“Haa ada apa tu dalam bilik..” Jangan nangis, nanti momok datang..” Duduk diam-diam, Jangan nakal-nakal ada haiwan mata merah datang gigit tu..” Perasan tak ayat-ayat menakutkan ini antara yang selalu ibu ayah cakap pada anak supaya mereka boleh dengar cakap.
Namun pernah tak ibu ayah terfikir tindakan ini menyebabkan anak kurang keyakinan sehingga bila berada di tempat gelap atau tinggi anak jadi takut tanpa sebab. Secara tak langsung kita pula yang marahkan anak kerana terlalu takut nak minta nak berteman pula.
Jangan takutkan anak dengan ketinggian & gelap
Menerusi perkongsian Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang banyak berkongsi ilmu keibubapaan, beliau kurang bersetuju cara ibu bapa yang menakutkan anak kecil. Ini kerana secara tak langsung telah menganggu minda anak-anak.
Menerusi posting di Instagramnya, beliau berkongsi satu video yang memaparkan bayi kembarnya bermain di tempat tinggi tanpa gayat. Kongsinya, keberanian tersebut dimiliki apabila beliau mendidik anak-anak dengan cara tidak menakutkan dengan ketinggian, gelap, serangga dan lain-lain.
Tiada anak-anak saya yang takut akan ketinggian kerana saya melatih mereka dari usia yang sangat muda. Sama ada ketinggian, guruh, cicak, lipas, kegelapan dan lain-lain.
Ads
Bayi tiada rasa takut, dilahirkan untuk menyesuaikan diri
Menurut Dr Sheikh, bayi tidak mempunyai perasaan takut kerana mereka dilahirkan untuk menyesuaikan diri. Perasaan takut yang timbul dalam diri bayi adalah disebabkan cara mereka dibesarkan dan ketakutan itu harus di atasi supaya anak-anak sentiasa berani dan tidak cepat terikut-ikut.
Bayi tidak mempunyai rasa takut. Mereka dilahirkan untuk menyesuaikan diri. Tetapi ketika mereka membesar, rasa takut ditanamkan di dalam diri mereka melalui bagaimana mereka dibesarkan.
Anak-anak ni dia sentiasa memerhati. Jika dia perhatikan orang lain rasa seram lihat serangga, adik beradik pula takut kilat atau guruh itu yang menyebabkan dia dapat tempias itu.
Ads
Lagi satu jika dia melihat orang dewasa juga takut-takut, perasaan itu lama kelamaan akan sebati dalam diri anak-anak kecil ini.
Tambah Dr Sheikh Muszaphar lagi, kita perlu mengatasi rasa takut dalam hidup dan sentiasa bertindak melakukan sesuatu dengan tenang. Ini kerana kepimpinan yang ditunjukkan oleh ibu bapa akan menjadi contoh teladan pada anak yang sedang membesar.
Perlu ingat, ketakutan adalah salah satu penghalang kejayaan untuk setiap individu dan ia sangat rugi jika dari awal lagi anak ditakutkan dengan perkara-perkara yang tak sepatutnya.
Ads
Kredit: Instagram Dr Sheikh Muszaphar
Dapatkan barang keperluan anak dengan harga berpatutan dan kualiti terbaik di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perasan tak anak-anak kita bila hampir seharian ditinggalkan di rumah pengasuh atau pergi ke taska, tadika atau sekolah, saat nampak kita keterujaannya itu seolah-olah dia benar-benar rindu.
Ada juga anak-anak waktu petang dia seperti memahami tak lama lagi ibu ayahnya akan sampai dan sanggup menunggu depan pintu menantikan kita mengambilnya.
Menurut Perunding Keibubapaan, Puan Noor Afidah Abu Bakar, perasaan yang dialami oleh anak-anak kecil ini adalah normal. Berikut antara perkongsiannya.
Kenapa anak kecil gelisah ternanti-nantikan kepulangan atau kehadiran ayah ibu di muka pintu?
Kenapa anak kecil sangat teruja kala melihat kelibat ayah ibu yang ditunggu-tunggu?
Anak kecil bergantung sepenuhnya kepada ayah ibu. Ayah dan ibu adalah dunia mereka.
Tidak ada orang lain yang anak kecil percayai selain ayah dan ibu. Si kecil merasa lega apabila insan yang dipercayai muncul di depan mata. Kehadiran ayah dan ibu menjadikan dunia ini terasa selamat baginya.
Ayah dan ibu jugalah yang diharapkan untuk memenuhi keperluan fizikal, mental dan emosinya. Tiada orang lain.
Jangan diabaikan kepercayaan si kecil yang baru hendak mengenali dunia dan seisinya.
Peluklah dia.
Senyumlah pada dia.
Sebutlah namanya.
Jadikanlah penantian itu berbaloi bagi si anak. Bukan gula-gula yang dinantikan. Apatah lagi mainan beratus harga.
Sekiranya penantian si kecil tidak diendahkan, apabila bertambah setahun dua dia tidak lagi teruja menanti kerana kekosongan itu telah terisi dengan orang atau benda lain yang lebih ‘menghargai’.
Sudah menjadi kebiasaan pada zaman sekarang semua peringkat umur mempunyai akses yang mudah terhadap gajet, termasuklah kanak-kanak. Bagaimanapun ia bukan sesuatu yang bagus bagi anak kecil jika tiada pengawasan daripada ibu bapa.
Ini kerana kanak-kanak yang main gajet tanpa kawalan boleh mengundang ketagihan melampau. Ketagihan merupakan antara bahaya gajet yang ramai ibu bapa tidak sedar.
Bagi ibu bapa yang mempunyai dilema untuk mengurangkan penggunaan gajet dalam kalangan anak, boleh cuba lakukan tip ini. Mungkin dari awal rasa sukar tapi bila dah dibiasakan dari awal, pasti boleh. Berikut perkongsian daripada Puan Zuraida Shahime
Anak kecil ketagih handphone (HP)? Ini bukan umur 10 atau 6 tahun. Tapi baru umur 2 tahun. Cuba 6 cara ini. Dan sebenarnya ia berkesan juga walaupun anak dah umur 12 tahun.
Cuma, memang rumah kita riuh rendah sikit sebab anak-anak seronok bermain dan bukan ‘dalam dunianya’ dengan HP atau gajet sahaja.
6 tip untuk ubah
1) Walaupun HP sekarang dah mampu dimiliki semua, jangan bagi anak miliki terlalu awal. Kalau dia rasa itu dia punya, mainan dia, itu yang dia akan terasa nak HP tu.
2) Kenalkan fungsi HP ni bukan sebagai mainan. Tapi kita guna untuk buat kerja, baca buku, call orang dan bukan untuk main game.
3) Hilangkan handphone dari pandangannya terutama anak kecil. Pagi-pagi tak ada HP, kita pun tak pegang HP. Kalau perlu call orang sorok-soroklah untuk bagitau anak masa tu tak ada HP.
4) Hilangkan game yang ada dalam tu. Kalau dia tengok kita pegang HP pun, tapi bila dia tengok youtube dah tak ada, game dah tak ada lama-lama anak akan ok dan faham.
5) Kenalkan anak dengan aktiviti lain. Contohnya bermain, baca buku cerita dan macam-macam lagi. Ada banyak mainan tanpa gajet yang boleh kita bagi anak main terutamanya anak 2 tahun lebih. Jangan kesian atau rasa bersalah kalau dia menangis nak HP juga.
Bila ada benda penting nak ubah anak, kita kena selalu ingatkan diri, suatu hari nanti anak akan cakap mama terima kasih sebab daripada kecil tak bagi HP dan main bukan-bukan dan terima kasih sebab main sama-sama dengan saya
6) Kita yang decide kita nak buat macam mana, sebab anak usia ini (2 tahun) dia akan menurut apa yang kita buat dan apa yang kita suruh buat.
Semoga perkongsian ini boleh membantu mama papa yang dalam fasa untuk mendidik dan membesarkan anak.
Pengacara popular, Farahanim Razak kagum dengan kegigihan ibu-ibu bekerja dalam masa yang masa terpaksa menguruskan rumahtangga selepas pulang bekerja.
Menerusi perkongsian di Instagram, Hanim yang ketika itu terpaksa meninggalkan dua anak kembarnya, Amina Raissa dan Amira Raissa (3) dibawah jagaan pembantunya untuk keluar bertugas.
Menurutnya, dia bersyukur kerana mempunyai rezeki lebih untuk mengupah pembantu demi menjaga kembarnya ketika keluar bertugas. Namun dia bangga dengan ibu lain yang sangat kuat dan dia turut titipkan doa buat semua ibu-ibu agar diberi ganjaran pahala atas segala pengorbanan untuk keluarga.
REALITI SEBENAR : setiap kali nak keluar rumah, mesti pandai pujuk dulu hug dulu, kiss dulu, tak boleh simply bye bye je. kadang ada hari tak makan pujuk pun!
Tapi tu lah realiti sebenar ibu ibu yg bekerja ni..kena gagah kan hati juga. anim bernasib baik Allah bagi rezeki sikit boleh ada helper.
Ibu Yang Tiada Helper, Semua Uruskan Sendiri
Bagi ibu yg takda helper hantar anak ke taska, lepastu balik kerja ambil pulak anak. sampai rumah masak lagi, kemas rumah, layan itu ini..wow Anim sangat sangat RESPECT!
Allah Akan Gandakan Ganjaran
Allah pasti akan gandakan ganjaran pengorbananmu walau bukan di atas dunia ni, tapi di hari pembalasan nanti 💕
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.