Dr Nasihat Lebih Baik Minum Segelas Susu Bila Lapar Waktu Malam Daripada Makan Jajan

Share

Susu antara sumber kalsium dan vitamin D yang baik untuk kesihatan tulang. Setiap orang dewasa tetap memerlukan susu untuk kesihatan yang optimum. Sebenarnya susu bukan sahaja untuk kanak-kanak. Tapi masyarakat kita dimomokkan dengan menganggap susu boleh mengemukkan. Betul ke?

Berikut perkongsian Dr Erna Nadia yang menjelaskan mengenai fakta ini.

MINUM SUSU JADI GEMUK?

Ramai pesakit wanita saya yang super takut nak minum susu sebab depa kata susu ni akan buat badan gemuk.

Really? Haruslah tidak. Yang membuatkan badan menjadi besar, pinggang menjadi lebar, pipi berkembang, lengan peha gelebeh adalah apabila kita tak jaga makan. Bukan sebab susu ye cik puan tuan sekalian.

Susu adalah sumber protein yang baik. Janganlah takut dengan makanan dan minuman.
Seriously bukan salah makanan. Bila berat naik, tuding dan cermin diri sendiri. Tang mana diet kita salah. Diet ni bukan bermaksud tak makan tapi diet adalah pemakanan seharian kita.

Diet seharian kita haruslah lengkap dan sihat. Lengkap makronutrisi dan mikronutrisi. Ikutlah konsep suku suku separuh, kurangkan makanan dan minuman manis serta kurangkan minyak.

Susu ni dia ada gula ringkas iaitu laktosa. Ada 3 jenis susu iaitu

1. susu penuh krim,
2. susu rendah lemak,
3. susu skim.

Akan ada pertambahan gula sukrosa jika ada pertambahan rasa seperti strawberry, coklat dan lain lain. Susu penuh krim ni kandungan lemak dia tinggi. Sesuai lah dengan nama dia. Lemak berkrim disukai ramai. Jadi, kalau ada penyakit kronik macam darah tinggi ka, sila elakkan kalau boleh.

Susu rendah lemak ni pulak, kandungan lemak dan kalori dia rendah, kurang dari 3%. Jadi, susu ini disarankan untuk yang ada masalah kolesterol tinggi atau untuk yang nak kurangkan kalori harian, macam saya.

Susu skim ini lagilah bagus sebab kandungan lemak tersangatlah sedikit iaitu kurang dari 0.5%. Sangatlah sesuai untuk orang yang ada darah tinggi, kencing manis dan penyakit lain.

Susu seeloknya diambil setiap hari, 2-3 kali sehari disebabkan kaya dengan sumber kalsium yang diperlukan oleh tulang dan tubuh badan kita.

Susu pekat manis atau krimer ini bukan susu ye. So jangan salah faham pulak. Susu pekat manis/krimer ni sudah ditambah gula dan digantikan dengan minyak sayuran.

Ok, bila nak minum susu ni? Seeloknya minumlah berasingan dari hidangan utama macam makan pagi, tengah hari dan malam. Sebab kalsium dalam susu akan menghalang penyerapan zat besi di dalam lauk pauk hidangan utama kita.

Jadi, untuk depa yang ada masalah hb low (darah merah rendah), kena makan makanan yang tinggi zat besi macam bayam, daging, ikan, maka asingkan minum susu masa makan makanan utama ok?

Kalsium dalam darah biasanya akan disimpan/nak memenuhkan lompong lompong pada tulang pada waktu malam. So kalau kurang pengambilan susu, lompong lompong ini tak diisi dengan elok dan dalam masa sama, kandungan kalsium dalam badan juga berkurangan.

Sebab tu nanti lama lama mudah kena osteoporosis aka tulang rapuh. Dari osteoporosis yang biasa boleh jadi teruk dan seterusnya jadi masalah lain pulak. So, seeloknya minumlah susu sebelum tidur dan selepas bangun tidur. Boleh faham kan apa sebabnya?
InshaAllah boleh.

Jadi, janganlah takut dengan susu ye. Lebih baik minum segelas susu bila lapar waktu malam sebelum tidur tu dari makan jajan. Minum susu sebelum tidur InshaAllah boleh buat kita lena dengan perut yang selesa.

Nak minum yang sejuk ke panas? Ikutlah selera tekak masing masing. Ingat ya, sejuk atau panas sesuatu makanan/minuman tidak mempengaruhi tahap kalori kerana suhu tidak mempunyai kalori.

Kredit: Dr. Erna Nadia
Pegawai Perubatan
Medical Mythbusters Malaysia

Mama jom rileks jap, klik link ni!

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.

Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy