Kehamilan

“Dua Tahun Menanti” Isteri Hamil 7 Bulan, Azmi Saat Bakal Timang Anak November Ini!

Share

Tahniah diucapkan buat penyanyi, Azmi Saat yang berkongsi berita gembira isterinya kini hamil tujuh bulan.

Pernah diuji dengan kehilangan anak, akui Azmi dia amat bersyukur atas kurniaan rezeki itu malah kini tidak sabar untuk menantikan kelahiran cahaya matanya.

Tambah Azmi lagi, cahaya mata yang dinantikan itu dijangka dilahirkan pada November depan.

“Ni eksklusif, saya dan isteri alhamdulillah dah dapat rezeki anak yang kedua selepas pemergian anak pertama Khairul Afnan.

“Dua tahun menanti sekarang dalam proses. InsyaAllah bulan November anak kami akan lahir,” katanya berkongsi.

Dalam pada itu, Azmi sempat berkongsi perangai pelik isteri yang suka tidur di atas lantai sepanjang tempoh kehamilan ini.

“Kalau tidur dia tak boleh tidur atas tilam, kalau tak lena, isteri akan turun daripada katil dan tidur di lantai.

“Saya rasa pelik sampai saya nak pergi tandas tertendang dia sebab tak perasan dia tengah tidur atas lantai, kasihan isteri saya,” ujarnya.

Terdahulu, anak pertama Azmi dan isteri iaitu Khairul Afnan meninggal dunia pada 30 September 2021.

Menarik: “Ikut Muka Mommy, Sebiji Sama”, CP Juliana Evans Kongsi Wajah Anak Kedua, Comelnya!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM