Dua kali anak positif COVID-19, instafamous dan juga seorang usawahan, Aisyah Hijanah reda dengan ujian yang melandanya. Beliau mengakui semua yang berlaku atas izin Allah mesti ada sebabnya.
Aisyah berkongsi perkhabaran tersebut di Instagram Story yang menunjukkan keadaan anak sulungnya, Khadeejah mengalami demam teruk diikuti dengan cirit-birit sejak diambil daripada rumah keluarganya.
Menurut Aisyah, Khadeejah ditinggalkan di bawah jagaan keluarganya kerana dia dan suami outstation atas urusan kerja.
“Tak nak bawak travel sebab takut dia berjangkit, letak kat rumah pula dia kena,” demikian luahnya dalam IG Story.
Menurutnya kebanyakan hospital penuh kerana ramai jumlah kanak-kanak yang sakit dan perlu dimasukkan ke dalam wad di hospital. Justeru, ibu muda ini hanya memantau dan menjaga Khadeejah di rumah sahaja.
Selepas memantau suhu badan dan tahap oksigen Khadeejah menggunakan termometer dan oksimeter, Aisyah bersyukur penat lelah & tak tidur malamnya berbaloi kerana demam anaknya semakin menurun dan cirit-birit turut berkurangan tetapi perlu dipantau.
Dalam masa yang sama, Aisyah mengakui otaknya sentiasa ligat berfikir macam-macma benda berkaitan perniagaan dan pelbagai aktiviti yang dirancangnya namun dalam masa yang sama dia diduga sekali lagi apabila anak disahkan positif.
Aisyah juga mengakui keadaan kesihatannya juga kadangkala turun naik kerana perlu menjaga diri sendiri dan ahli keluarga di rumah. Katanya ibu-ibu kebanyakan merasakan dia mampu uruskan semua benda dalam satu masa.
Dia bersyukur kerana masih mampu menjaga anak yang sakit sendiri di rumah dan bersyukur ada gajet yang mampu membantu memantau tahap kesihatan anak dan sentiasa update kepada doktor.
Aisyah berdoa agar Khadeejah segera sembuh dan selepas ini dia bercadang untuk sentiasa membawa anaknya bersama sepanjang masa walaupun untuk travel tetapi hanya lokasi berdekatan sahaja.
Untuk rekod, baby Khadeejah pernah dijangkiti virus COVID-19 pada awal Oktober 2021.
Boleh baca: “Menangis Sebab Teruk Melecet” Rindu Anak Aktif Macam Selalu, Anak Aisyah Hijanah Positif Covid-19
WEBINAR SAYANG ANAK KETAT-KETAT
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Mereka akan membincangkan pelbagai topik berkenaan perkembangan anak, menjadi ibu bapa hebat, tip mendidik anak dan bermacam lagi.
Daftar nama sebagai peserta webinar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Sumber: IG Aisyah Hijanah