Dr Kongsikan Bell’s Palsy Dialami Faye Kusyairi Ada Sebabnya. Ibu Hamil, Stres Berisiko

Share

Berikutan perkongsian pelakon Faye Kusyairi mengenai dirinya yang mengalami Bell’s Palsy baru-baru ini ketika menggosok gigi rata-ratanya nak tahu apa punca sebenar ia boleh berlaku.

Umum mengetahui yang Faye sedang hamil anak kedua dan kini kandungannya telah masuk 38 minggu. Walaupun belum pulih sepenuhnya tetapi mula menunjukkan perubahan yang baik selepas mendapat rawatan doktor.

“Separuh muka sebelah kanan saya lumpuh sejak Jumaat dan saya menjalani rawatan bersama neurologis, ia semakin pulih.

“Sekarang saya sudah boleh menggerakkan otot wajah saya sedikit sebanyak. Syukur Alhamdulillah,” kongsinya menerusi Instagram miliknya.

Sementara itu, menerusi perkongsian dari Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, beliau ada berkongsi mengenai Bell’s Palsy ini dan siapa yang berisiko serta rawatan yang harus dilakukan.

“Doktor, boleh terangkan pasal penyakit yang Faye Kusyairi (artis) kena tu?”

Sejak semalam ramai yang minta jelaskan tentang Bell’s Palsy ni selepas artis berkenaan siarkan video mengenainya. Jadi hari ni kita lihat secara ringkas, apa itu Bell’s Palsy.

Bell’s palsy adalah kelumpuhan sebelah muka akibat saraf kranium VII (CNVII) terjejas. Saraf ini melibatkan otot mimik muka, sebahagian deria lidah, kelenjar air mata dan air liur.

Gejala-gejala Bell’s Palsy adalah:

◾Muka senget / tak simetri
◾Kebas pada muka
◾Air liur meleleh tak terkawal
◾Mata sukar ditutup dan berair
◾Pertuturan tak jelas
◾Kurang deria rasa pada lidah
◾Sakit telinga

Punca sebenar Bell’s Palsy masih lagi tidak jelas. Namun ada beberapa kemungkinan yang disyaki menyebabkan berlakunya Bell’s Palsy, iaitu:

◾Jangkitan virus pada terowong di mana CNVII lalu. Terowong kemudian itu alami keradangan dan membengkak, dan menyebabkan CNVII tersepit dan terjejas.

◾Pengaktifan semula virus herpes zoster(virus yang menyebabkan chicken pox dan kayap) di dalam saraf pada bahagian geniculate ganglion. (pening nak fahamkan?)

Siapa yang berisiko kena Bell’s Palsy?

◾Kehamilan
◾Pre-eklampsia
◾Obesiti
◾Darah tinggi
◾Kencing manis
◾Stress

Bell’s palsy dirawat dengan cara-cara berikut:

◾Oral steroid
Ia digunakan untuk mengurangkan keradangan dan bengkak pada saraf dan terowong yang menempatkan saraf.

◾Ubat antiviral
Memandangkan ada kemungkinan jangkitan virus yang menjadi punca berlakunya Bell’s Palsy, maka ubat antiviral digunakan.

◾Penjagaan mata
Kadang-kadang mata tak bole ditutup rapat, ini akan menyebabkan mata menjadi kering. Maka mata akan ditutup/ditampal.

Kredit: Bodyworks Clinic

◾Fisioterapi
Fisioterapi akan ajar senaman muka dan gunakan modaliti elektrik pada saraf muka untuk merangsang pemulihan.

◾Akupunktur
Ini adalah rawatan komplementari(tambahan) yang boleh dicuba. Namun keberkesanannya masih dalam proses kajian lanjut.

Semoga bermanfaat!

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Greatlife Physiotherapy & Rehabilitation

**Mahu dapatkan barangan bayi pada harga menarik, klik di sini

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy