Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut manakala kakaknya berusia enam tahun cedera parah selepas terjatuh dari tingkat empat, kuarters guru di sebuah sekolah berasrama di Jalan Sungai Pusu, Gombak, semalam.
Kejadian disedari oleh ibu mangsa sekitar jam 5.30 petang selepas melihat dua anaknya itu terbaring di kawasan lapang di bawah rumah.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata ibu mangsa kemudian dengan dibantu jiran segera membawa anaknya ke Hospital Selayang.
“Sekitar jam 6.02 petang semasa wanita terbabit berada di zon merah, doktor mengesahkan anaknya berusia tiga tahun meninggal dunia manakala kakaknya patah tangan dan kaki.
“Siasatan awal mendapati wanita terbabit meninggalkan anaknya bersama suami ketika dia pergi bekerja,” katanya dalam satu kenyataan.
Arifai berkata, semasa kejadian kedua-dua mangsa berada bersama bapa mereka di rumah sebelum bapa dilaporkan keluar sebentar.
“Suaminya memberitahu keluar sebentar meninggalkan anak mereka di dalam rumah.
“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kuasa Doa Penentu Sikap Anak Kita. Sebab Tu Kena Cakap Elok-Elok Dan Fikir Yang Baik-Baik
Kita biasa mendengar tentang doa. Yang paling biasa dilakukan ialah selepas solat atau tatkla melalui saat-saat yang sukar. Namun begitu, Kuasa Doa juga boleh dilahirkan melalui 4 saluran: hati, pemikiran, perkataan dan perbuatan. Oleh itu, kita sebagai ibu bapa perlu sentiasa berhati-hati dengan 4 perkara ini agar kita sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak kita.
Doa Melalui Hati
Ini adalah niat kita dalam melakukan sesuatu. Contohnya, jika niat kita ikhlas untuk melakukan sesuatu kerana Allah dan demi kasih-sayang kepada keluarga, InsyaAllah Tuhan akan memakbulkan doa tersebut dengan menjadikan tugas kita ringan, malah menyeronokkan.
Contohnya, apabila kita memasak, kita rasa seronok dan puas melihat keluarga ceria makan bersama, kerana kasih-sayang banyak disalurkan melalui makanan. Begitu juga apabila kita menunjuk-ajar sesuatu kepada anak, kita akan melakukannya dengan sabar dan penuh belas kasihan.
Doa Melalui Pemikiran
Ini bermaksud kita hendaklah sentiasa berfikiran positif dan optimistik, bukannya negatif dan pessimistik Jika kita sentiasa berfikiran buruk tentang anak kita, maka buruklah jadinya. Sebaliknya, jika kita yakin dan percaya akan kebolehan mereka, InsyaAllah Tuhan akan memakbulkan doa kita dengan mengurniakan anak yang pandai, bertanggungjawab dan berdikari.
Doa Melalui Perkataan Yang Indah
Perkataan ibu bapa adalah doa. Oleh itu, jauhilah dari bercakap dengan bahasa yang biadap, kasar dan menjatuhkan maruah mereka. Sebaliknya, gunakanlah perkataan yang baik seperti “Bertuahnya anak ibu!” walaupun tatkala sedang marah.
Jauhi dari melabel mereka dengan perkataan negatif kerana takut nanti ianya akan cepat dimakbulkan Tuhan.
Doa Melalui Perbuatan
Rajinlah membantu orang lain kerana ia seolah-olah kita berdoa “Aku dah cukup bahagia sehingga aku mampu membantu orang lain pula.” Begitu juga apabila kita bersedekah, ianya seolah doa “Aku kaya!”.
Allah akan pasti memakbulkannya dengan memberikan kita lebih kebahagiaan dan kekayaan. Wallaahua’lam.
(Gambar Internet)
Sumber: Zaid Mohamad (www.SmartParents.com.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Serius Comel Sangat” Betty Buat Video Masak Guna Suara Ardy Wira, Ramai Yang Geram!
Si comel Ardy Wira sememangnya dikenali cukup petah berkata-kata. Ada sahaja aksi comel dan kepetahannya bercakap melalui video yang dikongsikan ibunya.
Terbaru, suara comel Ardy Wira yang membuat voice over untuk video masakan ibunya buat ramai yang naik geram dan terhibur.
Mana tidaknya, dengan lenggok bahasanya yang comel tetapi sempat berseloroh mengusik ibunya buat ramai suka.
Melalui video yang dikongsikan Betty, ibu kepada Ardy Wira itu tampil menyediakan langkah demi langkah memasak Ikan Bakar Terubuk dan Masak Lemak Udang.
Tanpa kekok, Wira mengulas setiap langkah yang dilakukan Betty.
“Hai korang masak apa hari ini. Mummy nak buat ikan terubuk bakar. Kita nak guna sambal malas.
“Eh bukan malas, gila-gila,” katanya melalui video yang dikongsikan Betty.
Bahkan Wira turut mengomel mengatakan ikan bakar ibunya hangus dan kehitaman. Memang comel.
“Tu dah siap ikan tu tapi hitam tu apa pulak,” katanya.
Malah Wira juga sempat membuat pesanan kepada ibunya agar tidak makan menggunakan sarung tangan, bimbang dikecam pengikutnya di Instagram.
“Mummy jangan pakai glove, nanti kena kecam..hahaha,” kata Wira lagi.
Nak dengar kecomelan Wira mengomel, jom tonton video ini. Memang cute!
Rata-rata pengikut anak kecil ini cukup sukakan gaya lucu Wira. Dalam pada itu tidak kurang juga yang begitu tertarik dengan menu yang disediakan Betty ketika berada di tepi pantai. Serius sedap!
Menarik: “Makan Bulan Nak Jadi Best Friend Balik” Sebaknya Tengok Anak Awal Ashaari Lepas Rindu!
Cara mudah nak latih anak suka solat, jom sertai Kem Solat 2023. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-mega-bintang-kecil-2023/ untuk daftar
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Pa&Ma
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Berpeluh Tu Confirm”, Tak Guna Stroller, Isteri Hafizul Kamal Kongsi Tip Travel Sendiri Dengan Anak!
Setiap kali keluar rumah dengan anak, masa dihabiskan untuk mempersiapkan keperluan anak kecil kita. Persiapan jadi lebih panjang bila mana hendak travel jauh. Lagi-lagi sendirian tanpa dibantu suami.
Apa ibu nak buat jika travel sendirian tanpa suami? Isteri pelakon, Hafizul Kamal, Nurul Fariza Ibrahim atau lebih mesra dipanggil Mieja Ibrahim berkongsi tip bawa anak naik kapal terbang tanpa ditemani suami. Memang berpeluh tapi tip ini memang menyenangkan ibu.
Cara pilih flight
Travel alone with kids. Berpeluh peluh itu confirm!
Untuk post ni, i nak share how to travel with kids (umur anak i 2 & 4 tahun) by flight. Flight i ni 1 jam 5 minit je.
First thing first adalah pilih departure time. Sebolehnya book waktu diaorang berjaga (bukan waktu tidur). Tapi kalau dah takda sangat, tawakkal jelah. On that day, fikir lain.
Second, ni optional tapi i rasa perlu sangat. Pilih seat paling depan. Sebabkan i kerap fly dengan AirAsia je, i pilih seat after Hot Seat tu murah sikit haha tapi still di row depan. Why? Sebab senang nak masuk & senang (cepat) boleh keluar).
Third, i pilih Xpress baggage. Yang ni kena bayar RM7. Once dah gerak keluar dan nak ambik bag, waiting time pun boleh reduce sebab bag keluar awal dari orang lain. Ni sangat berguna untuk flight landing kat KLIA2. Untuk small airport mungkin macam tak rasa lama sangat menunggu.
Fourth, luggage semua check in. Hand carry tu either bag galas/bag untuk letak extra diapers, baju, susu botol, makanan, toys anak-anak. Untuk bag i pulak, i senang bergerak dengan sling bag,” kongsinya.
Hiburkan anak kena tepat
Selesai cara memilih flight dan baggage, ini pula tip yang dikongsikan Mieja ketika berada di atas kapal terbang. Nak hiburkan hati anak kena tepat dan paling penting katanya, perkara paling sangat-sangat dielakkan adalah anak menangis. Ini yang dikongsikan oleh beliau.
“So settle berkenaan dengan flight semua. Ni pulak part what to prepare untuk entertain anak sepanjang dalam flight. Kena bajet masa betul-betul setiap apa yang kita prepare tu diaorang boleh bertahan berapa lama. I paling nak avoid my kids menangis dalam flight. I jadi serabut & i tak nak menyerabutkan orang lain jugak.
1. Stickers (beli sticker murah kat Mr.DIY je)
2. Surprise egg (yang ni kat Eco pun ada jual)
3. Toys yang diaorang suka main kat rumah (yang kecik je)
4. Crayon/pencil color with drawing paper/A4 paper
5. Untuk anak yang dah besar sikit macam anak i umur 4 tahun tu, i bawak activity book.
6. Lollipop (i pantang bagi anak makan lollipop tapi untuk waktu terdesak, sangat berguna, my kids can stay silent with lollipop for 20 mins yall)
7. Gummies (yang ni i beli yang Haribo less sweet so tak rasa bersalah sangat)
8. Bring fruits (yang dah siap potong & cuci)
9. Any biscuits senang nak makan
10. Susu/air kotak for kids to drink
11. Air putih in case telinga diaorang pressure kat atas tu so bagi minum air bebanyak
12. Small plastic to buang semua sampah
Malah kata Mieja lagi, berbanding orang lain, dia lebih selesa tanpa menggunakan stroller malah senang membiarkan anak berjalan sendiri atau digendong. Lebih mudah!
“I tak bawak stroller sebab leceh nak handle sorang-sorang. In case rasa jauh sangat nak berjalan, boleh request untuk buggy tolong hantar kat gate (tu pun kalau ada lah). So that’s all from me! Moga membantu & safe flight everyone gituhhh,” tulisnya berkongsi.
Apapun yang paling penting pastikan anak selesa malah kita pun selesa sepanjang perjalanan dengan anak. Itu yang terbaik.
Menarik: Thank You Ibu, Ucapan Hari Lahir Paling Bermakna Buat, Dato’Siti Pilih Tema Patung Barbie
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
Mesti korang teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000. Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI