Ads
Home Hobi & Minat Dr Kongsi Tip Selamat Bawa Anak Keluar Rumah, Ibu Ayah Wajib Ambil...

Dr Kongsi Tip Selamat Bawa Anak Keluar Rumah, Ibu Ayah Wajib Ambil Kira Risiko Ni!

Ads

Selepas Perdana Menteri mengumumkan Lembah Klang beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara baru-baru ini, kebanyakan ibu bapa telah mula membawa anak-anak keluar beriadah dan berkelah di kawasan air terjun, pantai, taman rekreasi dan beberapa lokasi lain lagi.

Ini berikutan untuk ‘melepaskan angin’ anak-anak yang dah lama terperap dalam rumah sejak beberapa bulan lalu. Bagaimanapun, masih ada juga segelintir orang awam memberi pandangan negatif kepada ibu bapa yang membawa anak keluar beriadah dan meninggalkan pelbagai komen.

Bagi mengelakan tanggapan negatif, melalui perkongsian Dr Husna Musa, beliau telah berkongsi aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga ketika bawa anak berada di luar. Walaupun berada di luar rumah dan negara akan beralih ke fasa endemik selepas ini,  keselamatan dan kesihatan tetap NO 1!

TIPS BERMAIN DI LUAR DENGAN SELAMAT BERSAMA ANAK-ANAK

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Husna Musa (@drhusnamusa)

Menurut Dr Husna, sebagai ibu bapa semuanya nak yang terbaik buat anak-anak. Oleh itu, terdapat beberapa langkah pencegahan yang boleh dilakukan sepanjang melakukan aktiviti luar bagi memastikan keselamatan anak-anak yang belum diberi vaksin.

Secara amnya, semakin dekat anda berinteraksi dengan orang lain & semakin lama interaksi semakin tinggi risiko penyebaran Covid19

Saya tahu sukar bagi semua orang, termasuk kanak-kanak. Mereka perlu keluar & berinteraksi, jadi sebagai ibu bapa kita perlu memastikan bahawa mereka mampu melakukannya dengan cara yang lebih selamat.

Bagaimana kita dapat menurunkan risiko kita terutamanya bahawa anak-anak masih belum diberi vaksin:

Ads
  • Pakai topeng yang lebih baik (kanak-kanak berumur di atas 2 tahun, topeng berganda / KN94 / 5 / N95 untuk orang dewasa)
  • Jauhkan jarak anda (walaupun di luar rumah, HINDARI kawasan yang sesak!)
  • Basuh tangan dengan kerap
  • Dapatkan vaksin anda & berada di sekitar vaksin sepenuhnya (terutamanya di dalam rumah!)

Dr Kongsi Tip Selamat Bawa Anak Keluar Rumah, Ibu Ayah Wajib Ambil Kira Risiko Ni!

Saya ingin mencadangkan laman web ini microcovid.org di mana anda dapat menilai risiko untuk aktiviti tertentu secara objektif dengan juga memasukkan parameter seperti topeng yang digunakan, status vaksinasi, orang yang termasuk & banyak lagi.

Kita perlu dapat membuat keputusan yang tepat & selamat untuk keluarga kita. Varian Delta masih belum merebak disini jadi yang terbaik adalah jaga diri ya!

Tahap risiko aktiviti semasa Covid-19 bersama keluarga

Dr Kongsi Tip Selamat Bawa Anak Keluar Rumah, Ibu Ayah Wajib Ambil Kira Risiko Ni!

Ads

Ini langkah terbaik & selamat ketika bermain di luar 

Kongsi Dr Husna lagi, melakukan aktiviti di luar sememangnya lebih kurang risiko penularan Covid19 kerana banyak ruang untuk jarak sosial serta pengudaraan/ventilation yang lebih baik tetapi ingat, tak semestinya tiada risiko langsung. Aktiviti luar boleh berisiko sekiranya langkah pencegahan lain tidak diambil.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Husna Musa (@drhusnamusa)

 Antara faktor-faktor yang boleh mengurangkan risiko penularan adalah (CDC):

  • Berapa ramai org? — lagi sikit lagi kurang risiko
  • Adakah orang disekeliling telah mendapat vaksin penuh?
  • Jarak sosial ok ke tidak?
  • Adakah org disekeliling memakai mask
  • Bagaimana kes komuniti di kawasan anda? — sekiranya tinggi
  • Berapa lama tempoh berinteraksi? — lagi kejap lagi bagus!

Secara kesimpulannya, langkah-langkah yang boleh diambil adalah:

Ads
  • Lakukan aktiviti yang melibatkan keluarga terdekat
  • Cari tempat yang tak ramai org, jika playground crowded elakkan
  • Jika berinteraksi dgn orang lain, pastikan memakai mask dan jaga jarak serta jgn berinteraksi terlalu lama
  • Pastikan anak membasuh tangan dengan sabun selepas bermain. Jom pastikan anak kita bermain dengan selamat di luar rumah

Kredit: Instagram Dr Husna Musa

Mama jom rileks jap, klik link ni!

KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/

Dr Kongsi Tip Selamat Bawa Anak Keluar Rumah, Ibu Ayah Wajib Ambil Kira Risiko Ni!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI