Bila anak tak sihat, ibu bapa perlu peka apa punca yang menyebabkan keadaan itu berlaku. Tambah pula dengan keadaan sekarang ini, anak demam, batuk, selesema sentiasa ada.
Namun menurut Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, selepas Hari Raya Aidilfitri ni, ramai ibu bapa bawa anak kecil datang ke klinik dengan ruam dan demam. Bila diperiksa, rupanya Penyakit Kaki Tangan & Mulut (HFMD)
HFMD disebabkan oleh virus dan merebak dari individu ke individu dengan sentuhan langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti.
Hari Raya kali ni, ramai orang pulang ke kampung berkumpul bersama sanak saudara. Mungkin itu menyebabkan penularannya. HFMD mudah menjangkiti kanak-kanak yang ditempatkan bersama.
Semua peringkat umur termasuk orang dewasa boleh dijangkiti HFMD, namun kanak-kanak di bawah umur bawah 5 tahun paling berisiko dijangkiti.
Tanda-tanda:
◾Demam
◾Ruam di mulut, tangan, kaki dan kawasan lampin
◾Ulser pada tekak, mulut dan lidah
◾Sakit Tekak
◾Sakit kepala
◾Hilang selera makan
Rawatan:
◾Beri paracetamol untuk kawal demam
◾Pastikan anak minum dengan cukup
◾Jika anak tidak mahu makan atau minum, dan terlalu lemah, bawa anak berjumpa doktor segera
Pencegahan:
◾Cuci tangan dengan sabun sebelum sediakan makanan, selepas keluar tandas, menukar lampin dan mencuci najis.
◾Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin. Buang tisu dalam tong bertutup.
◾Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.
◾Tidak berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.
◾Anak yang disyaki HFMD hendaklah dikuarantin dan tidak di hantar ke taska/tadika/asuhan/sekolah, atau ke tempat awam.
Semoga bermanfaat!
Kredit: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Kesihatan dan Perubatan
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI