Kulit seorang bayi menjadi kering dan bertukar menjadi keras seperti cengkerang penyu telah menyebabkan dia sukar bernafas, lapor The Mirror.
Bayi tersebut dikatakan lahir pada kemuncak wabak itu pada Jun 2020, namun penderitaan yang bakal dialami oleh bayi itu tidak diketahui oleh ibu bapanya ketika itu.
Tekstur kulit seperti cengkerang
Berdasarkan laporan, bayi tersebut mempunyai keadaan genetik yang jarang berlaku dan menyebabkan kulitnya menjadi keras.
Dikenali sebagai harlequin ichthyosis, kulit tersebut dipercayai tumbuh terlalu cepat akibat pembiakan sel pada kulitnya.
Kulit tersebut akhirnya mengeras kepada tekstur seperti cengkerang dan boleh menebal seperti kulit seekor penyu dengan ketebalan sebanyak 8mm.
Lebih menyedihkan, dia juga kehilangan kelopak mata serta jari tangan dan kaki. Keadaan ini dikatakan hanya dialami dalam jangkaan dua dalam sejuta orang dan Elizabeth dipercayai satu-satunya orang yang mengalami penyakit ini di Slovakia.
Kata ibunya, semasa dia hamil kira-kira 30 minggu, bayinya sudah dimaklumkan lahir dengan kecacatan mental dan fizikal. Walau bagaimanapun, doktor tidak dapat memberikan diagnos sehingga bayi tersebut lahir.
Doktor jangka tak mampu bertahan
Menurut The Mirror, apabila bayi tersebut memasuki usia enam minggu lebih awal, doktor mengatakan bahawa berkemungkinan dia tidak mampu bertahan.
“Dia datang ke dunia ini dengan kerak yang tebal dan keras seperti penyu,” jelas ibunya.
Bayi tersebut dikejarkan ke hospital serta-merta kerana kulit di sekeliling muka dan dadanya bertukar keras dan menyukarkannya untuk bernafas secara normal.
Walaupun doktor menjelaskan bahawa dia tidak mampu bertahan, namun dia masih lagi bernafas selepas 5 minggu dibius dalam rawatan rapi.
Keadaan tersebut telah menyebabkan dia tidak mampu mengawal tubuh badannya kerana tidak boleh berpeluh.
“Pembalutan itu agak menyakitkan dan akan cenderung untuk berdarah kerana kulit pada tapak tangannya terlalu ketat dan memerlukan pembedahan plastik.”
“Saya tahu ada yang kejam dengan memanggil anak-anak mereka dengan nama buruk. Saya tidak tahu bagaimana reaksi saya nanti, berkemungkinan saya akan menangis atau menjerit jika ia berlaku.”
Tambahnya lagi, dia berdoa supaya dia akan bersedia dan berharap untuk kekal kuat disamping anaknya.
Kredit: The Mirror
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangi pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)