Dr Pesan Elak Basuh Sayur Atau Buah Semata-Mata Lalukan Air Saja. Penting Guna 4 Bahan Ni!

Share

Bagaimana cara anda membersihkan sayur dan buah sebelum ini? Adakah hanya dengan membilas di bawah air paip dan terus masak atau makan.

Jika ini yang anda amalkan, kena ubah caranya. Ini penting untuk mengelakkan anda dan seisi keluarga termakan racun, ulat kecil, serangga atau parasit yang melekat di buah atau berada dalam lapisan sayur.

Menerusi perkongsian Dr Mazliana Mazlan melalui pengalamannya sendiri, kelekaan kita sebagai ibu mungkin boleh jadi punca seisi keluarga sakit.

Pastikan kita basuh betul-betul sayuran sebelum masak, supaya tiada kejadian cacing masuk dalam kuali/periuk.

Terutama sayuran yang berbunga macam kobis, brokoli, atau jenis sayuran cruciferous yang lain.

Guna bahan bantuan lain untuk keluarkan ulat dan juga sisa racun serangga, seperti;

1. Garam
2. Cuka
3. Soda bikarbonat
4. Lemon

Rendam lama sikit ya, kemudian selak setiap lapisan sayur. Elakkan basuh semata-mata dengan lalukan air saja pada sayur.

Ini kisah saya nak masak sayur lemak kobis. Basuh sayur kobis organik tanpa racun serangga. Tak belek betul-betul satu persatu. Dah rendam dalam air garam 15 minit, lepas tu tapis je.

Nasib baik angkat sayur dengan tangan masa nak masukkan dalam bowl sebelum nak masak. 

Sekali ternampak cacing dalam mangkuk. Aduhaaaiiiii. Nasiblahhhh tak tuang terus sayur (dan cacing) dalam bowl. Mahu seminggu tak masak nanti sebab kemurungan. 

Boleh ya ibu-ibu, basuh betul-betul tauuuu sayur yang kita nak bagi makan untuk suami dan anak-anak. 

Kredit: Dr Mazliana Mazlan

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy