Air mineral terutama yang mengandungi kandungan siliki yang tinggi memang elok kita amalkan setiap hari. Selain bagus diminum, air mineral juga boleh digunakan untuk mencuci kulit wajah. Jika diamalkan secara konsisten, kulit wajah akan lebih sihat dan bebas daripada masalah jerawat.

Dr Malar Santhi Santherasegapan yang juga doktor di Jabatan Kecemasan Hospital Columbia Asia, Cheras, berkongsi tip penjagaan kulit wajahnya.

Dr Malar Kongsi Tip Cantik

Dr Malar Kongsi Tip Cantik, Cuci Muka Dengan Air Mineral Bila Travel

“Saya bagi satu rahsia, kalau travel saya cuci muka dengan air mineral saja. Saya tak guna air di hotel sebab takut ada outbreak, tumbuh jerawat. You all tak nak ikut tak mengapa tapi pastikan minum air putih secukupnya dengan kandungan mineral yang cukup.”

“Awas, jangan terpedaya dengan produk pil yang putihkan wajah ya! Nak kekal cantik secara semula jadi luar dan dalam sebenarnya tak susah pun. Konsisten saja dengan rutin asas. Lebih mudah, jimat kos!

“Usah mudah terpedaya dengan iklan-iklan produk pemutihan kulit lebih-lebih lagi yang menjanjikan kesan yang cepat contohnya pil, jus, suntikan, krim dan seumpamanya.”

Menurut Dr Malar, kulit yang glowing bukannya kulit yang putih. Kulit yang glowing adalah kulit yang bersih dan sihat. Untuk mendapatkan kulit yang bersih dan sihat, tidak perlu pun makan pil untuk memutihkan kulit sampai buah pinggang rosak.

Cuci Muka Dengan Air Mineral Bila Travel

Ada tiga sahaja tip dengan tiga langkah untuk dapatkan kulit glowing.

Dr Malar Kongsi Tip Cantik, Cuci Muka Dengan Air Mineral Bila Travel

Ads

Tip Kulit Glowing

Langkah Satu

1. Cuci muka paling kurang dua kali sehari. Cari pencuci muka yang sesuai dengan kulit.

2. Guna skrub muka paling kurang dua atau tiga kali seminggu.

3. Lepas skrub muka, guna pula facial mask. Lepak, rehat bagi kulit bernafas.

Dr Malar Kongsi Tip Cantik, Cuci Muka Dengan Air Mineral Bila Travel

Ads

Langkah Dua

1. Minum air putih yang cukup. Ini paling penting, bukannya minum jus-jus yang mengarut. Bila minum air putih, pastikan pilih yang ada mineral untuk kecantikan kulit.

2. Cari air mineral semula jadi yang tinggi kandungan silika kerana ia penting untuk tubuh kita serap kolagen dalam proses pembinaan kolagen. Maksudnya kalau tubuh kita sedang membina kolagen, silika memperkuatkan ikatan tersebut seterusnya memastikan kolagen itu berada di tempat yang sesuai.

Silika juga penting untuk pastikan kulit kita tegang dan kurangkan kendur atau kedutan. Senang kata silika ini penting. Sebab itu sangat penting minum air putih yang cukup. Pastikan ia mengandungi mineral-mineral yang penting untuk kecantikan dalaman.

Dr Malar sendiri suka cari air mineral semula jadi yang tinggi kandungan silika. Beliau tidak percaya makan suplemen kolagen boleh tinggikan kolagen dalam tubuh. Bagi yang usia mencecah 30-40 tahun, kolagen makin berkurang dalam tubuh. Malah, wanita daripada usia 20 an sebenarnya pembinaan kolagen dalam tubuh agak berkurang.

Ads

Dr Malar Kongsi Tip Cantik, Cuci Muka Dengan Air Mineral Bila Travel

Langkah Tiga

1.Buat facial. Tapi kalau tak sempat, nak buat di rumah pun boleh. Sekarang ini banyak yang diy. Yang penting cuci muka dan minum air putih secukupnya dengan kandungan mineral yang cukup untuk kecantikan kulit.

Bagi anda yang sedang gigih berusaha untuk mencantikkan kulit, bolehlah amalkan air putih dan jangan lupa cuci muka dengan air mineral. Siapa tahu, kulit anda akan lebih sihat dan bersih.

Kredit Foto: Instagram Celoteh Dr Malar dan Facebook Celoteh Dr Malar

Baca artikel lain yang berkaitan: Sebelum Umur 40 Tahun, Dr Malar Saran Penuhkan 5 Vitamin Ni Kalau Nak Kekal Sihat!

Dr Malar Kongsi Cara Mudah Turunkan Suhu Badan Tinggi Anak, Rupanya Ini Mak Ayah Perlu Buat!

Dr Malar Pesan Mak Ayah Kena Relax, Jangan Kacau Anak Masa Suhu Badan Tinggi!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI