Kalau anak demam memang rasa tak tenang hati. Nak buat kerja pun serba tak kena. Tambah pula bila anak anak demam, makan pun kadang anak tak nak. Risau anak tak ada tenaga jugak.
Kita kalau demam, pun tak lalu makan. Anak pun sama jugak kisahnya. Tak perlu paksa anak yang demam untuk makan kalau diorang tak nak ok. Berikut perkongsian Dr Mazliana Mazlan untuk panduan ibu bapa.
Kita cuba cari pilihan makanan yang lebih ringan, dan lebih sesuai kalau anak tak berapa lalu sangat nak ambil makanan berat.
Sediakan 10 makanan macam ni bila anak demam:
1. Air kelapa sumber hidrasi utama
2. Madu sebagai ejen antibakteria dan antifungal
3. Air probiotik untuk naikkan imuniti
Ads
4. Keledek untuk sumber tenaga
5. Oren tinggi vitamin C
6. Pisang sumber tenaga ekspres
7. Telur untuk tahan lapar
Ads
8. Bubur ayam kalau anak nak makan nasi
9. Sup atau singgang banyakkan rempah ratus yang melawab jangkitan kuman
10. Aiskrim buah tanpa gula untuk sejukkan tekak
Selain ubat, makanan sangat perlu kita titikberatkan waktu anak demam. Hanya real food untuk anak.
Ads
Blend buah dan air, tambah madu sikit, masuk dalam mould aiskrim. Lega tekak anak tau.
Makanan tinggi proses, elakkan terus ye waktu anak demam. Makin lambat anak nak sembuh.
Demam ni bagus, tanda badan anak aktif untuk melawan benda asing yang ada dalam badan mereka.
Kalau kita selalu bajakan tubuh anak dengan real food, insyaAllah imuniti kuat, anak mudah nak sembuh.
Andai kata kadang tu, bila anak susah sangat nak sembuh bila demam, cuba sesekali kita check balik, apa sebenarnya yang anak makan. Ubah sikit je, insyaAllah akan nampak hasil yang ketara.
Kita cuba sama-sama ya, cari pilihan makanan yang baik buat anak-anak terutama waktu anak demam.
Kredit: Dr Mazliana Mazlan
Follow saya untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.
Follow saya di sini jugak k.
instagram.com/mazliana.mazlan
t.me/sembangsihat
Penjagaan mulut dan gigi anak sangat penting dan perlu diambil berat seawal usia anak 1 hari. Kenapa penting? Kerana jika tidak dijaga dengan betul, ia akan menyebabkan jangkitan kuman dan kerosakkan gigi yang teruk.
Menurut perkongsian doktor, ada beberapa kes yang memerlukan pembedahan akibat penjagaan yang mulut yang salah. Isu seperti ini perlu dipandang serius oleh ibu bapa supaya penjagaan gigi anak di ambil berat.
Masuk hari ni, hampir setiap minggu ada sahaja kes budak yang dimasukkan ke Dewan Bedah disebabkan karies gigi.
Kasihan sungguh kanak kanak sebegini. Seawal usia 3 tahun perlu dibius dan menjalani pembedahan besar serta pembersihan nanah dan mulut serta cabut gigi sehingga berbelas batang.
Karies gigi ini lah menjadi punca berumahnya bakteria sehingga menjadi nanah yang menjadikan muka mereka bengkak.
Tolong ye parents semua.
Jaga kebersihan mulut dan gigi. Kurangkan manis- manis dan tidur dengan botol susu. Paling penting sila berus gigi anak anda. Mereka kecil lagi. Tak boleh biar ikut suka hati mereka nak berus atau tidak. Tangkap dan berus gigi mereka. Mula mula mereka marah, lama lama mereka okay sahaja.
Kalau dah jadi macam ni, anak nak makan pun tak boleh. Sakit , menderita, demam, kebuluran dan kurus kering. Seluruh yang rosak perlu dicabut.
Bayangkan anak sekecil 3 tahun habis tak bergigi. Bagaimana nak makan sementara nak tunggu umur 6 tahun untuk gigi kekal mula tumbuh? Nak kunyah macam mana?
Kasihanlah anak itu.
Untuk ibu bapa yang dah tersedar dari lamunan, sila bawa anak anda berjumpa doktor gigi. InshaAllah doktor gigi boleh bantu anak anda. Tahan sahajalah telinga dengar leteran doktor bagi nasihat.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bayi umur bawah 6 bulan jangan diberi air masak, boleh mendatangkan bahaya. Zaman dahulu, mak-mak kita, elok saja bagi anak-anak air masak. Tapi kenapa zaman sekarang tak boleh? Soalan ini bukannya baru tapi sudah lama menjadi persoalan ibu bapa muda.
Bagi menjelaskan keadaan ini, Dr Redza Zainol berkongsi sebab-sebab perlu dielakkan dulu beri bayi 6 bulan ke bawah air masak.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Setiap kali mendapat perkhabaran mengenai seseorang individu yang dikenali menghidapi kanser payudara, pastinya akan terjentik di hati rasa simpati. Tapi apa pula yang dirasakan oleh mereka yang berjuang melawan barah tersebut? Ikuti perkongsian berikut.
Gambar sekadar hiasan
Melawan 3 jenis kanser
Walaupun diuji dengan berita mengejutkan apabila disahkan menghidap tiga jenis kanser dalam tempoh tiga tahun, Wan Musfirah Aimi Wan Supian yang kini berusia 34 tahun, tidak patah semangat.
Melalui perkongsian dari Hello Doktor, Ibu kepada tiga cahaya mata ini menghidapi serangan kanser secara berterusan, bermula dengan kanser payudara dan diikuti kanser paru-paru. Dan kini masih bertarung melawan kanser tulang pinggul yang berada pada tahap empat dengan melakukan rawatan kemoterapi.
Dia hanya mendapat tahu menghidap kanser payudara ketika berusia 30 tahun selepas mengalami sakit di bahagian ketiak. Selepas membuang sel barah itu, dia didiagnosis menghidap kanser paru-paru. Ini disebabkan sel penyakit itu sudah merebak ke organ berkenaan walaupun selepas sebulan pembedahan dilakukan.
Rawatan yang dilakukan untuk merawat ketiga-tiga barah dihadapi menyebabkannya kini disahkan menopaus pada usia muda. Namun itu semua tidak mematahkan semangatnya dan masih tetap positif mengharapkan agar dapat bebas sepenuhnya daripada kanser tulang pinggul.
“Saya sedar gaya hidup seimbang adalah penting. Penjagaan pemakanan dan bersenam dapat membantu menghindari kanser. Walau apa pun, kanser bukan pengakhiran hidup. Kita harus berusaha melawannya,” ujar Wan Musfirah.
Tidak mengira jantina
Tidak menyangka akan mengalami kanser payudara, apatah lagi penyakit ini hanya dikaitkan dengan golongan wanita. Itulah yang dirasai oleh Mohd Zullaimy Muhammad, sembilan tahun lalu, apabila didiagnosis dengan kanser payudara tahap empat. Mati, hanya itu terlintas di fikiran.
Menurut bapa yang kini berusia 52 tahun, dia hanya membuat pemeriksaan doktor apabila benjolan pada bahagian payudaranya berubah menjadi sebesar duit syiling 50 sen dan kesakitan yang perit mula dirasai.
Atas nasihat pakar perubatan, dia melakukan prosedur membuang sebelah payudara bagi mengelakkan sel kanser daripada terus merebak. Selepas menjalani rawatan kemoterapi selama enam bulan beserta rawatan radioterapi, dia memilih untuk mengubah gaya hidup yang lebih sihat dan aktif.
Zullaimy menasihati semua individu tidak kira lelaki mahupun wanita untuk mengamalkan gaya hidup sihat serta sentiasa berwaspada dengan sebarang kelainan pada payudara. Jika berasakan sebarang perbezaan, lakukan pemeriksaan dengan segera.
Cuba pelbagai rawatan
Didiagnosis dengan kanser payudara di usia muda pada tahun 2011, wanita ini tidak menafikan kanser yang dialami banyak mengajarnya tentang pelbagai perkara.
Mendapat perkhabaran mengenai kanser ini selepas beberapa bulan melahirkan anak, Murni Hafiza Mohd Zamri yang kini berusia 34 tahun tidak menyangka ketulan kecil di payudara kanan adalah petanda penyakit berbahaya.
Selepas pemeriksaan, dia disahkan menghidap kanser payudara dan disaran untuk melakukan pembedahan segera. Walau bagaimanapun, dia memilih untuk melakukan kaedah rawatan perubatan Islam dan mengambil ubat-ubatan berasaskan herba tradisional tanpa melibatkan pembedahan.
Pelbagai usaha dan cara dilakukan, namun semakin hari sel barah semakin merebak. Keadaan ini berlanjutan sehingga seluruh payudaranya membengkak dan mengeluarkan darah. Akhirnya dia tekad untuk melakukan prosedur mastektomi untuk membuang sebelah payudara.
Setelah lapan tahun berlalu, beliau kini disahkan bebas kanser dan bergiat aktif dalam persatuan bebas yang membantu pesakit-pesakit kanser. Wanita ini juga turut mengamalkan gaya hidup sihat secara sederhana.
Jangan ambil mudah
Konklusinya di sini, tidak kira lelaki mahupun wanita, jangan pernah memandang remeh pada sebarang perubahan pada payudara anda. Lakukan pemeriksaan awal. Jika anda memilih untuk melakukan rawatan alternatif, tidak salah. Tetapi jangan sampai anda kaedah perubatan moden terutamanya berkaitan dengan masalah kesihatan yang boleh mengancam nyawa.
Dalam masa yang sama, amalkan gaya hidup yang sihat dan seimbang. Lakukan aktiviti fizikal. Mencegah itu sesungguhnya lebih baik daripada merawat.
_______________________________
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!