Bila berkumpul ramai-ramai waktu beraya memang akan ada yang suka tanya soalan cepu cemas.
Soalan-soalan klise seperti “tak de anak lagi?”, “dua je anak”, “kenapa tak ada anak lelaki” dan lain-lain lagi yang berkaitan memang boleh membuatkan orang yang ditanya rasa bengang dan jengkel.
Perkongsian daripada seorang ibu, Puan Nurul Kasmadillawati Zakaria yang melalui sendiri pengalaman ditanya soalan cepu cemas ketika berhari raya sehingga meninggalkan kesan tekanan pada dirinya patut dihadam oleh ‘geng makcik bawang’ yang suka tanya soalan menjengkelkan.
Soalan Berbasa-Basi Paling Sentap
Raya pertama hari tu, acik dapat soalan cepu cemas. Sepupu Encik Hensem. Entah siapa, acik tak kenal. Pernah jumpa sekali dua agaknya. Waktu Encik Hensem sibuk bagi duit raya, acik duduk sorang-sorang, dia datang menyerang.
“Isteri Farid kan?”
Sambil hulur tangan, bersalam.
“Haah” acik senyum. Dalam otak dok memikir, cuba ingat nama dia. Komfom tak kenal.
“Dua je anak? Dua-dua perempuan? Kena TRY lagi ni. Kena dapat lelaki pulak. Sorang pun jadilah”. Tengok Balqis & Aina yang tengah melompat, seronok main. Siap cakap, dia ke tepi. Tinggal acik sendirian.
Nak berbasa-basi sekali pun, ayat tu biarlah manis sikit. TRY? Bila acik tengok anak dia berderet lelaki, paling kecik perempuan, acik faham. Dia ni dulu waktu anaknya semua lelaki, mesti dia rasa tak bahagia. Hati dia tak tenteram selagi tak dapat anak perempuan. Sebab tu dia ingat orang lain sama macam dia. Wajib ada anak lelaki, anak perempuan baru lengkap sebuah keluarga.
Ads
Sentap Sampai Stress Dan Menangis
Masuk kereta, acik mengamuk kat Encik Hensem. Sebab, ni rumah kedua kitaorang pergi. 2 rumah, 2 kali dapat soalan cepu cemas. Memanglah bukan salah dia. Tapi dah yang bertanya tu sedara mara kaum kerabat dia, lagi pun dia je tempat acik boleh lepaskan geram. Maka dia jadi mangsa. Mau tak mengamuk? Acik tak kenal pun perempuan tu siapa, datang terus cakap bab sensitif.
Sampai rumah, masuk bilik, acik minta maaf kat Encik Hensem. Terus menangis. Situ jugak. Macam orang gila acik menangis. Macam disampuk setan. Dia peluk acik kuat-kuat sambil bisik ke telinga:
” Kita bahagia dengan hidup kita sekarang. Berapa ramai yang cemburu dengan kita? Jangan biarkan soalan tak sampai 3 minit tu spoil kebahagiaan kita. Dia tanya soalan macam tu, sakitkan hati awak, dia yang dapat dosa. Kita tak rugi apa “
Teringin Nak Mengandung Lagi Tapi Apakan Daya…
Ads
Tahukah awak? Ada orang, menangis saban malam sebab ditakdirkan dah tak boleh mengandung lagi. Sedangkan hati meronta-ronta nak anak.
Ya. Aciklah orangnya. Hati ni punyalah teringin nak mengandung lagi. Nak rasa anak bergerak dalam perut. Nak mengandungkan zuriat, benih dari kekasih hati. Nak pangku anak yang lahir dari rahim sendiri.
Rindukan pandangan pertama, saat mata bertentang mata buat kali pertama. Rindukan jemari kecil yang bertaut dengan jari acik setiap kali menyusukan. Setengah mati acik teringin nak mengandung & melahirkan seorang lagi anak. Acik suka anak perempuan. Acik nak seorang lagi girl. Acik suka tengok baju anak perempuan.
Hampir Hilang Nyawa
Apakan daya. Rahim acik dah tak mampu nak mengandung lagi. Waktu bersalinkan Aina ada komplikasi. Acik & Aina hampir terkorban. Nasib baik masih dipanjangkan umur. Doktor nasihatkan acik tunggu 6 tahun sebelum mengandung semula. Tapi Encik Hensem dah putuskan, cukuplah 2 orang zuriat kami.
Suami mana tak fobia? Hampir kehilangan isteri & anak darah daging sendiri?
Anak acik cuma 2 orang bukan sebab kitaorang TRY tapi tak berjaya nak mengandung. Bukannya Encik Hensem mati pucuk atau tak cukup power nak mengandungkan acik.
Ads
Bukan juga sebab acik tak subur. Bukan ye. Bukan. Kami takde anak lagi sebab kami pilih untuk tak mengandung lagi.
Kalaulah acik ni boleh mengandung macam perempuan lain yang normal, kot dah berderet anak acik. Kejap lagi awak kata tak pandai nak family planning pulak. Ada je yang tak kena.
Siapa boleh faham perasaan acik tiap kali buka facebook tengok orang ni mengandung, orang tu selamat bersalin? Tumpang gembira. Tapi dalam hati menangis.
Tolonglah fikir panjang sebelum bersembang soal sensitif. Soal anak, jodoh, bentuk tubuh badan. Awak mungkin takde niat jahat. Sekadar nak berbasa-basi. Tapi bagi tuan badan, awak taktau struggle yang dia hadapi setiap hari.
Anak sikit, tak ramai macam awak, ada sebabnya. Mungkin sebab kesihatan. Mungkin sebab kewangan.
Ada orang badannya besar. Bukan sebab pelahap makan tak ingat dunia. Ada orang badan besar sebab ubat-ubatan. Komplikasi kesihatan. Pil kesuburan. Pil hormon.
Yang dah berusia tapi belum berkawin, jangan semudah abc judge kata dia tak kawin sebab terlalu memilih, cerewet nak cari pasangan. Mungkin dia tak kawin sebab ada komitmen nak jaga mak ayah. Mungkin ada pengalaman pahit. Mungkin Allah saja nak bagi dia peluang berjasa kepada orang tua sampai akhir hayat.
Jaga lisan. Jaga adab. Jangan main sembur. Lebih-lebih lagi bila bersembang dengan orang yang awak tak kenal.
Kepada kakak yang bertanya tu, jangan sampai satu hari nanti Allah uji dengan benda yang awak banggakan. Dia ambik semua anak lelaki awak, tinggal anak perempuan je sorang. Waktu tu baru awak tau apa rasanya. Awak nak mengandung lagi semata-mata nak dapatkan anak lelaki?
Dua kanak-kanak melecur selepas terkena cecair dipercayai asid serbuk soda yang berpunca dari letupan saluran paip sinki rumah di sebuah pangsapuri di Seri Kembangan di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, kejadian itu disedari ibu kanak-kanak terbabit ketika berada di kediaman mereka di tingkat satu selepas terdengar letupan di bahagian dapur.
Menurutnya, kejadian itu mengakibatkan anak lelaki dan perempuan masing-masing berusia sembilan dan tujuh tahun cedera sebelum dikejarkan ke Hospital Serdang untuk rawatan awal.
“Kanak-kanak lelaki itu mengalami melecur tahap tiga di dahi, kepala, bahu, badan, lengan dan paha manakala adiknya pula melecur di paha kanan.
“Kedua-dua mangsa itu dilaporkan stabil namun, kanak-kanak lelaki itu masih dalam rawatan di wad kecemasan ICU Kebakaran Hospital Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku selepas pemilik rumah tingkat dua pangsapuri terbabit menggunakan serbuk soda yang dibeli secara dalam talian bernilai RM50 untuk membersihkan saluran paip sinki rumahnya yang tersumbat.
Katanya, siasatan masih dijalankan termasuk merekod keterangan ibu mangsa.
Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957.
Siapapun tak mampu untuk menerima hakikat bila anak yang dihantar ke taska dalam keadaan sihat tetapi lemah tidak bermaya ketika mengambilnya ketika waktu pulang. Namun inilah ketentuan yang terpaksa di lalui pasangan suami isteri ini.
Muhammad Aakif Iskandar Meor Ikhram, bayi berusia empat bulan yang meninggal dunia selepas dihantar ke sebuah taska di Bandar Seri Botani semalam disahkan meninggal dunia akibat masalah paru-paru berair.
Hal ini disahkan sendiri oleh pihak polis. Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superitendan Mazuki Mat berkata, keputusan itu diperolehi selepas bedah siasat selesai sekitar jam 12 30 tengahari semalam.
Muhammad Aakif Iskandar Meor Ikhram sebelum ini menerima rawatan di Jabatan Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, selepas didapati dalam keadaan lemah ketika dalam jagaan sebuah taman asuhan kanak-kanak (TASKA) di Bandar Seri Botani.
“Anak Saya Dalam Keadaan Sihat”
Menurut bapanya, Meor Ikram Addnan, 32, anak bongsunya itu baru sebulan dihantar ke taska berkenaan selepas isterinya, Ismahani Zainal Abidin, 30, selesai berpantang.
“Sebelum hantar anak ke taska Jumaat lalu, anak ketiga saya berada dalam keadaan sihat, namun hidungnya sedikit berair akibat selesema.
Saya menerima panggilan daripada pihak taska sekitar jam 6 petang yang memaklumkan keadaan anak saya dalam keadaan lemah dan tidak bermaya.
Saya sempat bertanyakan pengasuh macam mana anak boleh jadi sampai macam ini, tetapi kami tidak menerima sebarang jawapan,” katanya lagi yang cukup terkilan dengan semua yang terjadi.
Muhammad Aakif Iskandar dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Changkat Larang, Ipoh selepas solat Zuhur semalam.
Pelakon popular, Rita Rudaini telah memuatnaik gambar dan caption di instagram tentang kehidupanya. Dia menjelaskan bahawa dia hanya ingin bersama anak-anak sebagai satu keluarga yang melengkapi antara satu sama lain.
Namun ada antara netizen yang bertindak memberikan pandangan yang telah menarik perhatian Rita untuk menjawab persoalan tersebut. Komen yang berunsur provokasi tersebut dibalas oleh beliau.
Sis cuma nak hidup kami satu family,bahagia,sihat,simple dan saling melengkapi…bg sis,bila anak2 sihat,riang..itu lah kebahagiaan sebenar sis ….biar sederhana asalkan sihat walafiat dan gembira….
kemewahan tak bole beli kebahagiaan dan kasih syg…
Selepas postingnya dimuatnaik pada 9 jam yang lepas, rata-rata netizen telah memenuhi ruangan komen di instagram. Antara komen yang mendapat perhatian ramai apabila netizen ini memberikan komen seperti “Cuma kekurangan kasih sayang ayahnya. kesian anak-anak”
Eh?! Nape nak kesian pulak?? xde kurang kt mana2 pon.. orang otak yg pikir singkat je pikir mcm tu..kasih sayang ibu xpernh kurang sbb tu anak2 xde rasa terkurang kt mana2.. sy pon xde bapak tp elok je mak sy besarkan sy, sy xde kurang kat mana2 pon. Jgn pikir cetek sangat.. pikir positif.. awk pon kalau hidup dengan ibu awak je awak rasa kurang ke? Rasa xhepi ke? xde kurang kat mana2 pon kalau xde ayah.. – Balas Rita
Ramai yang tidak setuju dengan komen yang dilontarkan oleh wanita itu.
Ada mak pun dah cukup bahagia
Tolong la jangan suka kaitkan ape pun dengan bapak budak2 tu
Tambah Rita lagi,
“ada jugak orang yang panas hati tgk saya bole besarkan anak2 sorg diri sampai dorg boleh sekolah, boleh hidup normal hepi mcm kanak2 lain walaupon bezanya bapak xde ek, nape nak panas sgt hati nak ungkit pasal bapak? konon lebih tahu naw lah perasaan ank2 saya drpada sy ibu mereka sendiri?? Ayoooyoo.. patutnya bagi semangat kat saya ibu tunggal or hepi tengok budak2 ni elok je sy bg sek mkn cukup serba serbi..ini sanggup pertikai, sanggup buat ig fake! tak puas hati saya berjaya bela sorang2 tanpa bantuan duit dr sape2??! xpuas hati tngk anak2 sy hepi!??!! hidup sape yg kesian dan xhepi sebenarnya??!!! ANDA ATAU KAMI!?!
Ada yang masih memberikan sokongan kepada rita diberi kesihatan yang baik dan sentiasa gembira.
Betullah, yg penting kebahagiaan anak-anak
Sangat betul kasih sayang x boleh dibeli dengan kekayaan
Kesihatan ni anugerah paling berharga dalam hidup, tapi kadang-kadang kita lupa nak jaga sampai datang rasa tak selesa atau jatuh sakit. Sebenarnya, makanan yang...