
Rezeki di petang Ramadan, pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sambut kehadiran anak kedua. Kini Yusuf rasminya menjadi abang long!
Tiada apa yang menggembirakan bagi seorang ayah untuk menyambt kelahiran anak. Hairul menerusi Instagram berkongsi berita gembira.
Menurut Hairul, Hanis selamat bersalin pada jam 5.59 petang tadi. Turut dikongsikan gambar si kecil ahli baru keluarganya yang dinamakan Alisa Aisyah Binti Hairul Azreen.
Pelakon Paskal ini turut mengucapkan penghargaan buat Hanis sempena kelahiran anak kedua mereka.
Assalamualaikum saya dengan penuh rasa kesyukuran ingin berkongsi berita gembira, isteri saya Hanis selamat melahirkan cahaya mata perempuan kami, Alisa Aisyah Binti Hairul Azreen
Petang tadi 5.59pm ,
Dua-dua anak Daddy lahir hari Jumaat,
Thank you Mommy @haniszalikha
Thank you sayang
Thank you my bam bam
Menariknya, si kecil Alisa Aisyah juga sudah pun memiliki akaun Instagram sendiri.
Ruang komen posting Hairul dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada rakan artis dan peminat. Masing-masing mengucapkan kesyukuran, memuji kecomelan Alisa Aisyah. Tidak kurang juga yang mengatakan Alisa Aisyah sangat seiras dengan abangnya, Yusuf Iskandar.
Sumber: hairulazreen
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tolong Doakan Pembedahan Anggun Berjaya. Lahir Tanpa Pundi Kencing & Kemaluan Tak Normal

Tanyalah mana-mana ibu pun, pasti mengharapkan anak yang dilahirkan sihat sempurna hendaknya. Namun jika dah ketentuan dari Allah, nak tak nak tetap kena reda dan menerimanya dengan hati terbuka.
Percayalah ibu yang melalui ujian seperti ini, Allah dah janjikan ganjaran pahala atas kesabarannya membesarkan amanah tersebut.
Bagi seorang ibu, Liyana Jasni, kisah yang dikongsikan mengenai anak perempuannya yang diberi nama Anggun Inara berusia 1 tahun 5 bulan cukup meruntun hati. Tak sangka di sebalik kecomelan anak kecil ini sebenarnya tersembunyi kesakitan yang ditanggungnya.
Walaupun secara luaran nampak sihat sempurna, doktor mengesahkan Anggun Inara anak yang sangat istimewa kerana sejak dilahirkan tidak mempunyai pundi kencing, rahim dan kemaluan tak normal. Lebih menyedihkan apabila buat pinggangnya juga bermasalah tidak seperti bayi lain.
“Doakan pembedahan anak saya berjaya”
Bismillahirrahmanirrahim. Taktau nak mula macam mana sebab saya bukanlah penulis yang baik tapi saya nak anda semua tahu tujuan utama saya menulis ni bukan untuk meraih simpati. Saya nak mintak tolong semua orang doakan urusan pembedahan anak saya 23.08.2020 dipermudahkan. Since dia lahir dulu terlalu ramai doakan yang baik-baik untuk dia walaupon tak tau dia sakit apa. Terlalu ramai yang bagi dia hadiah/duit walaupon mummy tak pernah mintak. Thank you so much.
Anggun Inara binti Ahmad Ridzuan. Anak yang sangat special yang terpilih untuk segala dugaan ini. Dia nampak normal secara luaran kerana ketidaksempurnaan dia terselindung. “Masalah anggun ni sangat complex. Saya tak pernah jumpa case macam ni” ayat yang sama kami akan dengar dari mana2 doktor baik dari HO / MO / Specialist. Anggun dilahirkan dengan kemaluan yang tidak normal. Bahagian depan dia kosong/plain/takde apa apa bukan seperti kanak-kanak perempuan yang lain. Senang cerita macam doll tu laa kan kosong je kan? Hehe. Habis macam mana anggun kencing?

32 jam lahir terus jalani pembedahan
Anggun ada 1 lubang kat belakang yang Allah SWT jadikan lubang kencing dia. Ada juga 1 lagi lubang dipanggil sacral dimple iaitu lubang pada tulang belakang. Lubang najis? Tak ada. Selepas 32 jam anggun dilahirkan, dia menjalani 1 operation untuk buat colostomy ataupon stoma. Usus dia dikeluarkan di tepi perot untuk bagi dia berak. Kesian anak mummy masa tu dah keras perot dia sebab tu doc cepatkan operation. Anggun dah jalani macam2 procedure untuk tengok organ dalaman dia. Fluroscopy, DTPA, CT SCAN, MRI. Tapi doc cakap tak dapat gambaran yang betul-betul jelas tentang organ dalaman anggun. Tapi yang pastinya buah pinggang anggun memang tak normal.
Fungsi buah pinggang semakin terjejas
Waktu dilahirkan memang 1 buah pinggang bengkak dan 1 lagi tak berada di “lokasi” yang sepatutnya. Fungsi? Tidak normal. Doctor cakap mungkin anggun juga takde pundi kencing/ rahim dan vagina. Hanya Allah yang tahu perasaan mummy daddy waktu tau ni semua tapi siapalah kami untuk mempersoalkan kejadianNYA. Kuat kuat kuat dan teros kuat. Tapi apa apa pon akan dapat tahu pada operation dia nanti. Jadi operation ni untuk apa? Disebabkan anggun hanya ada 1 saluran laluan yang berkongsi untuk kencing dan berak, doctor akan cuba pisahkan. Lubang kat belakang tu akan cuba dipindahkan dan akan buat 1 lubang najis. Semua ni bukan untuk kesempurnaan di mata kami. Tapi demi kesihatan anggun.
Masalah Anggun sangat complicated
Disebabkan berkongsi saluran tu la anggun dah 8 kali kena UTI & Urosepsis (jangkitan kuman pada kencing). Jadi operation ni adalah usaha supaya anggun dah tak kena jangkitan kuman lagi. Bila kena jangkitan kuman, fungsi buah pinggang anggun akan semakin terjejas. Latest bacaan urea adalah 10.6 dan creatinine 103. Sangat tinggi untuk baby 1 tahun 5 bulan. Ini lah sedikit cerita tentang anggun. Mummy nak cerita panjang sangat takut org bosan dah. Terlalu complicated masalah anggun. Sampaikan doc cakap the whole day 23/08/2020 tu nanti memang booking untuk operation anggun je.
Mummy dah tak senang duduk fikir berapa lama la anggun kena operate nanti. Tapi mummy tau anak mummy sangat kuat. Dah macam2 adik go through sepanjang 1y5m ni dan mummy daddy janji akan teros kuat demi adik. Semoga dengan perkongsian ni mummy dapat minta tolong dari semua orang untuk doakan semua urusan adik start dari sebelum – semasa – selepas operation dipermudahkan.
Semoga berjalan lancar dan adik cepat-cepat kuat untuk recover selepas operation. Terima kasih yang sudi membaca dan mendoakan Anggun Inara. Semoga Allah kurniakan rezeki dan pahala yang melimpah ruah untuk anda semua.
Sumber : Liyana Jasni
**Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pakar Kongsi Kesan Pengambilan Paracetamol Bagi Ibu Menyusu Yang Wajib Anda Tahu!

Paracetamol adalah ubat yang dapat menurunkan suhu badan ketika demam dengan selamat. Ia boleh diambil oleh kanak-kanak, orang dewasa, ibu yang hamil dan ibu yang menyusukan anak, mengikut dos yang diberikan.
BOLEHKAH SAYA MENGAMBIL PARACETAMOL SEMASA MENYUSUKAN ANAK?
“Adakah ibu demam yang menyusu anak mengambil paracetamol untuk redakan demam? Berapa biji yang selamat diambil ya doktor. Mohon pencerahan doktor sebab penerangan sebelum ini tidak cukup meyakinkan?”
Nasihat saya adalah ambil paracetamol bila perlu, mengikut dos yang ditetapkan dan untuk jangka masa yang pendek saja. Dos yang biasa diberikan untuk orang dewasa sama ada hamil, menyusukan anak atau tidak ialah satu atau dua biji tablet 500mg, setiap 4-6 jam.
Dos maksima yang dibenarkan untuk orang dewasa adalah 8 biji tablet 500mg (jadi jumlah dos 6 g) dalam 24 jam. Dos yang berlebihan memberikan kesan buruk pada hati dan ginjal.
Walau bagaimana pun sedikit dos yang diambil oleh ibu yang menyusukan anak akan masuk ke dalam air susu ibu, tetapi masih dalam kuantiti yang selamat.
https://www.youtube.com/watch?v=nw3YIBv0qgk&t=142s
Walau bagaimana pun, saya menasihatkan agar lebih berhati jika:
1. bayi lahir secara pramatang
2. bayi lahir tidak cukup berat (kurang 2.5kg)
3. bayi lahir dengan masalah kesihatan yang serius
4. Mengambil paracetamol bersama ubat lain kerana gabungan ubat-ubatan ini masuk ke dalam susu ibu dan memberikan kesan pada bayi yang menyusu.
Boleh rujuk pada doctor atau farmasis bagi mengetahui dos yang lebih tepat, jika ada masalah kesihatan yang menghalang pengambilan ubat.
Sumber: Facebook Dr Zubaidi Hj Ahmad
Camping | Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara (Promo Ep.11) 9 Ogos
Sekali sekala bawa anak pergi camping, dedahkan mereka dengan dunia kehijauan pun menarik juga kan? Bukan je boleh jadikan mereka aktif, macam-macam skill juga mereka boleh pelajari!
Saksikan topik “Camping” dalam Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, Rabu ini, 9 Ogos, jam 9 malam di Astro Ria saluran 104.
#PaMaJourneyBersamaSchAwaLara
#AstroRia
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bahu Tersangkut Masa Bersalin Boleh Buat Bayi Cedera & Otak Kurang Oksigen. 7 Keadaaan Ini Berisiko!

Bahu bayi tersangkut ketika kelahiran (shoulder dystocia) adalah antara masalah kecemasan yang boleh berlaku ketika proses kelahiran. Bayi patah tulang bahu, cedera saraf dan kurang oksigen antara risikonya.
Menurut Dr Sharina Mohd Razali, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Columbia Asia Bukit Rimau, bahu bayi tersangkut ketika kelahiran ia adalah keadaan di mana kepala bayi yang telah lahir tetapi bahunya tersangkut pada tulang pubis ibu.
Sekiranya berlaku, doktor perlu melakukan langkah kecemasan tambahan (additional manouvres) untuk membantu melepaskan bahu bayi yang tersangkut pada tulang pubis tersebut.
RISIKO BAHU TERSANGKUT KEPADA BAYI
Kebanyakan masa bahu bayi boleh dilepaskan tanpa sebarang masalah tetapi dalam beberapa kes bahu tersangkut ini kadangkala boleh menyebabkan masalah kepada bayi seperti;
- Patah tulang bahu.
- Kecederaan pada saraf.
- Kekurangan oksigen (birth asphyxia).
Masalah ini boleh berlaku dalam 1 dalam 150 kelahiran (0.7%) dan lebih kerap berlaku pada ibu-ibu yang menghidap penyakit kencing manis semasa mengandung. Hakikatnya ia sangat sukar diramal.
7 KEADAAN MENINGKATKAN TERJADINYA BAHU BAYI TERSANGKUT SEMASA PROSES KELAHIRAN
Oleh sebab ia sukar diramal ketika hamil, ibu-ibu yang perlu memahami siapa yang berisiko tinggi untuk mengalami bahu bayi tersendat ketika kelahiran. Dengan ini perlu mengambil langkah awal serta persediaan mental dan fizikal.
- Sejarah bahu bayi tersendat ketika kelahiran sebelumnya.
- Ibu yang menghidap kencing manis.
- Bayi yang besar dan ibu menghidap kencing manis.
- Indeks jisim tubuh (BMI) ibu lebih dari 30.
- Kelahiran secara paksa (indius).
- Proses bersalin yang sangat lama.
- Kelahiran menggunakan ventouse atau forseps.
DALAM KECEMASAN, LANGKAH-LANGKAH INI AKAN DILAKUKAN
Bagi kes kecemasan di mana ia terjadi tanpa jangkaan atau dikenali sebagai obstetric emergency, pakar sakit puan dan bidan yang bertugas akan memberikan rawatan segera. Sekiranya berlaku bahu bayi tersendat semasa proses kelahiran, red alert akan dimulakan untuk mendapat bantuan dari pasukan perubatan.
Ibu akan diminta berhenti meneran untuk mengelakkan kecederaan lebih teruk pada bayi.
#1. Doktor akan menyuruh ibu membengkokkan paha dan lutut ke arah perut ibu bagi menambah ruang vagina supaya bahu bayi boleh dilepaskan dari tulang pubis ibu. Ini dipanggil Mc Roberts manouvre.
#2. Sekiranya manouvre pertama gagal, langkah seterusnya ialah doktor pakar akan menekan pada bahagian abdomen ibu iaitu pada atas tulang pubis bertujuan untuk menolak dan melepaskan bahu bayi yang tersangkut.
#3. Andai manouvre kedua gagal, doktor akan memasukkan tangan dalam vagina dan cuba menolak bahu bayi dan cuba melepaskan bahu bayi yang tersangkut. Guntingan episiotomi akan dilakukan sekiranya belum dibuat untuk memudahkan manouvre tersebut diatas.
#4. Akhir sekali sekiranya semua gagal ibu mungkin akan disuruh menelangkupkan badan (on all four hands and legs) kerana ini juga boleh membantu melepaskan bahu bayi.
IBU KENCING MANIS PASTIKAN GULA TERKAWAL
Masalah bahu bayi tersangkut ini sukar dielakkan kerana sukar diramal. Cara yang boleh dilakukan untuk mengelakkannya ialah dengan adalah ambil langkah berjaga-jaga jika ibu mempunyai risiko terutamanya ibu yang menghidap kencing manis. Bersalin secara induksi boleh mengelakkan masalah ini.
Elakkan sama sekali kehamilan yang terlebih tempoh bagi ibu yang mempunyai kencing manis. Doktor selalunya akan mencadangkan bersalin melalui pembedahan caesarean jika berat bayi melebihi berat normal iaitu 4kg. Walau bagaimana pun risiko bahu tersangkut masih boleh berlaku pada bayi yang mempunyai berat kurang dari 4kg lebih-lebih lagi jika ibu menghidap diabetes.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI