Pelakon, Puteri Sarah yang sedang hamil tujuh bulan mengakui tidak sabar menunggu detik kelahiran anak keduanya tidak lama lagi.
Isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof itu mengakui rasa berdebar tetap ada kerana dalam tempoh dua bulan setengah lagi akan bertambah seorang ahli keluarganya.
Menginjak ke trimester ketiga kehamilan juga, Puteri Sarah dah makin kuat dan bertenaga berbanding di awal kehamilannya sebelum ini yang kerap sakit kepala hingga tahap nak hantuk kepala ke dinding kerana tak tahan sakit.
Ads
Kesakitan itu bukan hanya sesekali datang, ada ketika dirasai sepanjang hari.
Selain itu, Puteri Sarah juga tiada selera menjamah hidangan yang sudah dimasak lama.
Kandungan ‘overdue’ atau kehamilan yang melepasi tarikh jangkaan bersalin memang merisaukan ramai ibu-ibu hamil. Ibarat menunggu buah yang tidak gugur, ibu-ibu akan rasa resah menantikan saat melahirkan.
Sudah tentu ibu-ibu hamil akan tertanya-tanya bila akan bersalin dan bagaimana keadaan bayi dalam kandungan. Mungkin ramai ibu yang tidak menyedarinya, tetapi situasi ini sering berlaku.
Kandungan ‘Overdue’ Patutnya Sudah Bersalin
Tarikh jangkaan bersalin biasanya ditentukan oleh doktor atau jururawat 40 minggu daripada tarikh hari pertama haid ibu yang terakhir. Ada juga keadaan di mana tarikh jangkaan ditentukan berdasarkan ujian imbasan bagi kes ibu yang mempunyai kitaran haid tidak teratur.
Seandainya usia kandungan anda mencecah 41 minggu, anda akan diarahkan untuk ke hospital oleh doktor yang merawat. Ketika ini, doktor akan menyemak semula tarikh haid yang terakhir dan melakukan pemeriksaan kedudukan bayi serta saiznya. Bukaan servik si ibu juga akan diperiksa untuk melihat sama ada sudah bersedia untuk proses bersalin atau tidak.
Bahaya Tak Pada Ibu & Bayi Kalau Lambat
Faktor Yang Menyebabkan Kelahiran Overdue:
Kehamilan yang melepasi tarikh jangkaan bersalin biasanya terjadi kepada ibu yang mempunyai ciri-ciri ini:
1. Tidak pasti tarikh hari pertama datang haid yang terakhir sebelum hamil
Ini sering berlaku, ibu tidak membuat catatan tentang tarikh kedatangan haid dan menyebabkan ketika hamil, doktor tidak dapat memberi tarikh jangkaan bersalin yang tepat kepada mereka.
Oleh itu, ibu yang mahu mengandung disarankan untuk menyimpan rekod kedatangan haid agar doktor mudah untuk merujuk tarikh itu dan meberi tarikh jangkaan yang tepat atau tidak ‘lari’ jauh dari hari bersalin.
2. Kehamilan pertama
Ibu yang mengandungkan anak pertama biasanya tidak arif tentang hari pertama haid yang terakhir sebelum hamil. Ini boleh menjadi sebab kelahiran sedikit lewat dari tarikh jangkaan bersalin.
3. Sejarah Overdue
Jika ibu tersebut pernah melahirkan anak terlewat dari tarikh jangkaan bersalin, tidak mustahil situasi ini akan berulang pada kelahiran yang seterusnya.
4. Ibu Menghidap Obesiti
Buat ibu hamil yang mempunyai masalah berat badan berlebihan, masalah kelahiran overdue boleh berlaku.
6. Bayi Bermasalah
Bayi mempunyai kecacatan secara biologi yang menyebabkan kekurangan hormon kortisol pada bayi yang melambatkan proses bersalin. Mereka juga berisiko untuk mengalami masalah kekurangan oksigen semasa kelahiran (intrapartum hypoxia).
Jika ibu hamil mengalami kandungan overdue, doktor akan menyarankan agar ibu diberi indius. Proses indius dilakukan dengan dua cara berlainan, bergantung kepada keadaan pangkal rahim atau ripening of the cervix. Kaedah indius akan ditentukan sama ada ibu diberi indius yang menggunakan ubat-ubatan mahupun alat-alatan.
Pemilihan ubat ditentukan berdasarkan keadaan semasa pangkal rahim:
1. Prostaglandin
Ia merupakan sejenis hormon yang dimasukkan melalui vagina semasa pangkal rahim masih ketat (bukaan 0sm) dan tebal. Ia bertujuan untuk melembutkan serviks dan memulakan kontraksi.
2. Oxytocin atau pitocin
Ia diberikan dalam bentuk cecair intravena apabila serviks sudah lembut dan ketuban boleh dipecahkan.
Salah satu cara induksi yang lain adalah membrane sweeping yang boleh dibuat jika ibu hamil daripada minggu ke 38 ke atas. Selain daripada membuat ujian imbasan dan memeriksa bukaan, doktor juga akan melakukan prosedur membrane sweep yang bertujuan untuk mencetuskan kelahiran.
Ia selalunya dilakukan semasa pemeriksaan bukaan di mana jari akan dimasukkan pada serviks dan perlahan-lahan ia digerakkan dalam bentuk pusingan bagi memisahkan membran kantung bayi dengan rahim. Membrane sweep jika dilakukan dengan betul akan merembeskan hormon prostaglandin yang mencetuskan kelahiran dalam masa 48 jam.
Berjalan kaki juga boleh mencetuskan kelahiran. Ia menggalakkan proses kelahiran bagi kandungan yang sudah mencapai usia 40 minggu. Ini kerana pergerakan membantu kepala bayi untuk memasuki pelvis.
Adakah overdue berbahaya?
Bagi kehamilan yang melepasi minggu 40, ibu dan bayi berisiko untuk berhadapan berhadapan dengan pelbagai masalah seperti berikut;
1. Air ketuban yang berperanan untuk melindungi bayi semakin kurang isi padunya.
2. Fetal distress di mana bayi menunjukkan reaksi seperti degupan jantung yang perlahan dan kurang pergerakan.
3. Meningkatkan risiko bayi untuk mengalami sindrom ‘aspirasi mekonium’ yang boleh menyebabkan bayi tertelan najis selepas minggu ke 40.
4. Bayi mati dalam kandungan.
5. Ibu berisiko untuk mengalami trauma semasa proses kelahiran kerana kemungkinan bayi perlu dilahirkan menggunakan alat bantu seperti vakum atau forseps kerana saiz bayi yang besar.
6. Intraparum hypoxia di mana bayi mengalami kekurangan oksigen.
7. Risiko bahu bayi tersangkut semasa kelahiran atau shoulder dystocia. Ini disebabkan oleh saiz bayi besar.
Sumber: Majalah Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam rumah tangga, kehadiran anak dianggap pelengkap hidup. Pasti setiap pasangan mengimpikan anak lelaki dan perempuan kan? Tapi jika berderet dapat anak lelaki atau perempuan pun, itu rezeki kurniaan Allah.
Namun pasti terselit dalam hati suami atau isteri nak juga ada anak lelaki dan perempuan dalam keluarga. Selagi isteri masih boleh mengandung, apa salahnya untuk ikhtiar. Selebihnya berserah. Jika dapat alhamdulillah!
Ada macam-macam tip yang dikongsikan untuk dapat anak lelaki dan perempuan. Kali ini pasangan yang teringin untuk dapat bayi perempuan boleh cuba tip dikongsikan oleh Dr Raihana Ismail di TikToknya.
Menerusi perkongsian Dr Raihana, jantina anak ditentukan oleh kromosom yang dibawa oleh sperma. Jadi, sperma yang akan menentukan jantina bayi lelaki atau perempuan.
Sperma yang membawa jantina perempuan sifatnya adalah berenang perlahan dan suka dalam keadaan panas.
Jadi Dr Raihana mencadangkan ketika lepas bersama, si isteri boleh berendam dalam bath tub menggunakan air suam atau mandi menggunakan air suam.
Selain itu, si suami dan isteri perlu makan makanan berasid seperti nanas, pisang, anggur hijau, keju dan sebagainya.
Selain itu, Dr Raihana turut memberitahu, sperma yang membawa jantina perempuan ini bergerak perlahan jadi anda perlu bersama pasangan sehari selepas waktu subur atau ketika waktu subur.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan membantu pasangan yang teringin untuk dapat anak perempuan. Mana tahu dengan izin Allah dimakbulkan.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Salah satu video yang dimuat naik menunjukkan dua alat penguji kehamilan yang mempunyai dua line manakala satu video lagi menunjukkan Norish sedang membuat pemeriksaan doktor untuk mengesahkan usia kehamilannya.
Berdasarkan kapsyen yang ditulis oleh Amy Search menunjukkan dia sangat gembira dengan berita ini dan menganggap rezeki yang tak ternilai dari Allah.
Menurut Amy Search, usia kandungan isterinya dah sebulan. Paling membuatkan dia bersyukur Allah makbulkan doanya selama ini kerana dia memang mengimpikan untuk beroleh cahaya mata lagi. Dan tak sangka di usia 60 tahun rezeki ini diberikan padanya.
Dalam pada itu juga, Amy Search turut mengharapkan doa dari peminatnya semoga kandungan Norish selamat, sihat dan berjalan lancar.
Ramai peminatnya yang mengucapkan tahniah dengan mengingatkannya supaya menjaga isteri dengan baik.
Apa-apapun semoga fasa kehamilan Norish kali ini dipermudahkan selepas kali terakhir dia melahirkan anak lelaki mereka, Qaqa-At Tameemi 9 tahun lalu.
Sumber: Instagram Amy Search
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.