Ibu ayah membuat 1001 pilihan besar dan kecil setiap hari untuk anak-anak. Apa yang kita pilih untuk diberi pada anak sebagai makanan dan minuman, ia adalah antara salah satu dari pilihan yang besar.

Sebagai ibu ayah yang diberi amanah untuk membesarkan anak-anak, menjadi tanggungjawab kita untuk sediakan makanan dan minuman yang bukan saja membantu pertumbuhan badan anak dengan baik, malah ia mestilah penuh nutrisi serta kaya khasiat, dan bukannya makanan dan minuman yang boleh bawa keburukan pada tubuh badan anak untuk jangka masa pendek atau panjang.

Makanan yang baik adalah dalam bentuk real food. Buah, sayuran, ayam, daging, udang, bijirin, kekacang dan sebagainya.

Epal, ia tidak perlukan apa-apa bahan ramuan untuk menjadikannya sebiji buah epal. Jus epal yang dibuat di rumah, ia akan dikisar, dan mungkin hanya ditambah sedikit gula untuk beri rasa manis. Bandingkan dengan jus epal di pasaran, pelbagai perasa, pewarna dan pemanis tiruan ditambah, tidak dilupakan pengawet dan aditif tambahan untuk menjadikan rasanya kekal walaupun 1 tahun ada di rak pasaraya.

Kesibukan kita zaman sekarang, tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk memilih makanan ultra proses untuk anak-anak. Kebanyakan makanan ini, mengandungi banyak bahan ramuan. Cuba cari bahan ramuan sesuatu makanan yang kurang dari 5 bahan. Jika susah disebut, atau banyak betul code nya dari A sampai Z, sebaiknya letak balik semula makanan itu. Makin banyak bahan ramuan yang tidak diperlukan, makin tinggi kadar pemprosesan makanan tersebut. Begitu.

Saya kongsikan bahan ramuan yang tidak sepatutnya ada dalam makanan anak-anak kita.

1. Pewarna dan perasa tiruan

Pelbagai jenis makanan hari ini mempunyai pewarna dan perasa tiruan, seperti ais krim, kek, susu berperisa, gula-gula, jus minuman. Apa saja makanan komersial yang anak-anak suka, kebanyakkannya mengandungi pewarna dan perasa tiruan.

Bahan ramuan dalam jus buah oren yang menjadi kesukaan anak-anak.

Kedua-duanya adalah bahan kimia yang toksik terutamanya pada tubuh badan anak-anak. Bila anak jadi lebih pemarah, agresif, atau hiperaktif, semak balik makanan yang mereka ambil.

IKLAN

2. Pemanis tiruan dan gula berlebihan

Dalam 1 pek makanan, bukan hanya perkataan ‘gula’ digunakan untuk menunjukkan ia adalah gula. Lebih dari 50 jenis nama gula yang digunapakai dalam industri pemakanan. Walaupun label tertulis ‘no sugar’ atau ‘less sugar’, semak balik bahan-bahanya. Kerap sangat saya jumpa jajan yang anak kecil suka makan, sampai 3 4 jenis nama gula ada di dalamnya.

3. Pengawet dan aditif tambahan

Dalam susu segar, tiada pengawet yang digunakan. Dalam susu berperisa strawberi, pengawet dan aditif adalah bahan wajib yang ada. Ada kajian menunjukkan kadar pengawet dan aditif tambahan yang berlebihan boleh menyebabkan risiko alergi, masalah neurologi dan juga kanser.

Nama-nama preservative biasanya pelik-pelik susah nak disebut seperti butylated hydroxyanisole (BHA), butylated hydrozyttoluene (BHT), tertiary butylhydroquinone (TBHQ) dan sebagainya.

Bahan ramuan dalam cereal yang diberi pada anak seawal umur 6 bulan.

4. Transfat

Tiada kadar pengambilan yang selamat untuk transfat. Ia menyebabkan keradangan pada badan dan kaitan dengan kanser, penyakit metabolic, rendahkan imuniti dan masalah jantung. Biasanya ia dilabel sebagai hydrogenated atau partially hydrogenated oils.

5. MSG

Selain memberi rangsangan pada lidah untuk memberi lebih rasa sedap, ia juga bersifat neurotoxin yang mana memberi kesan ketagihan dan kesan buruk pada otak jika diambil secara berlebihan.

MSG bukan hanya diberi nama sebagai MSG dalam bahan ramuan sesuatu makanan. Ia digunakan pakai dalam kebanyakan makanan ultra proses. Nama lain bagi MSG seperti, ekstrak yis, ekstrak protein sayuran dan penambah rasa.

Bahan ramuan dalam biskut yang diberi sebagai snacks kepada anak-anak.

6. High fructose corn syrup (HFCS)

Ini adalah gula paling toksik yang ada dalam kebanyakan makanan dan minuman ultra proses. Gula fruktosa diproses di hati, tidak sama seperti glukosa yang diproses oleh semua sel dalam badan.

Jika berlebihan, ia boleh menyebabkan hati berlemak, dan meningkatkan risiko kanser hati, menyebabkan uric acid meningkat dan menyebabkan gout, juga meningkatkan paras triglliserida dalam darah dan menyebabkan sakit jantung. Tak hairan jika nanti anak dah umur 27 tahun, perlu dimasukkan stent ke dalam saluran di jantung.

7. Makan yang diperkaya

Cukup berkhasiat dan penuh nutrisi jika anak ambil makanan dalam bentuk yang asal. Tidak perlu makanan diperkaya zat itu, vitamin ini. Banyak kita jumpa dalam susu, cereal, roti mahupun biskut kesukaan anak-anak. Makanan sebegini biasanya diproses sehingga hilang atau sangat sedikit nutrisi sebenar yang ada.

8. Minyak sayuran

Nama minyak sayuran dah nampak macam sihat, seperti minyak sunflower, minyak safflower, minyak jagung dan minyak soya, tetapi hakikatnya minyak-minyak ini membawa keradangan pada badan anak-anak.

Minyak sayuran ini, tinggi omega 6, salah satu nutrient yang diperlukan oleh badan. Omega 6 dan omega 3 sepatutnya dalam nisbah 1:1. Oleh kerana pemakanan kita zaman sekarang lebih kepada western diet berbanding mediteranean diet, nisbah omega 6 dan omega 3 telah menjadi 20:1.

Membaca label sewaktu grocery shopping, memang akan mengambil masa yang lama.
Less is more.

Cuba cari makanan proses yang hanya dari 5 bahan atau kurang. Cuba juga elakkan 8 bahan ramuan di atas dari anak-anak dan keluarga. InsyaAllah ia satu permulaan untuk kita beralih kepada gaya hidup yang lebih sihat.

Kredit: Dr Mazliana Mazlan
Masih belajar ke arah gaya hidup sihat.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)