“Dua Bulan Period Tak Berhenti.” Wawa Zainal Ambil Keputusan Buang Implan

Share

Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal membuat keputusan membuang alat mencegah kehamilan, implan yang dipasangnya selepas melahirkan cahaya mata keempat November lalu disebakan kitaran haid tak terkawal.

Menurut laporan mStar Online, Wawa berkata, dia mengambil keputusan bagi membuang alat tersebut kerana menyukarkan dirinya untuk beribadah apatah lagi Ramadan bakal menjelang tidak lama lagi.

“Saya pasang implan memang sebagai perancang untuk jarakkan tempoh kehamilan.

“Bagaimanapun disebabkan kitaran haid yang tidak terkawal saya rasa lebih baik buang sahaja. Sudah dua bulan period saya tak berhenti.

“Tambahan pula kita nak menyambut Ramadan tidak lama lagi, jadi kalau terus pasang alat ini, saya tidak tahu sama ada dalam keadaan suci atau tidak untuk berpuasa.

“Kalau ikut nasihat doktor, perlu tunggu selama tiga bulan, tetapi saya dah tak tahan. Jadi buka sahaja alat tersebut,” kata pelakon berusia 31 tahun itu.

Pilih rancang sendiri

Selain itu, Wawa memaklumkan akan melakukan perancangan keluarga sendiri selain tidak menolak sekiranya dikurniakan rezeki anak kelima dalam masa terdekat.

“Jadi sekarang ini kami buat perancangan sendiri sahaja untuk jarakkan usia kandungan. Tetapi jika diberi rezeki anak dalam masa terdekat, saya tidak menolak,” kongsinya.

Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin berkahwin dengan pelakon Aeril Zafrel pada 2013 dan dikurniakan Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, Ayya Soffya, 2 dan JIbril Ibtisam yang berusia tiga bulan.

Kredit: mStar Online, Instagram Wawa Zainal & Aeril Zafrel

Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangis pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

 

Published by
Wan Amy