Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Tip Didik Anak. Hampir Semua Perkara Bermula Dari Rumah & Persekitaran

Share

Datuk Dr Sheikh Muszaphar Al-Masrie telah berkongsi tentang bagaimana mendidik anak. Katanya hampir semua perkara bermula dari rumah dan persekitaran yang didedahkan kepada anak memainkan peranan penting membentuk mereka.

Anak suka meniru apa yang ibu bapa lakukan dan apa yang didedahkan kepada mereka seperti persekitaran di sekolah dan rancangan TV yang ditonton. Dr Sheikh Muszaphar telah berkongsi tips ini di Instagram pada video yang memaparkan anak kembarnya Adam & Noah yang seolah-olah ingin turut serta bersama beliau untuk bersolat.

Video – Solat Subuh dengan anak-anak lelaki saya
Adam & Noah suka untuk datang ke bilik solat semasa saya bersolat. Saya adakalanya membiarkan sahaja supaya mereka boleh melihat. Noah akan memakai kopiah dan meniru pergerakan saya dan Adam akan memerhatikan dari jauh.

KANAK-KANAK PENIRU YANG BAIK

Kanak-kanak adalah peniru yang baik. Dia akan meniru apa yang ibu bapa lakukan. Kebanyakan ibu bapa mengeluh tentang anak melakukan sesuatu sedangkan anak-anak hanya meniru apa yang mereka lihat.

  • Kanak-kanak yang tenang dan gembira menggambarkan bagaimana dia dididik.
  • Kanak-kanak terlalu clingy kepada ibu bapa kerana ibu bapa terlalu clingy kepada anak mereka.
  • Kanak-kanak tantrum kerana ibu bapa membiarkannya berkelakuan begitu.
  • Kanak-kanak yang suka jerit dan pukul orang lain mungkin pernah melihatnya di rumah.

PANTAU APA YANG DITONTON OLEH MEREKA

Mereka juga belajar semua perkara ini di sekolah dan melalui apa yang ditonton di TV. Oleh itu sangat penting bagi ibu bapa untuk memantau rancangan dan saluran apa yang ditonton mereka tonton di TV.

Banyak lagi perkara yang ibu bapa boleh lakukan dan kita boleh cuba untuk mendidik dan membesarkan mereka dengan cara yang terbaik yang kita mampu. Tapi yang pasti, semuanya bermula dari rumah.

Enjoy parenting to all parents out there …

Just sharing …

PS – Not sure what Adam is trying to tell me .Probably he wants a Kopiah too

Sumber: drsheikhmuszaphar


Kelahiran bayi pramatang adakalanya tidak boleh dielakkan. Ia terjadi kerana pelbagai faktor daripada ibu dan bayi.

Bayi pramatang lahir jauh lebih awal daripada tarikh jangkaan bersalin sedangkan banyak lagi organ-organ masih belum matang sepenuhnya. Dengan kemajuan teknologi perubatan mereka bertahan dan boleh membesar seperti anak-anak normal yang lain.

Nak tahu lebih lanjut mengenai kelahiran & survival anak pramatang. boleh ikuti rancangan TV Pa&Ma, 6 November 018 jam 12 tengah hari dan 9 malam di Astro Prima & Astro Maya HD.

Published by
Azma ML