Dr Kongsi Beza Tarikh ‘Guna Sebelum’ VS ‘Baik Sebelum’. Rupanya Ramai Yang Silap!

Share

Masih ramai yang keliru antara penggunaan Guna Sebelum dan Baik Sebelum pada sesuatu produk yang dibeli kan? Kadang kebanyakan daripada kita bila tengok tarikh dah tamat tempoh tetapi barang tersebut boleh guna, kira ok lagi.

Kita akan anggap selagi tak berubah rasa dan teksturnya, terutama barang kering ada yang menggunakan seperti biasa. Alasannya nak buang tapi sayang. Namun sejauh mana cara yang kita lakukan ini selamat terutama bila menggunakannya dan seisi keluarga menikmati makanan tersebut.

Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan mengupas mengenai hal ini untuk pemahaman semua. Ada beza antara label tarikh Guna Sebelum dan Baik Sebelum. Moga dengan penjelasan ini, kita lebih faham dan boleh elakkan sebarang kejadian tak diingini berlaku.

𝗚𝗨𝗡𝗔 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 vs 𝗕𝗔𝗜𝗞 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠

Tahu tak beza dua istilah ni pada label pek makanan atau minuman? Tak tahu?

GUNA SEBELUM

◾ Selepas tarikh yang dinyatakan, makanan tersebut tidak lagi mengekalkan ciri-ciri kualitinya walaupun disimpan mengikut syarat-syarat penyimpanan yang telah ditetapkan.

◾Selalunya label ini digunakan pada produk yang mudah rosak seperti; susu, yogurt, produk telur dan jus buah. Antara perubahan yang dapat dilihat pada makanan ialah berkulat, tengik, masam atau basi.

◾Sekiranya produk telah melebihi tarikh yang dinyatakan, makanan itu tidak boleh dimakan atau dijual kerana boleh menimbulkan masalah risiko kesihatan apabila dimakan.

BAIK SEBELUM

◾Tarikh terakhir produk tersebut mampu mengekalkan sifat kualitinya pada tahap terbaik, selagi ia disimpan mengikut syarat-syarat penyimpanan yang ditetapkan dan tidak dibuka.

◾ Selepas tarikh tersebut, produk mungkin masih selamat dimakan, tetapi kualitinya merosot. Contohnya perubahan warna, rasa, tekstur, atau tersirat seperti kesegaran makanan.

◾ Kemerosotan kualiti yang berlaku selepas tarikh tersebut, tetapi makanan masih boleh dimakan, dengan syarat makanan tersebut masih elok dan selamat untuk dimakan.

Kredit: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Kesihatan dan Perubatan

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Published by
Wan Amy