Dr Kongsi Kes Kanak-Kanak Tertelan Syiling 50 Sen. Ini Patut Ibu Ayah Buat!

Share

Kes tertelan syiling atau benda kecil dalam kalangan kanak-kanak antara yang sering berlaku. Kadang ia berlaku tanpa ibu bapa perasan pun waktu bila anak memasukkan obejek tersebut.

Keadaan ini biasanya akan disedari apabila anak mula menunjukkan tingkah laku pelik atau rasa tak selesa selepas itu.

Seperti yang dikongsikan oleh Pakar Telinga Hidung Tekak (ENT), Dr Mohd Shaiful Nizam, kes melibatkan kanak-kanak tertelan syiling antara yang sentiasa berlaku dan mungkin boleh mengancam nyawa jika syiling itu masuk ke dalam saluran pernafasan.

Menerusi perkongsiannya di Twitter, Dr Shaiful berkongsi mengenai satu kes kanak-kanak tertelan syiling yang dikendalikan olehnya.

Menurutnya, ia merupakan syiling terbesar yang pernah dikeluarkan olehnya, berbeza dari pesakit-pesakit sebelum ini.

JIKA SILAP MASUK SALURAN, BOLEH MEMBAWA MAUT!!!

Ini cerita OnCall di malam tadi. Seminggu sebelum menjelang Ramadan.

“Bos, ada referral dari kecemasan ni, budak 7 tahun tertelan duit syiling” – kata MO saya yang Oncall.

“Bagaimana keadaan pesakit? Ada susah nafas ke? Neck Xray finding dia apa?” – Balasku ringkas.

“Alhamdulillah. Pesakit stable. Xray nampak ada kat esophagus”

Alhamdulillah.

Antara kerisauan utama Pakar ENT jika ada budak tertelan bendasing adalah masuk ke dalam saluran pernafasan, bukan saluran pemakanan (esophagus).

Jika termasuk dalam saluran pernafasan, pesakit boleh mengalami sesak nafas & boleh membawa kematian.

Untuk pesakit ini, urusan pembedahan mengeluarkan duit syiling yang tersangkut di saluran esophagus dipermudahkan tanpa sebarang komplikasi yang serius.

Hanya mengambil masa beberapa minit sahaja dibawah bius penuh (GA).

Alhamdulillah. Duit syiling 50 sen berjaya dikeluarkan.

UNTUK REKOD, INI ADALAH NILAI SYILING TERBESAR BUAT SAYA SELAMA MENGELUARKAN DUIT SYILING PESAKIT SEBELUM-SEBELUM INI.

(Kebanyakan sebelum ini adalah nilai 10 sen dan 20 sen)

Buat ibu, bapa atau penjaga, sentiasalah awasi permainan anak-anak anda. Elakkan memberi mainan kecil kepada anak-anak yang suka masukkan sesuatu ke dalam mulut mereka.

Jangan ajar anak-anak bermain magic, hilangkan benda ke dalam mulut. Elakkan bergurau ketika ada benda di dalam mulut.

Nasihat terakhir, segeralah bawa anak-anak ke hospital jika ternampak tertelan benda-benda yang tidak sepatutnya!!

Dan seandainya anda tidak nampak berlaku, antara gejala awal yang biasa adalah anak-anak muntah dengan tiba-tiba sambil menjolok tangan ke dalam mulut.

Kredit: Dr Mohd Shaiful Nizam

Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!

Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Published by
Wan Amy