Kehadiran Raden Rafael menjadi pelengkap buat pelakon, Mawar Rashid dan suaminya Raf Yaakob untuk menjalani kehidupan bahagia dalam sebuah keluarga yang lengkap.
Mesra dipanggil ‘Anje’ oleh suami, Mawar atau nama penuhnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid sering memuat naik posting berkongsi rasa bahagia dan gembira bersama pengikutnya di laman Instagram.
Sejak habis pantang, Mawar nampaknya dah aktif semula. Mungkin Rafael membawa rezeki pada mommynya dan betullah seperti kata orang tua-tua, anak pembuka rezeki.
Dalam pada itu, Mawar yang dah selesai 60 hari pantang juga turut tampil dengan wajah yang semakin berseri dan gaya seperti anak dara. Tak nampak pun macam ibu yang ada anak kecil.
Syukur Allah Permudahkan Sejak Rafael Lahir Hingga Usia Dua Bulan
Berkongsi keterujaan sebagai seorang ibu, Mawar juga syukur anaknya membesar dengan sihat dan mudah dijaga sejak dari mula-mula lahir hingga sekarang.
“Tiada apa yang mengembirakan mommy melainkan dapat melihat Rafael membesar dengan sihat. Selepas papa, Rafael lah cinta hati mommy.
“Mommy baru tahu perasaan bergelar ibu. Orang kata ada anak kecil penat, tapi semuanya mengajar mommy untuk terus jadi kuat dan buat yang terbaik untuk hero mommy,” jelasnya.
Sumber: IG Mawar Rashid
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI