Ramai yang rasa bila bayi dah mula pandai pegang botol susu, ibu bapa atau pengasuh akan membiarkan anak hisap susu sendiri. Selalunya keadaan ini berjalan lancar tanpa ada masalah.
Bagaimana jika suatu hari, bayi yang di bawah penjagaan tidak lagi bernafas.
Berikut perkongsian dari Dr Zubaidi Hj Ahmad untuk peringatan semua ibu bapa.
Tak kira pengasuh, penjaga atau ibu bapa melakukannya tanpa menyedari perbuatan mereka sangat berbahaya. Bayi diberikan botol susu, diletakkan tinggi sedikit (selalunya dengan dialaskan bantal) agar air susu terus mengalir ke mulut bayi.
Ads
Bila melihat bayi “selesa” menghisap susu, bayi ditinggalkan pengasuh, atau ibu bapa atau penjaga melakukan kerja lain.
Bila kerja siap dilakukan dan segera mendapatkan bayi tersebut, berkemungkinan bayi tersebut sudah tidak bergerak, mukanya pucat, sekeliling mulut berwarna biru dan badannya sejuk. Tidak bernafas. Telah meninggal dunia.
Ads
Penyusuan sebegini sangat berbahaya kerana aliran susu terus ke mulut tanpa perlu dihisap. Aliran susu secara berterusan tanpa berhenti, sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan bayi itu “lemas” dan tidak boleh bernafas.
Ads
Elakkan melakukan hal ini. Berbahaya. Setiap tahun ada saja kes kematian akibat kecuaian ini.
Jangan biarkan bayi diberikan susu dari botol TANPA pengawasan terutama berusia satu tahun ke bawah. Jika terpaksa memberikan cara begini, pastikan sentiasa bersama bayi. Jika ada kejadian tersedak, segera ambil langkah keselamatan (menepuk belakang bayi) dengan segera.
Ibu ayah mana tak panik bila anak menangis sampai hilang suara, akhirnya senyap sendiri dan mukanya bertukar warna kebiruan, tangan terkulai dan pengsan.
Menangis memang sebahagian daripada proses tumbesaran bayi dan kanak-kanak namun jika mereka menangis sampai tahap hilang suara, muka biru dan pengsan ia adalah simptom yang sangat berbahaya.
Pengalaman pertama kali melalui situasi tersebut membuatkan seorang ibu ini, Puan Noor Faezah Ariffin berkongsi dengan semua ibu bapa betapa pentingnya tahu tentang simptom tangisan ini supaya dapat mengambil tindakan pantas menyelamatkan nyawa anak yang mengalaminya.
Pernah dengar tak budak menangis sampai hilang suara tiba-tiba muka dia terus jadi biru?
Baru 2 hari lepas terjadi dekat Zaim. Lepas berbuka, waktu tu Zaim dah penat & mengantuk. Then bawa dia masuk bilik off lampu and buka lampu tidur jela sebab nak tidurkan dia.
Tapi dia ni pantang nampak ayah dia, so dia pun bangun turun daripada katil semula untuk tunggu ayah dia solat.
Bila ayah dia siap je solat aku dengar dia gelak-gelak lagi, tiba-tiba dia jalan sikit then dia terjatuh sendiri. Jatuh tu tak la teruk mana, tapi bagi dia sakit la plus dia dah penat & mengantuk.
Dia menangis kuat sangat and dia terus senyap (aku pelik sebab biasanya kalau dia sakit dia akan datang dekat aku tunjuk sakit dekat bahagian mana).
So tergerak hati nak tengok dia, then aku on lampu bilik. Rupanya muka dia bertukar jadi kebiruan! Biru gelap tu, mcm kena cekik. Terus tangan dia terkulai & tiada respond, mata dia terpejam (pengsan).
Time tu aku dengan Zul dah panik sebab tak pernah alami sebelum ni.
Zul tepuk-tepuk belakang badan Zaim untuk bagi sedar, tapi Zaim still tak bagi respond.
Aku dah tak keruan tengok anak terkulai depan mata. Zul cepat-cepat bawa Zaim ke bilik air & basahkan Zaim sambil tepuk-tepuk belakang badan.
Alhamdulillah Zaim bagi respond dia buka mata then baru dia start menangis , baru nampak muka dia merah.
Nak gugur jantung aku dibuatnya. Hang jangan macam tu lagi Zaim. Hilang akal mak dibuatnya. Tak lama kejadian ni, dalam 1 minit je.
Walaupun 1 ke 2 minit tapi kalau tak tahu macam mana nak bagi anak sedar, bahaya juga bila oxygen tak sampai ke otak.
Kejang Dan Lemas
Selepas kejadian tu kami bawa Zaim jumpa doctor, doctor kata ni adalah simptom ‘BREATH-HOLDING SPELLS’.
Budak yang jenis macam ni dia tak boleh menangis terlampau lama, dia akan kejang dan lemas (sebab tu muka jadi biru).
Antara punca yang sebabkan BREATH-HOLDING SPELLS ni:
1. Anak tu CEDERA, yang buatkan dia sakit teramat sangat. Tak kira la jatuh ke kena pukul ke, then dia akan menangis yang terlampau kuat sampai suara dia hilang.
2. Anak tu rasa KECEWA , maksudnya dia nak something tu dia tak dapat. Macam anak aku ni, dia akan jerit sambil teran. Cuba kau buat, macam lemas tak? Budak apa dia tahu, dia buat sesuka hati dia je.
3. Anak tu MARAH, bila perasaan dia tengah marah dah tentu-tentu dia akan menangis kadang-kadang sampai meneran sebab dia geram sangat, kau yang dah besar tu pun kuat menangis, inikan pula budak.
* 3 point ni memang ada pada Zaim.Dia kerap menangis sambil teran-teran.
Benda ni sekali anak dah kena, dia berkemungkinan akan berulang semula hingga umur 7 tahun. So hati-hati & beringatlah bila anak menangis kuat tu.
Ni peringatan untuk aku juga. Bila anak menangis tu, perhatikan dia. Jangan la dia dah menjerit kuat tu kau cakap “Haaa rasakan rasakan, nak main sangat, suruh tidur tak nak, kan dah jatuh” Kalau tak jadi apa takpela, jangan kalau dah biru muka anak baru nak menyesal.
Kalau nak tahu lebih lanjut boleh try google or tengok youtube macam mana budak2 yang kena BHS ni. Aku harap orang lain pun ambil tahu hal ni mcm mana nak control bila jadi dekat anak, sebab anak aku pun tak pernah ada apa-apa problem sejak lahir tapi tiba-tiba je jadi.
Kena tahu langkah cepat nak bagi anak sedar semula sebab kalau oxygen lambat sampai ke otak boleh menyebabkan pelbagai implikasi yang lain.
Pesanlah juga dekat pengasuh kalau nampak anak nangis kuat sampai teran-teran tu terus pujuk, jangan biarkan menangis lama-lama.
Sekadar peringatan bersama.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sudah bersedia mahu menimang cahaya mata kedua, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyimpan hasrat untuk mendapat anak lelaki.
Anak sulung Siti, Siti Aafiyah Khalid bakal menginjak ke usia 2 tahun pada 19 Mac ini.
“Saya sudah ada anak perempuan, kalau boleh nak sepasang, saya berharap untuk mendapat anak lelaki pula.
“Namun begitu, segalanya saya serahkan kepada Allah. Apa sahaja yang Allah berikan, saya anggap rezeki.
“Sekiranya Allah izinkan, saya menerima sahaja dengan hati yang terbuka. Tak kisah cahaya mata lelaki atau perempuan,” kata Siti.
Dalam pada itu, Siti, 41, bakal mendapatkan saranan doktor kerana dia perlu melalui proses rawatan kesuburan in vitro fertilisation (IVF) sama seperti Aafiyah.
“Apa-apapun, saya akan mendapatkan nasihat doktor. Usia saya juga semakin meningkat, sebab itu saya meletakkan sasaran untuk mendapatkan anak kedua sebelum usia 43 tahun.
“Jika semuanya berjalan lancar, semuanya akan mengikut apa kata doktor. Jika doktor katakan saya boleh menyanyi, saya akan tetap aktif.
“Tetapi, jika doktor nasihatkan saya supaya senyap atau diam sahaja, maksudnya saya sedang ‘mengeram’ dan melalui proses terbabit,” katanya lagi.
Kematian mengejut pada bayi berumur bawah satu tahun berlaku secara tiba-tiba tanpa sebab yang jelas atau penyakit. Kebanyakan penyebab kematian mengejut pada bayi ini boleh jadi disebabkan bantal atau selimut yang berdekatan bayi semasa tidur.
Dalam tempoh anak-anak tidur, apa saja boleh berlaku tanpa ibu bapa sedar. Melalui perkongsian Public Health Malaysia menyatakan penggunaan bantal anti golek kepada bayi ketika tidur boleh menyebabkan risiko kematian. Oleh itu, lebih baik sekiranya ibu bapa tahu mengenai cara tidur bayi yang betul untuk mengurangkan risiko pada anak.
[ALERT] BAHAYA BANTAL ANTI GOLEK
Terbaru viral video rakaman babycam di media sosial berkenaan bayi yang lemas tertekap bantal anti golek. Bayi tersebut cuba meronta, tetapi nafas tidak panjang menyukarkan bayi untuk menangis. Nasib baik bapa dia tergerak hati masuk ke bilik, cepat-cepat mengalihkan bantal tersebut.
Sebenarnya setiap tahun, lebih 4,000 kematian mengejut telah direkodkan di negara barat. Di Malaysia pula, satu kajian menunjukkan 2% daripada post mortem kanak-kanak yang dilakukan telah meninggal dunia disebabkan kematian mengejut.
Faktor kematian mengejut
Antara faktor kematian mengejut ini disebabkan oleh beberapa faktor:
Tidur mengiring. Tidur meniarap. Tidur penuh dengan bantal. Tidur tidak rata. Tidur bersama ibu bapa.
Terdapat banyak bantal jenis ini yang di jual di platform online. Berikutan ini, FDA telah mengeluarkan amaran khas kepada ibu bapa agar tidak menggunakan bantal anti golek ini.
Ambil langkah ini kurangkan risiko
Ibu bapa juga digalakkan untuk mengamalkan langkah-langkah ini bagi mengurangkan risiko kematian mengejut bayi.
Bayi tidur bersendirian. Bayi tidur terlentang. Bayi tidur tanpa bantal. Bayi tidur tanpa mainan disekitar.
Oh ya. Laburlah CCTV baby untuk memantau bayi. Ia boleh digunakan untuk memantau aktiviti mereka sehingga kanak-kanak.
Semoga bermanfaat buat ibu bapa dan lebih peka dengan persekitaran bayi. Bila dah ada anak kecil ni, tak boleh nak tidur lena seperti zaman bujang.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.