
Bayi ialah nasal breather. Maksudnya bayi cuma tahu bernafas melalui hidung sahaja. Bila bayi semakin besar, barulah dia belajar untuk bernafas melalui mulut juga.
Sebab tu, bila bayi kecil kena jangkitan selsema dan batuk, mereka merengek teruk.
Bayangkan satu-satunya laluan pernafasan mereka dah tersumbat. Jadi, mereka merengek dan menangis sebab tak dapat bernafas dengan baik.
Untuk bayi pramatang, hidung yang tersumbat tu boleh buatkan mereka jadi biru dan berhenti bernafas.
3 cara ni dapat legakan bayi yang hidungnya tersumbat:
1) Guna Normal Saline Nasal Drop.
Boleh beri 1 titis nasal drop setiap 3-6 jam pada setiap satu lubang hidung bayi.
2) Guna nasal spray seperti Sterimar.
Selepas spray diberi, hingus akan meleleh keluar. Lap hingus yang dah keluar dan baki yang masih ada boleh disedut keluar menggunakan baby nasal aspirator.
3) Pakai baby nasal aspirator.
Nasal aspirator ada dalam pelbagai bentuk. Saya cadangkan beli dan simpan 1 di rumah.
Bila hidung dah tak tersumbat, barulah bayi rasa lega. Tidur pun nyenyak.
Kredit: Dr Redza Zainol
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Nak join? Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/bakat-cilik/ atau untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi https://wa.me/+60179701167
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Masalah Puting Tenggelam Menyebabkan Ibu Sukar Nak Menyusukan Bayi. 10 Cara Ini Boleh Menyusukan Tanpa Masalah!

Saiz dan bentuk puting payudara berbeza mengikut individu. Ibu yang memiliki puting tenggelam sering menghadapi masalah kerana kesukaran bayi untuk melekap pada payudara. Kaunselor laktasi Noor Fazilah Abdul Rahman memberikan informasi mengenai tajuk ini.
Puting tenggelam ialah masalah yang lazimnya berlaku kepada ibu menyusu kerana bentuk puting berbeza bagi setiap wanita. Tiada saiz standard khas puting bagi penyusuan kerana setiap wanita berbeza fizikalnya.
Menurut Noor Fazilah, puting tenggelam atau rata tidak menimbulkan masalah kerana bayi melekap bukan sahaja kepada puting tetapi mencakupi bahagian aerola. Ibu jangan putus asa kerana penyusuan masih boleh diteruskan dengan teknik tertentu.
Periksa payudara
Pertama, ibu perlu memeriksa puting sama ada ia tenggelam atau rata dengan mencubit (pinch). Ampu payudara sehingga jari telunjuk dan ibu jari menghala ke aerola. Tekan dengan lembut kira-kira satu inci dari puting. Jika puting timbul maksudnya puting tersebut bukan dalam kategori tidak tenggelam. Jika tidak timbul atau terkeluar, ia bermakna puting tadi adalah tenggelam atau rata.
Jenis puting
- Melekuk
Bahagian puting lekuk ke dalam tetapi boleh ditarik keluar tetapi akan tenggelam semula selepas itu.
- Tenggelam
Puting hanya terkeluar sedikit sahaja selepas diuji. Bayi dengan daya hisapan normal boleh menyusu tanpa masalah. Cuma bagi bayi pramatang atau yang lemah hisapan akan mengalami masalah pelekapan.
- Rata
Bagi ibu yang memiliki puting rata akan menghadapi masalah untuk melekap. Gunakan teknik pelekapan dalam di mana bayi perlu duduk dalam posisi tertentu ketika menyusu. Rawatan dan rangsangan kepada puting semasa hamil juga boleh membantu.
6 cara bantu puting tenggelam
- Gunakan breast shell untuk menggalakkan puting keluar. Tekanan pada bahagian sekeliling akan mengeluarkan puting yang terkeluar secara semula jadi. Boleh mula dipakai sejak hamil atau setengah jam sebelum menyusukan bayi.
- Teknik Hoffman
Letakkan dua ibu jari pada pangkal puting dan tekan lembut ke payudara dan tariknya keluar, teknik ini akan meregangkan puting yang tenggelam. Lakukan dua kali sehari
- Perah
Gunakan pam payudara untuk ‘menyedut’ keluar puting sebelum menyusukan bayi bagi memudahkan bayi melekap semasa menyusu.
- Stimulasi puting
Rangsang puting dengan menggentelnya dengan jari dan telunjuk selama satu hingga dua minit. Selepas itu, demah kan dengan kain lembap yang bersih.
- Tolakan
Tolak payudara dengan ibu jari semasa tangan mengampu payudara semasa bayi mula melekap. Ini boleh menggalakkan puting yang tenggelam ‘terkeluar’
- Nipple shield
Ia adalah silikon yang nipis berbentuk seperti hadapan payudara. Ia mempunyai lubang yang membenarkan susu keluar untuk bayi.
Posisi membantu penyusuan secara terus
Posisi penyusuan tertentu membantu bayi dapat menyusu secara terus daripada ibu;
- Pastikan bayi membuka mulut dengan luas sebelum memasukkan puting agar gusinya mencakupi bahagian aerola secara maksimum.
- Bereksperimen dengan beberapa posisi sehingga anda mendapat posisi yang selesa. Posisi football hold atau cross-cradle hold membantu kebanyakan ibu yang tenggelam puting.
- Menyusu awal sebelum bayi menangis dan tingkatkan kekerapan setiap dua hingga tiga jam. Ibu yang mempunyai puting tenggelam perlu elak bengkak payudara kerana ia menyukarkan penyusuan. Semakin lembut payudara maka semakin mudah puting ‘dikeluarkan’.
- Usahakan pelekapan yang dalam dengan memangku bayi dekat agar telinga, lengan dan pinggulnya lurus. Geletek mulutnya untuk terbuka besar (seperti menguap) dan pelekapan perlulah mencakupi Hidungnya juga perlu menyentuh pada payudara sebagai tanda pelekapan yang dalam.
- Jika bayi meragam dan menangis kerana puting tenggelam, hiburkan dengan pelukan dan nyanyian. Pastikan dia tenang sebelum mencuba semula.
Ibu perlulah cekal dan tidak berputus asa. Usaha dan ketabahan dalam memberikan titisan susu ibu kepada anak adalah jihad dan akan diberikan ganjaran dengan izin Allah. Dapatkan bantuan daripada kaunselor atau pakar laktasi sekiranya usaha anda menemui jalan buntu.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Penat Bersalin Belum Hilang, Tumpah Darah Pula! Yang Alami Ibarat Bertarung Maut

Tumpah darah selepas bersalin juga dikenali sebagai post partum haemorrhage (PPH). Ianya dibahagi kepada primary PPH sekiranya pendarahan dalam tempoh 24 jam selepas bersalin manakala secondary PPH pula pendarahan yang berlaku selepas 24 jam sehingga 6 minggu.
Menurut penjelasan daripada Dr Mohd Haizal Mohd Nor, Konsultan Obstetrik & Ginekologi dari Kajang Plaza Medical Centre (KPMC) antara faktor penyebab kepada PPH ini adalah:
- Genital tract trauma semasa kelahiran
- Kandungan kembar atau kelahiran anak yang besar (macrosomic baby)
- Cebisan uri yang tertinggal di dalam Rahim
- Rahim yang tidak mengecut selepas kelahiran (uterine atony)
- Golongan manakah yang berisiko tumpah darah selepas bersalin?
Beberapa golongan yang berisko untuk mengalami tumpah dara selepas bersalin, antaranya: –
- Mereka yang mengandung di dalam keadaan rahim yang besar seperti kandungan kembar atau air ketuban yang berlebihan (polyhydromnious)
- Ibu ibu yang melahirkan di dalam keadaan yang lama (prolonged labour)
- Ibu ibu melahirkan lebih dari enam kali
- Keadaan uri yang di bawah (placenta previa)
- Ibu ibu yang mempunyai masalah kesihatan semasa mengandung seperti darah tinggi (PIH)
- Jangkitan kuman di dalam rahim
Dalam tempoh berapa lama boleh berlaku tumpah darah? Sejurus selepas
bersalin atau semasa berpantang?
Seperti mana yang dikatakan tadi, tumpah darah ini dibahagi kepada Primamry PPH yang berlaku di dalam tempoh 24 jam selepas bersalin manakala secondary PPH berlaku 24 jam selepas bersalin sehingga habis masa tempoh pantang
Apakah simptom-simptom tumpah darah selepas bersalin?
Simptom utama tumpah darah selepas bersalin bagi Primary PPH ialah ibu ibu akan mengalami pendarahan yang berlebihan (melebihi 500 ml pendarahan sekiranya beranak secara normal atau pendarahan melebihi 1000 ml sekiranya beranak secara pembedahan atau caesarean). Manakala bagi pendarahan Secondary PPH pula, ibu ibu akan mengalami pendarahan yang berlebihan dari kadar yang biasa semasa pantang dan selalunya akan mengeluarkan bersama ketulan darah.
Adakah tumpah darah boleh menyebabkan kematian kepada si ibu?
Pendarahan yang berlebihan dan sekiranya tidak dirawat dengan kadar segera, kematian kepada ibu yang mengalami tumpah darah boleh terjadi.
Apakah yang perlu dilakukan si ibu jika berlaku tumpah darah ketika
berpantang di rumah?
Langkah yang sepatut diambil oleh ibu ibu dan juga para suami ialah mebawa pesakit tersebut ke hospital dengan kadar segera bagi merawat keadaan pesakit tersebut
Apakah rawatan yang diberikan di hospital?
Rawatan utama yang akan diberikan kepada ibu ibu yang mengalami tumpah darah adalah:
- Memastikan ibu ibu stabil, sekiranya perlu blood transfusion diperlukan
- Mengenalpasti punca punca tumpah darah dan merawat punca tersebut
- Pembedahan (hysterectomy) adalah jalan terakhir bagi menyelamatkan nyawa ibu
Apakah yang perlu dilakukan jika setelah rawatan diberikan, si ibu
masih mengalami tumpah darah?
Ibu ibu yang pernah mengalami sejarah tumpah darah harus:
- Memaklumkan kepada petugas atau pusat kesihatan berdekatan agar lawatan susulan dapat dilakukan dan memberi perhatian kepada ibu bersalin tersebut
- Pastikan ibu ibu yang mengalami tumpah darah boleh menyusu badan kerana pendarahan yang berlebihan boleh mengakibatkan penghasilan susu badan terbantut. Sekiranya ini terjadi, ibu ibu dinasihatkan berjumpa doctor bagi membuat rawatan lanjut.
- Sekiranya ibu ibu mengandung lagi, maklumkan kepada petugas atau doctor terlibat bahawa ibu ibu pernah mengalami sejarah tumpah darah di dalam kandungan sebelum ini dan ini penting bagi doktor doktor yang akan merawat ibu bersedia menghadapi kemungkinan yang sama
Dinasihatkan agar ibu ibu mengawal beberapa risiko seperti mengelakkan kelahiran bayi yang besar dengan menjaga pemakanan.
___________________________________________________________________
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tanpa Sedar Kesilapan Ini Dibuat Bila Anak Demam. Salah Satunya Mandikan Dengan Air Sejuk!

Bila anak demam, ibu dan ayah mesti rasa susah hati. Tanpa sedar ada kesilapan yang dibuat oleh ibu bapa bila anak demam.
Menangani anak kecil demam tak sama caranya dengan orang dewasa. Mungkin ada cara rawatan yang dilakukan oleh ibu bapa ketika anak demam selama ini tidak betul.
Menyedari hal tersebut, sebagai pengamal perubatan Dr.Abdul Rahim atau lebih dikenali sebagai DrRich DrRahim menerangkan perkara yang betul tentang isu anak demam.
Menurutnya ketika demam ramai ibu bapa akan bertindak memandikan anak dengan harapan dapat menurunkan suhu badan anak yang panas. Sebenarnya tindakan tersebut adalah satu kesilapan. Baca penjelasan Dr.Abdul Rahim.
ILMU KESIHATAN. Artikel 374.
Doc Boleh Tak Anak Saya Mandi ketika Demam?
Soalan di atas banyak di soal pesakit doc ketika doc merawat pesakit di klinik. Doc rasa tanggungjawab memberi penjelasan di bawah supaya InsyAllah anak bangsa doc pandai jaga anak ketika mereka demam. Harap jangan pengaruh orang keliling tapi doc harap anda bertindak dengan ada ilmu dan amal cara yang betul. OK!
Apa itu demam?
Demam adalah naiknya suhu badan dari suhu normal 3-37.5 Celcius iaitu lebih 37.5 C. Demam sebagai pertahanan badan si bayi jika ada serangan bakteria/virus. Ketika ini suhu badan naik automatik sebab si comel sedang bergusti sendiri melawan infeksi tu.
Itulah kita sebagai emak bapa relax je jika bayi tu tetap aktif bermain, minum & makan OK. Tak perlu beri ubat penurun panas. Biarkan saja tubuhnya bekerja secara alami.
Cara turunkan panas badan anak
Doc senaraikan cara-cara menurunkan suhu tubuh bila demam. Gunakan kain tuala kecil di basahkan dengan air panas suam (Tapid Sponging) lalu diletak di dahi, perut,leher, ketiak & celah paha. Air hangat suam ini bantu pembuluh darah di kulit mengembang lalu membuka pori-pori & mudah mengeluarkan panas dari dalam tubuh.
Adalah satu KESILAPAN jika anda:
1. Menggunakan air sejuk, air ais, atau ketul sebab hal ni bukannya menurunkan suhu tubuh tapi meningkatkan lagi suhu badan, kerana air yang dingin menyebabkan pembuluh darah di kulit mengecut sehingga panas yang dibawa darah ke kulit terhalang.
2. Apatah lagi bila demam ada yang suruh mandikan anak dengan air sejuk. Kesian si anak lagi menggigil serta lagi naik demamnya. Jika emak ayah demam, cuba terus mandi air sejuk. Pijak lantai bilik air pun dah menggeletar apatah lagi mandi air sejuk.
3. Hindari menyelimuti si comel yang demam atau memakaikan baju yang tebal seperti jaket atau pakaian ketat yang dapat meningkatkan suhu badan. Sebaiknya gunakan pakaian yang tipis & longgar, yang dapat menyerap peluh sehingga suhu badan si comel menurun ke mormal.
4. Demam paksa badan mengeluarkan cairan lebih banyak seperti peluh dan kencing. Maka rajin-rajinlah menyusu atau beri air yang banyak kepada bayi anda untuk elak dehidrasi. Lagi banyak cairan diberi maka lagi banyak cairan keluar melalui urin yang juga menolong menurunkan suhu badan yang panas!
5. Kalau nak dimandikan juga bayi/kanak-kanak yang panas dibolehkan tapi air yang digunakan harus air yang hangat suam, jangan air sejuk. Dengan begitu tubuh jadi segar & nyaman. Setelah mandi, keringkan tubuh dengan kain tuala & terus cepat tutup badan dengan pakaian.
6. Anak tak perlu makan ubat jika ia demam tapi boleh main, makan minum seperti biasa. Hanya jeram jelum anggota badannya dengan air panas suam. Ubat diberikan jika suhu badannya mencapai lebih dari 38 C. Kalau bayi/anak anda demam berpanjangan lebih 2 hari dan kelihatan lesu, hilang selera makan minum, panas kejang, susah bernafas, muncul bintik merah atau biru di tangan, muntah, cirit, ini tanda infeksi kuman/virus tak dapat dilawan. Segeralah bawa ke doktor. Doktor akan siasat punca panas dan infeksi tersebut. Mungkin antibiotik diperlukan.
*Nasihat doc. Segera rawat DEMAN ANAK ANDA. ELAKNYA drp SAWAN PANAS TARIK “Febrile Fit”
Sumber: DrRich DrRahim
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI