Dr Kongsi Jenis Makanan Ini Boleh Jadi ‘Ejen’ Pencair Kahak Bila Anak Batuk

Share

Ramai tanya, makanan apa yang baik untuk anak makan bila batuk berkahak. Yang paling utama, makanan ultra proses penggalak kahak kita kena cuba elakkan sebaiknya.

Menurut Dr Mazliana Mazlan, singgang ikan dan sup ayam, antara makanan yang wajib beliau buat bila anak tak sihat. Banyak bahan ramuan pemusnah kahak kita boleh letak dalam makanan macam ni.

Saya kongsi 6 jenis makanan yang boleh kurangkan kahak dari anak-anak.

Ikan dan Omega 3

1. Ikan
– Kandungan omega 3 bantu kurangkan radang dalam badan anak.

Bawang besar, bawang merah, bawang holland, semua pun boleh.
Bawang putih ramuan yang paling baik untuk cairkan kahak.

2. Bebawang
– Allium dalam bebawang sebagai antiradang untuk kurangkan penghasilan kahak.

Buah jangan tingga kat rumah kalau anak batuk.

3. Makanan tinggi fiber
– Buah dan sayur. Labu, sayur hijau, nenas, pear. Makanan tinggi fiber bantu cairkan kahak.

Capsicum pun boleh kurangkan kahak.

4. Calsicum
– Dalam capsicum, ada capsaicin. Unsur kimia yang bantu kurangkan kahak.

Air putih atau air mineral mesti minum
Wajib beli kalau anak tak sihat.

5. Air
– Wajib jadi kawan baik anak bila batuk. Air yang cukup, akan bantu pecah dan cairkan kahak anak. Air kelapa pun boleh.

Sup ayam paling mudah sediakan untuk anak.

6. Sup
– Makanan bersup dengan bahan ramuan tinggi nutrisi dan bahan ramuan yang boleh kurangkan kahak. Makanan utama yang perlu kita bagi bila anak tak sihat.

Makanan, bukan ubat. Tapi, ia boleh bantu proses penyembuhan jika diambil dengan cara dan kaedah yang betul.

Kita cuba sama-sama ya. Banyakkan real food untuk anak, dan jauhkan sebaiknya makanan tinggi proses dari anak-anak.

Kredit: Mazliana Mazlan

Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker-speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.

Mereka akan membincangkan pelbagai topik berkenaan kehamilan, kelahiran dan persediaan menjaga bayi baharu lahir dan bermacam lagi.

Daftar nama sebagai peserta webinar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-serik-bersalin/

Published by
Wan Amy