Dua beradik maut rempuh tong roro, “Saya tak kuat, 10 bulan lalu ‘hilang’ suami, kini ‘hilang’ dua anak.” Norizan Ujak, 40 sedih apabila dua orang anaknya maut dalam kemalangan di Jalan Lebuh SPA dekat Stadium Hang Jebat, Krubong di sini, pada petang Isnin.
Dua Beradik Maut Rempuh Tong Roro, “Saya Tak Kuat, 10 Bulan Lalu ‘Hilang’ Suami, Kini ‘Hilang’ Dua Anak”
Dalam kejadian jam 6.15 petang itu, anak sulung dan anak bongsunya, Muhammad Amirul Hazlin, 18, dan Nur Afiqa Sofea Hazlin, 5, meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Melaka.
NORIZAN YANG MELIHAT SENDIRI NAHAS MEMBABITKAN ANAKNYA DI DEPAN MATA BERKATA, DIA HANYA MAMPU MENJERIT ‘YA ALLAH ANAK AKU’ APABILA MELIHAT MOTOSIKAL YANG DITUNGGANGI ANAKNYA MEREMPUH TONG SAMPAH PUKAL RORO BERWARNA BIRU MENYEBABKAN MEREKA TERPELANTING.
Menurutnya, ketika kejadian dia mengekorinya mangsa dengan motosikal lain dari arah belakang sebelum dua beradik itu merempuh tong sampah tersebut.
“Kami dalam perjalanan nak ke Tanah Perkuburan Islam Bertam Ulu untuk menziarah kubur arwah suami yang meninggal dunia akibat komplikasi sakit termasuk kencing manis.
“KAMI RANCANG LEPAS ZIARAH NAK MAKAN BERSAMA SELEPAS ITU, NAMUN TAK SANGKA BERAKHIR DENGAN TRAGEDI,” KATANYA KETIKA DITEMUI PEMBERITA DI HOSPITAL MELAKA, DI SINI, PADA MALAM ISNIN.
Ibu anak tiga itu berkata, lebih menyedihkan dia nampak depan mata tong roro yang diletakkan betul-betul atas bahu jalan lorong kecemasan menyebabkan anak tidak sempat mengelak kerana terdapat lori di lorong kanan.
Katanya, lebih dikesalkan tong sampah pukal yang diletakkan di bahu jalan untuk membuang sisa pokok ditebang didakwa tidak diletakkan ciri-ciri keselamatan termasuk kon diletakkan terlalu hampir dengan tong terbabit.
“Malah ketika kejadian tak ada seorang pun pekerja kontraktor yang mengawal lalu lintas memastikan keselamatan pengguna jalan raya.
“Harap pihak berkuasa supaya ambil tindakan tegas kerana kecuaian ini telah menyebabkan saya hilang dua anak sekali gus. Jangan ada orang lain lagi yang menjadi mangsa,” katanya lagi.
Tambahnya, bukan sahaja kehilangan dua orang anak seretak malah hilang punca pendapatan keluarga kerana sejak pemergian arwah suami November lalu, arwah anak sulung yang menanggung keluarga dengan bekerja sambilan sebagai tukang cuci kereta.
Terdahulu Sinar Harian melaporkan perjalanan dua beradik untuk menziarahi pusara bapa mereka, tidak kesampaian selepas terbabit dalam kemalangan.
Kejadian yang berlaku mengakibatkan mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 7.40 malam dan 12.30 pagi Selasa ketika dirawat di Zon Merah Hospital Melaka.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, setiba di lokasi kejadian, mangsa yang merupakan penunggang motosikal terbabit dipercayai tidak perasan sebuah tong sampah roro berada di bahu jalan sebelum merempuhnya.
Setiap orang ada ujian masing-masing, jika terasa hidup ini sukar, percayalah ada orang yang lebih susah dari kita. Sesetengah orang mungkin tiada tempat berlindung mahupun makanan untuk dijamah.
Demi kelangsungan hidup mungkin ada orang yang terpaksa mengemis hanya untuk mendapatkan sesuatu untuk dimakan. Hakikat ini turu terjadi di negara kita dan seorang bapa melalui akaun Tiktok @hermanrawi berkongsi video yang sempat dirakam.
Di dalam video tersebut, Herman sedang berada dalam kereta bersama dua orang anaknya, Hana dan Mateen. Ketika itu kereta tidak bergerak mungkin kerana kesesakan lalu lintas.
Herman terlihat seorang galandangan sedang mengemis dari satu kenderaan ke kenderaan yang ada di situ. Semasa gelandangan tersebut menghampiri keretanya, Herman menghulurkan sebiji epal yang mahu dia makan kemudian.
Yang meruntun hatinya adalah apabila melihat reaksi gelandangan tersebut yang sangat teruja mendapat epal tersebut.
Dalam video itu, Herman terus memerhatikan gerak geri gelandangan itu menerusi cermin sisi. Ketika itulah anaknya bertanya mengapa orang tersebut lapar.
Menahan air mata, Herman menjawab mungkin kerana sudah lama dia tidak makan. Tambahnya lagi, dia sayu melihat bagaimana gelandangan tersebut sangat menghargai sebiji epal.
“I’m glad that I gave him the apple that we have.”
Ketika makan buah itu, jelas kelihatan keterujaannya dan betapa dia menghargai pemberian itu. Sikap yang ditunjukkan oleh Herman wajar diberi pujian. Tanpa berfikir dua kali, Herman berkongsi rezekinya dengan orang lain.
Apa lagi ia dilakukan di hadapan anak-anaknya, pasti menjadi teladan yang baik. Ingatlah, sebesar mana ujian kita bersyukur dan sentiasa hargai apa yang kita ada.
Untuk ibu ayah yang bekerja, salah satu kegusaran apabila terpaksa meninggalkan anak sama ada di taska mahupun rumah pengasuh. Bukan mudah kita buat keputusan untuk membiarkan orang lain menjaga anak kita kan? Apatah lagi dengan macam-macam kes yang ada sekarang, buat kita rasa susah hati.
Namun, bukanlah semua pengasuh sambil lewa dalam soal penjagaan anak. Dengan rasa tanggung jawab serta keikhlasan menjaga anak kita, kadang-kadang mereka lebih rapat dengan pengasuh. Sampai tak nak pula dengan ibu ayah sendiri! Itulah tanda anak kita selesa dan menyayangi pengasuh mereka. Bila dapat pengasuh yang baik macam ni, ia adalah satu REZEKI yang harus kita hargai.
Seperti yang dikongsikan di Tiktok araa_vaniella ni, kelihatan anaknya berada dalam dukungan pengasuh yang dikenali sebagai Patti. Bila melihat si ibu, anaknya terus memalingkan wajahnya ke belakang umpama tak mahu mengikutnya. Comel sungguh dia memanggil Patti sebagai Emak.
Rupa-rupanya ia bukanlah kali pertama perkara ini berlaku. Patti menjaga anaknya dengan baik sehingga bayi perempuan itu tak mahu balik rumah. Menurut ibu ini lagi, anaknya itu kini berumur 7 bulan dan Patti telah menjaganya selama empat bulan. Perkataan pertama anaknya adalah Emak, sedangkan Ibu dan Ayah tidak disebut pun.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Selamat melahirkan cahaya mata ketiganya pada 3 September yang lalu, selepas hampir dua bulan, usahawan dan personaliti media sosial, Intan Saleh tampil berkongsi koleksi gambar buah hati ketiganya.
Menerusi Instagramnya, Intan memuat naik beberapa keping gambar si comel, Muhammad Ayyaz Muqri yang dipotretkan dalam satu sesi fotografi sebagai kenang-kenangan.
Malah Intan juga turut berkongsi detik indah ketika sesi fotografi itu berlangsung di laman Tik Toknya.
Banyak aksi-aksi comel dan menarik yang digayakan Baby Ayyaz ketika sesi itu. Antara gaya menarik yang dipilih Intan dan suaminya, Mohd Aizam Yahya adalah gaya ahli muzik, lengkah berpakaian comel sambil memegang gitar.
Tidak ketinggalan juga gaya Ayyaz yang cukup comel sambil memegang bola kecil dengan tema pasukan bola sepak gah, Manchester United.
Kedua-duanya dipotretnya dengan hasil karya yang cukup indah. Bahkan Intan, suami dan anak-anak juga turut sama merakam detik bahagia mereka dengan tema warna putih bersih.
Rata-rata wargamaya turut memuji wajah comel Ayyaz.
Suami paling ringan tulang
Dalam pada itu, menerusi akaun Tiktoknya, Intan turut meluahkan ucapan perhargaan pada suaminya yang paling banyak membantunya sepanjang berpantang malah cukup ringan tulang menguruskan anak pertama mereka.
Kongsi Intan, dia paling bersyukur kerana suami menerima dirinya seadanya malah amat membantu dalam segala hal.
“Dia bukan sesiapa, aku terima seadanya macam mana dia terima aku dan anak-anak seadanya.
“Seorang yang sangat membantu tanpa disuruh. Dia cakap dia tak banyak duit tapi dengan cara ni harap aku happy.
“Doakan kami bersama sampai bila-bila. Kenangan photoshoot dengan team @newborn.heartshotfocus,” tulis Intan lagi berkongsi.
@intanroxssaleh Dia bukan sesiapa..aku terima seadanya macam mane dia terima aku dan anak2 seadanya..seorg yg sangat membantu..tanpa disuruh…dia ckp dia tak bnyak duit tp dgn cara ni harap aku happy… doakan kami bersama sampai bila2.. 🤲🏻 Kenangan photoshoot dengan team @newborn.heartshotfocus ♬ Kenangan Terindah X Pilihan Yang Terbaik – Reza Zulfikar
Semakin ramai pasangan berkahwin kini cenderung memilih gaya hidup 'childfree', iaitu tidak mahu mempunyai anak. Trend ini dilihat membimbangkan.Walaupun keputusan ini dilihat sebagai hak...