Mengajar anak bebas pampers atau potty train bukanlah satu hal yang mudah. Perlukan kesabaran mak ayah untuk mendidik anak sehingga betul-betul yakin dan pandai untuk ke tandas sendiri.
Sebenarnya ia bergantung kepada kesediaan anak itu sendiri. Namun ini yang dikongsikan oleh ibu ini, Alina Adenan yang sukses mendidik anaknya pada usia 3 tahun. Ikuti perkongsiannya.
Harini Alisya genap 3 tahun 2 bulan & mama finally berjaya potty train dia. Kenapa finally? Sebab 2 kali mama give up. And now Mama berjaya potty train anak bertuah sorang ni.
Mari la Alina share few tips yang Alina buat. Mana yang sesuai, cuba. Kalau tak sesuai, abaikan. Haha.
1) Intro kencing & berak.
– Masa guna diaper dulu, bila diaper penuh cakap, banyaknya kencing.
– Kalau time dia 💩, cakap ‘eiii yak dirty’
2) Bagi tengok cerita yang potty train.
– Cocomelon ada part potty train.
– Ulang cerita ni, and relate kan dengan anak.
– Wahh. JJ dah besar, dia tak pakai diaper dah. Alisya pun besar, nanti Alisya pun tak payah pakai diaper.
(Sebut banyak kali anak dah besar, so itu laa yang akan serap dalam otak. Gitu)
3) Potty pants?
*Ada orang prefer ni. Alina tak prefer sebab 2 kali yang gagal tu sebab pakai ni laa. Anak rasa macam dia still pakai diaper. So dia kencing jugak dalam tu. Haha.
– So Alisya masa first tak pakai diaper, Alina pakaikan baju macam dress tu & biar dia tak payah pakai seluar. (Time ni berdua jer kat rumah. So, tak laa malu. Kalau ada ayah Alisya ada, Alina pakaikan dia seluar pendek. Senang nak buka)
4) Set timer.
– Start dengan 15 minit. Each 15 minit ajak pergi toilet. Then, kalau tak, up lagi few minutes. (Tulis laa kat buku/ kertas/reminder dalam phone)
– Then, tengok juga kekerapan anak minum air. Kalau sikit, lajak masa. Kalau banyak, kena remind.
– Bila after 4 days nak ke seminggu (ada budak mungkin makan 2 weeks), dia dah pandai control. Macam kita laa. Kadang sejam atau 2 jam baru dia akan kencing.
5) Keep on tanya.
– Nak kencing tak?. (Alisya sampai bosan. ‘Taknak mama 🤣’
– Tapi sebab dah biasa, so agak-agak laa. Kalau rasa lama sangat, so kita bawak je ke toilet.
– Make sure pintu toilet anak dah pandai buka. Atau biar jer terbuka sikit.
6) Nap time nak pakai tak?
– For me, 3 hari awal pakaikan je diaper. Tapi make sure sebelum tidur, dia dah kencing. Then, bila dia bangun je, terus g toilet, bukak diaper dan biar dia kencing ke toilet.
– Lama-lama dia dah boleh control. Sebab sebenarnya anak tak kencing pun waktu tidur. Bila dia terjaga tu sebenarnya dia kencing. So kena alert laa.
7) Keluar jalan?
– Try jarak yang dekat dulu. Dalam 20 minit journey.
– Make sure Sebelum naik kereta, anak dah kencing, dan sampai je destinasi, cari toilet dulu.
Nak train 💩 senang tak?
– Alisya hari ke 4 baru yakk. Mama punya risau. Haha. Siap beli pisang.
– Fasa untuk 💩 ni susah sikit bagi alina sebab anak takut-takut. So bagi je buah supaya senang nak membuang.
– Alina tak beli pun seat for kids tu. Dulu pernah beli, lepas tu tak guna. Haha.
– Bila nampak anak lain macam je teran, terus bawak ke toilet. (Prefer biar anak cangkung instead of duduk)
– Sebab cangkung ni lebih mudah untuk anak teran.
9) Support.
– Para suami, kalau mak-mak yang potty train siang, ambil alih waktu balik kerja & weekend.
– Emosi mak penting jugak tau untuk dijaga supaya tak stress.
– Kalau dua-dua kerja, try every weekend & petang.
10) Sabar & bersedia.
– Sabar ni ibu ayah laa. Part terkucil tu akan terjadi. JANGAN MARAH. Nanti anak takut. Keep remind. Tengok ni, dirty. Nanti nak kencing, kita pergi toilet tau.
– Bersedia. Parents & anak kena ready. Tapi paling penting parents laa. Alina 2 kali gagal sebab tak ready & stress bila dia tiba-tiba basah je. haha. So Kali ke 3 ni menjadi sebab mama pening kena basuh 💩 dia. Busuk hoi. hahahahahah.
Okay. Panjang betul tips & explanation. Harapnya membantu laa buat ibu ayah kat luar sana. Apa-apa pun, trust the process & Jangan compare perjalanan anak-anak kita dengan orang lain. TAPI, TAK SALAH BELAJAR & AMBIL ILMU.
Mana sesuai, ambil. Tak sesuai, pi buat cara sendiri. Sekian. Semoga bermanfaat. Doakan Alisya membesar jadi anak yang sihat, bijak & solehah ye uncles aunties. ❤️
Menarik: Kena Marah Dengan Daddy Conteng Pintu Bilik Air, Ramai Terhibur Dengan Jawapan Fatima!
Nak goodies istimewa dari Simpan SSPN, jom daftar SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-challenge-pama-sspn/)
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!