Dua Tahun Kahwin, Anzalna Tetap Nantikan Anak. Tak Rancang Tapi Percaya Rezeki Allah

Share

Soal zuriat, rezeki semuanya Allah dah tentukan. Sama ada cepat atau lambat Allah yang lebih tahu. Bersabar, tak cepat putus asa, akhirnya mesti ada manisnya.

Bagi Anzalna Nasir, dia tidak terkilan dengan pelbagai komen negatif serta mempersoalkan keupayaannya untuk mendapatkan zuriat.

“Komen-komen sedemikian tidak melemahkan semangatnya dan akan membuktikan satu hari nanti ada rezekinya sekeluarga.

“Saya tak kisah orang nak cakap apa tapi saya tahu Tuhan itu merancang segalanya jadi bagi saya suatu hari mereka akan tahu.

“Kalau saya sendiri yang merancang saya bolehlah sentap dengan kata-kata sedemikian tapi ini semua ketentuan Allah.

“Tak kisahlah nak kata apa, saya tak ambil berat pun orang cakap apa,” katanya kepada Gempak.

Sementara itu, jelas Anzalna dia tidak terlalu terburu-buru untuk mendapatkan zuriat memandangkan usia perkahwinannya baru memasuki dua tahun.

“Saya sudah usaha tapi Allah tentukan. No rushlah, baru dua tahun kahwin, tak cukup lagi masa untuk bersama suami.

“Biar puas-puas bersama, ada baby lagi best. Apapun, doa yang terbaiklah,” tambahnya.

Anzalna mendirikan rumah tangga dengan Hanif Zaki pada 21 Februari 2016.

Sumber: Astro Awani

Published by
Wan Amy