Dr Kongsi Makanan & Minuman Boleh Jadi Pencair Kahak & Bagus Untuk Kuatkan Imun

Share

Kasihan sungguh kalau anak batuk kan? Tambah lagi jika batuk berkahak, malam-malam nak tidur pun susah. Bukan anak je yang terganggu tidurnya, ibu ayah pun tak boleh tidur lena sebab bimbang. Kalau batuk pakej sekali dengan muntah lagilah buat anak merengek.

Kalau kita orang dewasa ok lagi sebab boleh keluarkan sendiri kahak tu walaupun tekak rasa tak selesa. Tapi anak-anak kecil, pasti sukar untuk mereka mengeluarkan kahak itu.

Jadi bagi ibu ayah yang mengalami situasi ini, anda perlu tahu pemakanan yang bagus untuk anak batuk berkahak dan elak juga makanan yang boleh menyebabkan kahak semakin banyak.

Jenis makanan dan minuman yang cairkan kahak

Menerusi Facebook Dr Mazliana Mazlan, beliau ada berkongsikan 6 jenis makanan dan minuman yang boleh menjadi ejen pencair kahak.

“Makanan boleh jadi ejen pencair kahak tau. Ramai tanya, makanan apa yang baik untuk anak makan bila batuk berkahak.

“Yang paling utama, makanan ultra proses penggalak kahak kahak kita kena cuba elakkan sebaiknya.

“Singgang ikan dan sup ayam, antara makanan yang wajib saya buat bila anak tak sihat. Banyak bahan ramuan pemusnah kahak kita boleh letak dalam makanan macam ni.”

“Makanan, bukan ubat.

“Tapi, ia boleh bantu proses penyembuhan jika diambil dengan cara dan kaedah yang betul.”

1. OMEGA 3
Kandungan omega 3 dapat mengurangkan radang dalam badan anak.

2. BAWANG
Allium dalam bebawang berfungsi sebagai antiradang yang boleh mengurangkan penghasilan kahak.

3. SAYURAN HIJAU
Sayuran hijau kaya dengan fiber. Ia boleh membantu mencairkan kahak.

4. AIR KELAPA
Air kelapa merupakan minuman wajib diamalkan semasa anak batuk. Ia dapat membantu kahak mencair dengan cepat.

5. CAPSICUM
Capsicum mempunyai unsur kimia capsaicin yang membantu mengurangkan kahak.

6. MAKANAN ANTIRADANG
Makanan bersup merupakan makanan utama ketika anak tidak sihat. Masukkan semua bahan antiradang ke dalam sup seperti halia, bebawang dan kunyit.

Kredit: DR Mazliana Mazlan

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

 

IKLAN