
Tahniah diucapkan buat pelakon, Farah Nabilah yang selamat melahirkan anak keduanya pada 26 Julai lalu.
Farah yang menyambut kelahiran bayi lelaki kedua dalam keluarga mereka ini turut mengambil keberkatan untuk berkongsi nama anak pada hari ketujuh kelahirannya.
Menerusi Instagramnya, Farah berkongsi nama indah yang menjadi pilihannya dan suami buat cahaya mata kedua mereka.
“Assalamualaikum. Today is his 7th day.
“Yusuf Gibran bin Mohamed Amirul, 26 July 2023,” tulisnya berkongsi.
Dalam pada itu, pelakon berbakat ini juga turut menitipkan doa agar perjalanan anak kecilnya, Yusuf Gibran dipermudahkan malah menjadi anak soleh serta berakhlak mulia.
“Terima kasih atas doa semua, semoga Yusuf Gibran menjadi anak yang soleh, anak yang mempunyai adab & akhlak seperti Rasullullah SAW & dilindungi dari segala kejahatan. Amin YRA,” tulisnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rakan-rakan selebriti dan pengikut Farah turut menitipkan ucapan tahniah buat ibu cantik manis ini.
Menarik: Sesetengah Orang Berkira-Kira Nak Beranak & Mengandung, Neelofa PU Haris Mahu Anak Ramai!
Pelajari ilmu penyusuan untuk menjayakan bf journey mama bersama pakar-pakar bertauliah di webinar Mama Nak Susukan Anak. Daftar sini : https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-nak-susukan-anak/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Nak Marah Pun Tak Jadi.” Diam-Diam, Habis 9kg Tepung Anak Tabur Satu Rumah

Dalam fasa anak membesar, pelbagai momen indah pasti akan dilalui. Ini juga yang akan menjadi kenangan buat ibu bapa setelah anak-anak dah bawa haluan masing-masing. Malah ibu juga antara insan yang sangat sabar melayan kerenah anak-anak tanpa jemu.
Lagi satu jika anak-anak diam, jangan anggap mereka tak buat apa-apa. Kadang ada ‘projek besar’ mungkin tak terlintas dek akal kita mereka tengah seronok lakukan.
Seperti yang dikongsikan ibu ini di akaun TikTok, @Zatyaf, memang tak sangka sama sekali dua anak perempuannya begitu seronok bermain stok tepung gandum yang di simpan di dapur.
“Kenangan tidak akan dilupakan. Apabila mama keluar check up baby, papa kerja malam beginilah jadinya
“Bersabarlah duhai yang bergelar ibu,” tulisnya.
Menerusi video yang dikongsikan, ibu hanya mampu bersabar melihat keletah kakak dan adik menabur tepung di sekitar ruang dapur hinggalah ruang tamu.
Watch on TikTok
Menurutnya, jumlah tepung yang ‘ditabur’ anak-anak ialah sebanyak sembilan kampit dan setiap satunya seberat 1 kilogram. Dalam kotak itu hanya sempat guna satu paket sahaja.
Sengaja ingin tahu reaksi si anak, ibu berkenaan sempat bertanya sama ada mereka menyayanginya atau tidak.
“Lailahaillallah adik, kakak. Apa korang buat ni. Kakak tak sayang mama ke?” tanya si ibu.
“Sayang mama,” jawab si kecil dengan tulus memberitahu telah membuka bungkusan tepung berkenaan menggunakan pensel.
Menerusi video lain, Zaty berkongsi anak-anaknya sudah meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.
“Semoga kakak dan adik membesar menjadi anak yang solehah. Doa mama dan papa sentiasa mengiringimu sayang.
“Marah ke, nak rotan ke tolak tepi dahulu. Alhamdulillah kedua-duanya mama dan papa sayang,” ujarnya.
Watch on TikTok
Orang ramai yang menonton video itu turut terhibur dengan gelagat anak-anak tersebut dan faham situasi ini akan jadi kenangan sampai bila-bila.
“Nak marah tapi kena sabar. Kenangan yang tak dapat di beli, bukan semua dapat kenangan ni.”
“Sungguh sis penyabar orangnya, teruskan sis nanti anak-anak akan ikut sikap dan perangai sis dalam handle semua perkara..inshaAllah.”
“Kenangan terindah buat semua yang bergelar ibu dan bapa. Nanti apabila anak sudah besar mesti rindukan keadaan ini.”
“Hahaha kak, proses pembelajaran budak. Saya pun pernah kena, ‘snow’ satu rumah.”
Kredit: TikTok @Zatyaf
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cegah Selsema Dan Batuk, Ini Rahsia Dr. Rizal Amalkan Lidah Buaya!

Walaupun kita hidup dalam era serba moden, tak dapat dinafikan petua-petua turun-temurun masih diamalkan oleh ramai. Terutama bila dah rasa sendiri keberkesanan petua tu, pasti kita tergerak hati nak kongsikan dengan orang lain.
Begitu juga kisahnya dengan seorang doktor pakar otak yang dikenali ramai, Dr. Rizal Abu Bakar. Dia sendiri mengamalkan beberapa petua tradisional untuk menjaga kesihatan tubuh badannya.
Dalam satu posting di Facebook, Dr. Rizal berkongsi cara-cara dia menjaga kesihatan, terutama dengan cuaca yang tak menentu sekarang ini, supaya terhindar dari jangkitan selesema dan batuk.
“Sekarang ni cuaca tak menentu kan? Sekejap hujan. Sekejap panas.
“Bila cuaca macam ni mudah nak sakit. Saya ni kalau boleh nak elak dari sakit sakit. Jadi petang semalam ambillah aloe vera. Buat detoks dan tingkatkan imun.
“Bila imun dah kuat, tenteta dalam dah power, sakit tak boleh nak himpit. Off course dengan izin Allah. Kita ni ikhtiar. Usaha saja.
“Apapun petua minuman ni lawan inflamasi tubuh. Bantu turunkan berat badan. Turunkan kolesterol. Jauhkan selsema dan batuk,” ujarnya.
Nak buat pun mudah. Cuma perlukan
Aloe Vera – satu potong
Lemon – sebiji
Halia – sebesar ibu jari sendiri
Air – menutupi semua bahan di atas
Madu – satu sudu atau secukup rasa.
Caranya pun mudah. Blend saja. Minum.
Lepas minum kita sendiri akan rasa badan ringan. Tak lemau. Ada energi lebih sikit.
Bolehlah cuba. Sesuai sangat musim sekarang ni.
Sumber : DrRizal
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mama Ayah Sentiasa Merinduimu Anak Syurga.” 21 Hari Beri Petanda, Anak Yang Dinanti-Nantikan Pergi Jua

Tiada apa yang lebih menyedihkan daripada kehilangan orang tersayang. Perginya tidak kembali tetapi kenangan segar di sanubari.
Bagi ibu bapa, melihat anak membesar adalah segala-galanya. Apatah lagi jika kehadirannya dinantikan bertahun. Namun siapa kita manusia untuk menongkah apa yang telah direncanakan Yang Maha Esa.
Perkongsian daripada ibu ini menyentap perasaan tatkala si kecil yang ditunggu selama 2 tahun hanya dipinjamkam 1 tahun 2 bulan sebelum dijemput Nya kembali. Hatinya tabah dan reda, tidak dinafikan bila diingat kembali tanda-tanda sebelumnya dia kehilangan kata-kata. Kenangan bersama si kecil sentiasa di hati.
Ramai yg tanya punca kematian anak sy sebab apa..sakit apa…
Jadi sy jawab semua di sini saja…
Sebab tak mampu nak balas semua komen dan pm yg tanya.
DITUNGGU 2 TAHUN, DIPINJAMKAN 1 BULAN 2 BULAN
Anak sy dilahirkan normal seberat 2.65kg. Anak yg sy tunggu hampir 2 tahun. Dipinjamkan 9 bulan 10 hari dlm rahim sy dan 1 tahun 2 bulan 9 hari di dunia bersama sy…
BENJOLAN DI KETIAK KIRI
Sehingga usia dia 3 bulan..sy dpt kesan ada benjolan kecil di bawah ketiak kirinya..sebesar guli…
BERAT SUKAR NAIK, TIDAK MERANGKAK ATAU BERJALAN
Jadi, saya rujuk ke Hospital ******* dan memang ada follow up setiap bulan di sana. Setelah beberapa bulan..berat anak saya sukar naik dan beratnya tak ikut graf atau tak tally dgn usia dia begitu juga dgn perkembangan yg lain spt tidak pandai merangkak dan berjalan (masa ni usia 11 bulan).
Saya juga ada ikuti perjumpaan dgn pakar pemakanan dan beberapa terapi ( maaf lupa apa nama terapi tu)…pernah juga scan bahagian benjolan tp mcm tak ada masalah dgn benjolan tu sebab kalau ditekan tak sakit dan dia tak membesar…
JARANG DEMAM & AKTIF
Tetapi 2 bulan lepas doktor pakar kanak-kanak tu bg cadangan utk ambil darah dan air kencing utk buat ujikaji bg mendapatkan apa masalah sebenar kesihatan anak sy. Sebab anak sy jarang demam..aktif seperti biasa..cuma kdg2 kena selesema shj dan tak pernah batuk2..muntah2 atau cirit birit…
Sepatutnya keputusan tu keluar pada 28 sept 2018 nanti utk ketahui punca sakitnya apa…tapi Allah lebih menyayangi anak saya…
BIRU PADA KUKU, BIBIR & LIDAH, DOKTOR BERITAHU CIRI SAKIT JANTUNG
Dan…saya dah redha bahawa anak sy memang ada sakit. Doktor pakar yang sahkan kematian anak saya tempoh hari ada bgtau keadaan mayat anak sy nampak biru di kuku dan bibir serta lidah.
Doktor bgtau ini ciri-ciri sakit jantung selain berat badannya yang sukar naik. Atas sebab itulah saya beranggapan anak saya memang ada sakit jantung kerana kadang-kadang kalau dia menangis kuku dia mmg ada biru-biru.
MAMA REDA MELEPASKANMU KEPADA YANG MAHA PENCIPTA
Apa pun keputusan ujian yang bakal keluar nanti…saya dah redha dgn pemergiannya….
Saya dah redha melepaskannya pd penciptaNya kerana bg sy sakit tu hanya asbab kematiannya sahaja sedangkan Allah nak ambil sesiapa pun tak perlukan asbab sakit ataupun apa2 sebab tu hak Allah…
SEMOGA IBU BAPA YANG DUJI SABAR & KUAT
Kepada ibu bapa yang di uji dengan anak sakit…saya doakan kalian sabar dan tabah…semoga anak2 kalian segera sembuh dan dipermudahkan segalanya…ameeb ya Rabb..
Yakinlah ada hikmah disebalik kejadian.
ALLAH PINJAMKAN DALAM KEADAAN SEMPURNA, DIJEMPUT KEMBALI DALAM KEADAAN SEMPURNA
Saya sudah redha dgn pemergiannya….Allah beri pinjam pada sy dalam keadaan sempurna…saya hantar kembali pun dlm keadaan sempurna…dan sy harap tiada lg sebarang pertanyaan mengenai punca kematian anak sy. Sekian terima kasih. Doakan kami sentiasa kuat.
********************
21 HARI SEBELUM PERGI SAYANG BERIKAN PETANDA, MAAFKAN MAMA TIDAK SEDAR
Allahuakhbar anakku….
Mama baru sedar….
21 hari sebelum adik tinggalkan mama, adik dh bg hint yg adik akan pergi tinggalkan mama selama nya.
TIDAK MAHU TIDUR
Hari tu adik meragam taknak tidur. Macam-macam mama buat adik taknak tidur. Mama ingat adik rindu ayah. Mama try bedung adik dgn kain pelikat ayah kut-kut adik rindu ayah tp adik taknak.
BILA BALUT DENGAN SELIMUT MAMA BARU LENA
Tapi, bila mama bedung adik dgn selimut busuk kesayangan mama yang ada dekat rumah nenek ni, adik diam dan adik elok tidur lena.
Ada mama wasap ayah pasal adik nak tidur macam ni.
SELAMA INI TIDAK SUKA SELIMUT
Selama adik hidup, adik mana suka selimut. Dan adik tak pernah mahu tidur kalau mama selimutkan adik even adik tidur dlm aircond sejuk macam nak beku. Adik mesti keluarkan adik dr selimut.
RUPANYA PETANDA BAKAL TIDUR DENGAN KAIN KAFAN YANG TEBAL
Tapi hari tu, adik nak tidur dibedung dgn selimut busuk mama. Rupanya adik bg hint adik bakal tidur dalam kain kafan yg tebal macam selimut busuk mama tu.
MAMA KEHABISAN KATA-KATA
Ya Allah adik….mama kehabisan kata-kata. Satu persatu sebenarnya tanda adik nak tinggalkan mama Allah dah tunjuk tapi mama tak sedar.
TIDAK MAHU PANDANG KAMERA, SUKA CIUM AYAH
Dalam sebulan terakhir ni adik taknak tengok kamera bila mama nak snap gambar. Semua gambar adik, adik berpaling muka. Dua minggu sebelum adik pergi, adik taknak kiss mama. Adik nak kiss ayah saja sampai mama jeles. Hihi…dan dlm masa yg sama mama dah perasan adik tidur dlm keadaan tangan tgh qiam. Allahuakhbar….tp masa tu mama tak fikir apa pn.
DUA HARI SEBELUM SUKA CIUM MAMA, ADIK CERIA
Dua hari sebelum adik pergi…adik asik nak kiss2 mama siap main lidah. Adik mcm seronok sangat masa tu. Adik suka tarik muka mama kalau adik nak kiss mama. Muka nampak ceria.
GIGIT TANGAN MAMA KEMUDIAN SENYUM
Selain adik suka curi-curi tarik tangan mama pastu gigit jari mama pastu adik senyum. Sakit tau adik gigit tu sebab gigi adik dah ada 11 batang…
BANYAKNYA MEMORI KITA BERSAMA, MAMA & AYAH AKAN SENTIASA MERINDUIMU SAYANG
Adik..byknya memori sweet adik tinggalkan buat mama dan ayah. Mama dan ayah sentiasa merindui adik setiap masa. Tak pernah tak rindu.
Sumber: Aminur Fathi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI