Pengacara My Doctor, Dr. Say Shazril mendedahkan penggunaan sarung tangan tidak efektif sebagai perlindungan daripada terkena jangkitan COVID-19. Namun, ia ibarat lebih berbahaya kerana dikhuatiri menjadi agen penyebaran virus.
“Pemakaian gloves pun cukup popular bila saya keluar membeli barang keperluan rumah. Persoalannya, adakah memakai gloves efektif dalam mengelakkan terkena jangkitan COVID-19? Jawapannya tidak, malah ia lebih berbahaya.
“Sebab apa pula doktor? Bila pakai gloves tak adalah kulit jari kita sentuh virus tu”. Secara teorinya betul apa yang anda fikirkan tapi secara praktikalnya tidak.
“Ada dua sebab. Sebab pertama, gloves ni boleh menjadi pengangkutan untuk penyebaran virus. Contohnya anda beli groceries sambil pakai gloves then dengan gloves yang sama anda buka pintu kereta, pegang stering, singgah pam minyak kejap & akhirnya buka tombol pintu rumah sebelum anda buang gloves tu.
“Kalau lah ada virus pada awal-awal anda beli groceries tu tak ke dari supermarket, sekarang virus tu dah ada dalam kereta anda, di pam minyak & akhirnya di rumah anda?
“Sebab kedua, bila anda pakai gloves somehow anda tak akan basuh tangan dengan lebih kerap yelah sebab mesti anda fikir “selamat dah tangan aku dalam perlindungan gloves ni tak perlu dah aku basuh tangan” & jika membasuh tangan ini tak dapat dijadikan “habit” bayangkan apa akan berlaku sekiranya anda kehabisan gloves? Sentuh sana sini & tak basuh tangan sebab yelah tiada “habit” itu.
“Sedangkan jika anda tak pakai glove, anda akan kerap mencuci tangan/ hand sanitize. Lepas beli groceries hand sanitize, lepas isi minyak hand sanitize, sebelum bukak pintu rumah hand sanitize bukankah lebih selamat? Leceh kena hand sanitize sokmo? Sebab tu lah kerajaan suruh duduk rumah!” tulisnya.
Dr. Say berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Ads
Tambah Dr. say lagi adalah lebih baik agar semua mematuhi nasihat dan arahan WHO (World Health Organization).
“Amalkan nasihat WHO (World Health Organization) yang ternyata efektif, mudah & murah ni:
“1) Kerap basuh tangan anda dengan air dan sabun atau hand sanitizer
”2) Elakkan daripada menyentuh muka anda.
“3) Jaga jarak anda daripada orang lain sekurang-kurangnya 1 meter.
Dalam posting terbarunya lagi, Dr Say ada menjawab soalan dari orang ramai yang belum berpuas hati sama boleh atau tak nak pakai sarung tangan.
Ramai yg masih ada persoalan daripada post sy, takpe sy sambut. Paling popular “ikut logik akal, orang pakai glove masa beli barang je doc, habis beli tanggallah”.
Ads
Dua jawapan, pertama, kenapa nak kena pakai glove in the 1st place? Tak boleh ke beli barang bare hands & habis beli barang cuci tangan? Korang tahu yg COVID-19 ni merebak melalui titisan pernafasan & bukan meresap ke dalam kulit kan? Maksudnya kalau korang directly sentuh COVID ni takdelah pun automatik korang positif COVID. Nak kata bila pakai gloves tak sentuh muka? Tadi sy pi supermarket ramai ja sambil pakai gloves betulkan mask la, betulkan tudung la tak ke sama konsep dia?
Kedua, glove tu korang buang kat tong sampah biasa ke? Korang kena tahu di klinik/ hospital rubber gloves WAJIB dibuang dalam satu tong sampah khas bernama clinical waste bin. Plastiknya berwarna kuning yg mana pelupusannya berbeza dengan sampah biasa. Lori yg pungut clinical waste bin ni pun bukan lori sampah biasa maka sudah tentu tiada plastik kuning ni di rumah. Jadi korang buang mana gloves korang? Macam dalam gambar ni? Kalau begitu korang aniaya mereka2 yg angkat/ uruskan gloves korang ni sebab COVID hidup selama 8jam pada rubber gloves. Tepuk dada tanya selera.
Persoalan kedua “kalau sy kerap sanitize tangan sy yg sedang memakai gloves tu ok kan doc?”. Again, kalau korang boleh amalkan tabiat meng-sanitize-kan tangan korang, kenapa nak kena pakai gloves tu? Sy ulang sekali lagi ye COVID-19 TIDAK MERESAP MELALUI KULIT. Daripada korg membazir pakai gloves tu ape kata korang donate gloves tu kepada frontliners kita. Frontliners kita pakai gloves sama sebab dengan kenapa mereka pakai mask, sebab mereka frontliners. Dan mereka tukar glove ni kerap gila tau tak, habis sentuh satu pesakit tukar gloves baru. Kita ni backliners, benchers tak perlu peeps.
Sy tahu despite explaination macam ni pun pasti ade lagi kreativiti lain yg korang fikirkan. As long as sy dah jalankan tanggungjawab sy menyebarkan info yg sahih daripada sumber yg sahih sy berpuas hati dah. Mungkin ada di luar sana yg ambil nasihat ni, bersyukur sangat2 dah sy.
Sumber: Ig Dr Say
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang pengasuh Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan menganiaya seorang bayi perempuan berusia 11 bulan dengan cara mencakar pipi dan memukul tubuh mangsa, minggu lalu.
Didakwa cakar & pukul bayi 11 bulan
Menurut laporan Harian Metro, tertuduh yang dikenali sebagai Nabilah Md Johan, 27, dari Kampung Tedong, Merlimau, mengangguk faham sejurus dibacakan pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nariman Badruddin, namun tidak mengaku bersalah serta meminta dibicarakan.
Berdasarkan pertuduhan, dia sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan iaitu guru atau pengasuh didapati menganiaya bayi terbabit berusia 11 bulan ketika kejadian dengan cara mencakar pipi sebelah kiri dan memukul badan mangsa dengan tangan.
Kesalahan itu didakwa dilakukannya di Taska Ummi Ana, No 43, Jalan Sri Emas 25, Taman Seri Telok Emas, Melaka pada 18 Mei lalu, kira-kira 5.30 petang hingga jam 5.45 petang.
Hukuman penjara 10 tahun dan denda
Bagi kesalahan itu dia dituduh mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya N Sivashangari yang menjalankan pendakwaan mencadangkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tidak boleh mengganggu mangsa.
Peguam bela, Ab Kadir Ismail yang mewakili tertuduh bagaimanapun membantah jumlah jaminan ditawarkan.
“Jumlah jaminan yang ditawarkan terlalu tinggi, mohon mahkamah menetapkan jumlah jaminan yang munasabah. Penjamin adalah ibu tertuduh sendiri,” katanya.
Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, Nariman menetapkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin serta syarat tertuduh tidak mengganggu saksi pendakwaan dalam apa juga keadaan sehingga perbicaraan selesai.
Mahkamah kemudian menetapkan 23 Jun depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan perubatan mangsa dengan serahan dokumen.
Fasa berpantang selepas melahirkan anak antara tempoh yang sangat penting terutama untuk memulihkan semangat ibu yang 9 bulan mengandung selain pengalaman bersalin yang mungkin memberi trauma buat seorang wanita.
Pastinya dalam tempoh ini pelbagai cabaran yang perlu dihadapi dari segi fizikal dan mental. Dengan perubahan hormon amat jelas sokongan orang sekeliling penting untuk menenangkan emosi ibu yang pada masa sama perlu menguruskan bayi yang baharu dilahirkan.
Sebelum ini, kecoh di media sosial seorang bayi perempuan yang baru berusia sebulan telah dikatakan ‘lesap’ dari jagaan ibunya. Kehilangan si kecil tersebut telah pun menjadi satu tanda tanya kepada penduduk di Desa Sumberejo, Jember, Indonesia.
Malah siap timbul beberapa dakwaan mengatakan bayi berkenaan telah pun dilarikan oleh makhluk halus dan juga berkait dengan perkara mistik. Walau bagaimanapun, semua telahan tersebut rupa-rupanya salah apabila jasad si kecil tersebut telah ditemui dalam telaga.
Siapa sangka, kejadian yang menyayat hati menimpa si kecil itu diperlakukan oleh ibu sendiri yang dikatakan telah mencampak bayinya ke dalam telaga.
Ketika soal siasat, wanita itu mendakwa tidak tahan apabil sering digelar seorang ibu yang gagal kerana tidak berjaya menghasilkan susu untuk bayinya dan terpaksa bergantung kepada susu formula.
Si ibu mengaku sering sangat kena ejek dengan orang, dianggap wanita kurang sempurna kerana tak dapat sediakan susu badan.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada anak kecil mata memang kena selalu peka risau mereka bermain dengan barang-barang yang merbahaya dan boleh memudaratkan mereka. Tak kiralah kat mana, si kecil yang tengah nak meneroka memang seronok je capai semua benda.
Seperti yang berlaku di Liaoning, China, seorang bayi perempuan berusia dua tahun melecur teruk selepas bermain dengan soket elektrik di rumahnya.
Dalam kejadian tersebut, anak kecil ini dibiarkan bermain gajet sendirian di dalam bilik sementara ibunya sibuk menguruskan kerja rumah.
Sempat menjenguk sekejap si kecil yang sedang bermain, ibunya terkejut sebaik saja melihat anaknya itu bermain dengan paku. Bimbang melihat keadaan itu, ibunya merampas paku dan meletakkan ia di tempat tinggi sebelum kembali menyambung kerja rumah.
Tak lama kemudian, si ibu terhidu bau terbakar dari rumah lalu segera berlari mendapatkan anaknya kerana menyangka ada berlaku kebakaran. Namun apa yang berlaku lebih teruk dari yang disangka.
Sebaik pintu dibuka, ibu tersebut melihat anaknya memegang paku dan mencucuk ke dalam lubang soket elektrik sehingga menyebabkan si kecil itu terkena renjatan elektrik.
Ekoran daripada kejadiant tersebut, anak kecil itu melecur teruk di bahagian kedua-dua belah tangan dan mulutnya membengkak. Ibunya yang melihat keadaan anaknya terus segera membawa anak kecil itu ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Menurut doktor, mangsa mengalami luka melecur tahap empat dan tidak dapat dipastikan sama ada otaknya juga turut terjejas.
Hati-hati ye papa mama bila kat rumah tu. Jangan biarkan anak yang masih kecil bermain seorang diri bimbang perkara tak diingini berlaku. Anak tengah nak membesar memang semua benda dia buat main, maklum sahajalah masih kecil dan takt ahu apa-apa.
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...