Dua pelajar KPTM dipilih sebagai imamtarawih sepanjang Ramadan. Dua pelajar Kolej Poly-Tech Mara (KPTM), Ipoh yang mengikuti program Pemerkasaan Huffaz telah terpilih untuk berkhidmat sebagai imam solat tarawih di sekitar Ipoh sepanjang bulan Ramadan ini.
Dua Pelajar KPTM Dipilih Sebagai Imam Tarawih Sepanjang Ramadan
Salah seorang pelajar, Mohammed Hanef Hafizuddin, 21, yang mengikuti pengajian Diploma Reka Bentuk Permainan (Game Design), berkongsi pengalaman lapan tahunnya sebagai imam jemputan memberi kelebihan kepadanya untuk menggalas tanggungjawab mengetuai jemaah di Masjid Al-Ijtimaaiah, Taman Sri Kurau, Bercham. Dia akan berkhidmat di masjid tersebut pada dua minggu terakhir Ramadan.
Cabaran Dan Pengalaman Sebagai Imam
Menurut Mohammed Hanef, cabaran menjadi imam tidak begitu besar baginya kerana dia sudah berpengalaman mengimamkan solat tarawih sejak usia 13 tahun di sekitar Selangor.
“Jika ada cabaran pun, ia lebih kepada memenuhi kehendak jemaah sama ada mahu menunaikan solat sunat lapan rakaat atau 20 rakaat. Dari segi bacaan, saya lebih menumpukan kepada sebutan yang jelas dan tartil berbanding penggunaan taranum yang berlebihan. Jika berpeluang, saya akan membaca surah dari juzuk satu hingga juzuk 10,” katanya.
Mengenai bayaran, bekas pelajar tahfiz itu memaklumkan pihak masjid menyediakan bayaran sekitar RM1,000 bagi tempoh dua minggu perkhidmatannya.
“Itu adalah kadar biasa yang diterima oleh imam muda, dan paling tinggi pun sekitar RM2,000 kerana saya masih bergelar pelajar,” tambahnya.
Peluang Berkhidmat Dan Mengumpul Pahala
Sementara itu, Muhammad Amar Anas Muhd Isham, 19, yang mengikuti Diploma Bisnes Digital di KPTM, menganggap peluang menjadi imam muda tarawih sebagai satu cara untuk menambah pahala ibadah sepanjang Ramadan.
Ads
“Ini pengalaman pertama saya. Sudah tentu ada rasa gementar kerana mengetuai jemaah yang lebih berpengalaman berbeza dengan menjadi imam dalam kalangan rakan-rakan di sekolah tahfiz sebelum ini,” katanya.
Beliau merancang untuk membaca surah dari juzuk satu hingga juzuk tujuh sepanjang tempoh 15 hari Ramadan dengan memberi penekanan kepada bacaan yang jelas dari segi taranum dan tajwid.
Muhammad Amar turut menerima bayaran sekitar RM1,000 dan menganggap pengalaman ini sebagai satu bentuk khidmat kepada masyarakat.
Persediaan Rapi Khatam Lebih 30 Kali
Di Senawang, seorang lagi pelajar Madrasah Tahfiz Khoirul Anam, Mohd Yasin Ibramsa, 16, turut terpilih menjadi imam tarawih di Surau Insaniah, Taman Bandar Senawang.
Ads
Mohd Yasin (kiri) mengikuti hafazan 10 juzuk setiap hari sebagai persiapan menjadi imam tarawih.
Beliau membuat persiapan dengan menghafaz 10 juzuk setiap hari dari Subuh hingga Asar dan telah khatam al-Quran lebih 30 kali pada bulan Syaaban lalu.
“Saya sangat teruja kerana ini pengalaman pertama saya. Pihak madrasah memberi kepercayaan kepada saya untuk menimba pengalaman agar hafazan yang dilakukan di madrasah dapat dipraktikkan di luar,” katanya.
Mengenai upah, beliau menjelaskan bahawa imam yang baru dilantik biasanya menerima wang sagu hati sekitar RM2,000 untuk sebulan.
“Namun, jumlah upah bukan ukuran kerana diberi kepercayaan menjadi imam buat pertama kali adalah lebih berharga,” tambahnya.
Kena rajin-rajin berpeluk dengan suami atau isteri kita. Peluk juga anak-anak. Dengan melakukannya, banyak manfaat yang akan kita perolehi. Berpeluk ni memang nampak biasa, nak buat pun tak susah. Tapi ia memberi kesan terbaik untuk kesihatan fizikal dan emosi seseorang. Nak tahu apa kebaikan berpeluk?
Sumber foto: www.freepik.com
Apabila kita berpelukan dengan pasangan, ia dapat merangsang perasaan kasih sayang antara kedua-dua pihak. Melalui perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad di laman Facebooknya, beliau berkongsi tentang manfaat apabila kita berpeluk dengan orang yang disayangi.
Kebaikan berpelukan suami dan isteri..
Oxytocin adalah biokimia semulajadi dalam otak yang merangsangkan hubungan erat antara ibu-anak, suami-isteri, merangsangkan perasaan kasih sayang antara ayah kepada anak, dan menggalakkan suami untuk kekal setia pada isterinya.
Dalam kehidupan yang realiti, hormon oxytocin akan menyuburkan keluarga yang bahagia, tanpa perang mulut atau keganasan fizikal.
Hormon oxytocin dikeluarkan ketika berpelukan dan ia adalah sebahagian dari tindakbalas seksual. Oleh di kala ramai isteri yang sedang sedih minta dipeluk suami mereka, si suami membaca mesej yang salah. Mereka menyangka itu permintaan untuk melakukan hubungan jima’ dari si isteri.
Secara fizikalnya, kita akan dapat menganggak apabila oxytocin dikeluarkan, dengan melihat perubahan wajah yang menyenangkan dan intonasi suara yang menjadi semakin lembut.
Sumber foto: www.freepik.com
Oxytocin juga akan menghalang pengeluaran hormon yang menyebabkan stress iaitu hormon cortisol dan norepinephrine. Secara tidak langsung oxytocin akan mengurangkan risiko seseorang mengalami sakit jantung.
Ini bertepatan dengan banyak kaijan mendapati wanita yang tidak bahagia dalam perkahwinannya mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit jantung.
#sedangkanlidahlagitergigitdrzubaidi
Bukanlah susah mana pun untuk berpeluk dengan suami atau isteri kita kan? Selain baik untuk kesihatan jantung, ia juga dapat mewujudkan kebahagiaan dalam rumah tangga. Apabila berpeluk dengan anak-anak pula, ia dapat mengeratkan rasa kasih sayang antara kita.
Keluarga pun harmoni tanpa sengketa. Diharapkan dengan perkongsian dari Dr Zubaidi ini sedikit sebanyak dapat memberi penjelasan kepada kita akan kebaikan berpeluk.
Baby Photoshoot anak kedua Intan Ladyana, “Umayr muka mommy, Evie muka daddy. Gambar baby photoshoot anak kedua Intan Ladyana dan Hariss iaitu Umayr telah meraih perhatian ramai warga maya.
Baby Photoshoot Anak Kedua Intan Ladyana, “Umayr Muka Mommy, Evie Muka Daddy”
Gambar-gambar baby photoshoot ini dikongsikan di akaun Instagram newborn.heartshotfocus. Beberapa keping gambar Umayr bersama Intan, Hariss dan Evie yang dikongsikan membuatkan ramai yang geram dengan dua beradik ini.
kordDulu pernah juga jadi tanda tanya mengenai siapakah gerangan model kordial F&N. Bukan sahaja senyuman manis kanak-kanak tersebut mencuri tumpuan, bahkan tidak dinafikan begitu lama produk tersebut mengekalkan model yang sama sejak dahulu hingga kini.
Ekoran daripada itu ada antara kita bila melihat sahaja botol dengan model ‘penghias’ pada bekas itu, seakan mengimbau memori di zaman kanak-kanak betapa minuman kordial ini menjadi pilihan utama terutamanya di musim perayaan.
Weekend ni tak tahu nak bonding time di mana bersama famili? Apa kata sertai Projek Parenting Care 2023 dengan pelbagai aktiviti menarik serta hadiah lumayan sesuai untuk seisi keluarga! Ibu ayah boleh ikuti Bual Sihat & Selamat serta Carseat Talk dan anak-anak boleh join pertandingan mewarna.
Bercerita tentang model tersebut, sebelum ini ramai menyangka wajah kanak-kanak pada botol minum kordial bahawa ianya adalah Liyana Jasmay namun ternyata bukan. Ini kerana wajah kanak-kanak comel tersenyum manis itu merupakan milik Madihah Mohd Firdaus.
“Ibu suka bawa saya pergi uji bakat masa kecil-kecil dulu. Tidak sangka ada rezeki jadi model untuk produk minuman itu. Dulu adalah papan iklan dipasang, namun sekarang hanya tinggal gambar di botol sahaja.
Menurut sumber, Madihah Mohd Firdaus atau turut mesra disapa Dihah itu kini menjangkau usia 24 tahun dan ketika wajahnya menghiasi botol kordial itu, usianya lima tahun. Selain itu, pemilik wajah kanak-kanak itu juga sudah berubah menjadi seorang hijabi yang jelita.
Madihah turut gemar berhias dan sangat suka belajar teknik solekan menerusi laman Youtube dimana platform berkenaan kini menjadi pilihan para gadis untuk mengetahui cara merias wajah dengan betul.
Gadis ini juga dilaporkan baru menamatkan pengajian di peringkat Diploma dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam jurusan Kejuruteraan Mekatronik. Dia dikatakan bakal menyambung di peringkat ijazah pula dalam bidang yang sama.
Gadis cantik ini juga gemar gaya fesyen yang ringkas dan bersesuaian dengan usianya itu, dia suka bergaya terutama bagi rakaman OOTD melalui laman Instagram miliknya dimana dia kini mempunyai hampir 40 ribu followers.
Stesen minyak bina rumah untuk kucing jalanan, semua anak bulus sihat dan terurus. Seorang wanita meluahkan rasa gembira apabila melihat sebuah stesen minyak yang mengambil inisiatif luar biasa dengan menyediakan sangkar khas untuk kucing jalanan di kawasan Setia Alam, Selangor.