas makan blueberry. Dia terus ambil dari peti sejuk blueberry yang saya baru beli, dan tak sempat basuh pun lagi.
Terus saya serik lepas tu tau. Bila beli apa-apa buah, mesti sampai rumah cuba untuk terus basuh. Sebab takut anak-anak termakan dan batuk lagi.
Dalam buah, dan sayur jugak. Ada sisa-sisa racun serangga. Itu mungkin antara punca yang buatkan anak batuk dan alergik.
Garam.
Cuka.
Soda bikarbonat.
Salah satu dari 3 bahan ni, wajib ada kat rumah untuk kita cuci buah dan sayur. Tak boleh putus stok okay.
Kalau nak guna sabun pencuci buah pun boleh, cari yang natural dari bahan semula jadi.
Tapi, sebab dah boleh dapat 3 bahan tadi dengan harga jauh lebih murah, sebab tu saya tak guna sabun pencuci buah.
Ratio untuk basuh buah dan sayur;
1. Garam
– 1 sudu kecil garam : 1 cawan air
2. Cuka
– 1 cawan cuka : 3 cawan air
3. Soda bikarbonat
– 2 sudu kecil soda bikarbonat : 4 cawan air
Kacau bagi sebati, dan rendam buah atau sayur dalam 10 – 15 minit. Kalini saya buat untuk buah strawberi dan blueberry. Korang tengok gambar ya macam mana saya buat. Tak susah pun, perlukan sedikit je effort dari kita.
Kita cuba sama-sama ya, basuh buah dengan lebih teliti lepas ni.
Kredit: Dr Mazliana Mazlan
Follow saya untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.
Si manja suka bergambar? Jom, mama papa kongsikan foto aksi bayi anda bertemakan Jungle Cuties untuk peraduan Pencarian Bayi Pa&Ma! Mana tahu ada rezeki boleh menang banyak hadiah menarik. Nak hantar gambar anak klik saja link ini: https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI