Penyanyi Kaka Azraff yang selamat melahirkan cahaya mata lelaki ketiganya semalam turut berkongsi pengalamannya melahirkan bayi ketiganya itu.
Akui Kaka, kelahiran kali ini cukup mudah malah begitu lancar berbanding dua kelahiran sebelumnya.
“Alhamdulillah pengalaman bersalin kali ini lain sikit sebab cepat dan mudah.
“Kali ini dua kali ‘push’ je, itu pun doktor suruh ‘slowly push’. Macam pelik, tapi ya dua kali saja.
“Kaka ambil epidural sebab tahu tak mampu menahan contraction. Jadi tak terasa sakit sangat.
“Baby sihat dan saya pun sihat alhamdulillah. Cuma agak letih sedikit sekarang,” ujarnya berkongsi.
Berkongsi tip kelahirannya itu, kata Kaka, apa yang diamalkannya hanyakan kekal aktif waktu hamil.
“Saya bukanlah banyak sangat pengalaman tentang hal ini. Cuma saya rasa perlu aktif, banyakkan berjalan dihujung-hujung nak bersalin.
“Saya juga banyak makan kurma dengan angka ganjil. Itu yang saya amalkan,” kongsinya lagi yang masih belum menemukan dua anaknya bersama bayinya.
Kaka turut mengucapkan rasa terima kasih atas cinta dan sokongan yang diterima daripada peminat terutamanya yang mendoakan kebahagiaan keluarga pada saat istimewa ini.
Terdahulu, Kaka mendirikan rumah tangga dengan Adam Adzriff pada 14 Disember 2018. Pasangan itu sudah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aslan, 4, dan Aryan yang kini berusia setahun.
Menarik: Sesetengah Orang Berkira-Kira Nak Beranak & Mengandung, Neelofa PU Haris Mahu Anak Ramai!
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI https://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!